Wajarkah Episiotomi Semasa Melahirkan Anak?

EPISIOTOMI adalah teknik memotong perinium yang terletak di bahagian bawah faraj dan lubang dubur semasa proses kelahiran bagi membantu mengeluarkan bayi dengan lebih mudah, cepat dan selamat. Suatu masa dahulu, episiotomi dilakukan bagi mengelak faraj terkoyak dengan sendiri semasa proses kelahiran terutamanya bagi kelahiran pertama. Dalam sesetengah kes, ibu yang menjalani episiotomi mengalami koyak yang serius sehingga ke rektum pada tahap 3 atau 4. Hal ini menyebabkan kesakitan pada faraj selepas kelahiran dan memerlukan tempoh yang lama untuk proses penyembuhan dan kemungkinan memberi kesan kepada kekuatan otot-otot lantai pelvis. Persoalannya, wajarkah Episiotomi semasa melahirkan anak?

operasi-bedah-mayat-otopsiPada masa kini,kebanyakan negara maju tidak lagi menjadikan episiotomi sebagai rutin proses kelahiran dan hanya dilakukan sebagai pilihan terakhir. Dahulu, ramai doktor percaya bahawa luka episiotomi lebih mudah sembuh dari luka koyak sendiri namun persepsi ini berubah selepas membuat kajian sejak 20 tahun lalu dimana kebanyakan doktor bersetuju bahawa episiotomi tidak perlu lagi dijadikan sebagai rutin. Ia mungkin disebabkan oleh isu di mana penjagaan luka yang agak sukar dan menimbulkan rasa sakit kepada ibu terutama semasa membuang air kecil dan besar. Lebih menyakitkan apabila ibu sembelit dan luka episiotomi mengambil masa yang agak lama untuk sembuh.

Bolehkah Episiotomi Dielakkan?

Menurut kajian, ibu yang mengalami koyak semasa bersalin secara semulajadi mempunyai potensi sembuh sama seperti golongan ibu yang menjalani episiotomi tetapi biasanya mengalami kurang komplikasi. Ibu yang menjalani episiotomi berisiko kehilangan darah ketika bersalin, lebih sakit semasa proses penyambuhan dan perlu menunggu lebih lama untuk melakukan hubungan kelamin. Namun begitu, episiotomi boleh dielakkan dengan beberapa kaedah antaranya.

1. Melakukan regangan pada bahagian perineum.

coconut-oil-massage2

  • Boleh dilakukan sebelum bersalin, digalakkan semasa kandungan berusia 36 minggu ke atas menggunakan VCO atau minyak zaitun bertujuan melembutkan perineum dan memudahkan bukaan semasa kelahiran..
  • Semasa bersalin, doktor juga akan membantu dengan membuat regangan pada bahagian perineum dengan memasukkan 2 jari iaitu jari hantu dan telunjukdan membantu otot faraj meregang untuk memudahkan kepala bayi keluar.

2. Meletakkan pad khas di bahagian faraj.

  • Pad ini bertujuan untuk menyokong faraj dan diakui mampu menghalang faraj daripada terkoyak.

Apakah Keadaan Yang Memerlukan Episiotomi Bagi Memudahkan Kelahiran?

13867W

Episiotomi sebenarnya tidak akan dilakukan sewenang-wenangnya kerana setiap prosedur ada komplikasinya. Kebanyakan kes kelahiran pertama biasanya dilakukan kerana faraj masih ketat dan ia memerlukan episiotomi untuk memudahkan kelahiran. Bagi kes-kes lain, ia bergantung kepada keadaan-keadaan tertentu antaranya ialah:

1. Saiz bayi yang besar

carac_photo_1

Kebiasaannya apabila bayi besar, ibu tidak mampu dan berdaya untuk meneran dan tentu sekali akan memaksa doktor menggunting perineum terutamanya apabila kepala bayi sudah kelihatan. Sekiranya lambat, ia akan menyebabkan bayi mungkin lemas dan menyebabkan tekanan pada mata bayi. Episiotomi mampu mengelakkan risiko lain dan melancarkan kelahiran.

2. Posisi Kepala Bayi

anthrodoula-blogspotcom

Dalam kelahiran normal, bukaan faraj biasanya sekitar 9.5cm sehingga 10cm dan kepala bayi seharusnya ke bawah (Occipito  Anterior,OA). Namun begitu, sekiranya muka bayi menghadap ke atas (Occipito Posterior, OP), ia memerlukan episiotomi untuk memberi ruang yang lebih luas dan memudahkan bayi keluar. Tahukan anda, diameter bukaan faraj bagi bayi dengan posisi OP mencecah sehingga 13cm?

3. Penggunaan alat bantuan kelahiran.

vacum

Penggunaan alat bantuan kelahiran seperti vakum dan forsep memerlukan ruang yang lebih besar untuk dimasukkan ke dalam faraj.Oleh itu, episiotomi adalah diperlukan.

4. Jantung bayi bermasalah.

mesin-ctg-03

Sekiranya jantung bayi semakin lemah dan perlu dilahirkan segera maka episiotomi akan dilakukan bagi memudahkan proses kelahiran bagi mengelak sbarang risiko yang tidak diingini.

5. Tisu Faraj terkoyak

darah

Sekiranya tisu mula berdarah dan berkemungkinan koyak beberapa tempat semasa kepala bayi mula keluar, episiotomi diperlukan bagi mengelak koyak lebih dari satu tempat.

Berdasarkan pengalaman saya di mana anak saya lahir hanya 2.08kg dan 2.68kg juga memerlukan episiotomi kerana sebab-sebab di atas dan tidak mustahil, ramai juga saya membaca pengalaman ibu-ibu lain yang melahirkan bayi yang lebih besar tanpa sebarang koyak atau jahitan. Apa yang penting, ibu dan bayi selamat semasa kelahiran.

Tips Penjagaan Selepas Episiotomi

  • Jangan mengangkat objek berat selagi jahitan belum sembuh.
  • Sebaik-baiknya kurangkan pergerakan kerana faraj masih dalam proses pemulihan.
  • MInum air dengan banyak kerana ia baik untuk mengelak jangkitan kuman
  • Elakkan diri dari jangkitan pada salur kencing, tukar tuala wanita dengan kerap dan sentiasa dalam keadaan kering.
  • Bagi pesakit diabetis, kurangkan pengambilan gula dan kawal gula sebaiknya dalam tempoh penyembuhan. Sekiranya kandungan gula adalah tinggi makan proses penyembuhan akan memakan masa yang panjang.

Jahitan episiotomi sering menyebabkan ibu-ibu trauma kerana sakit dan menyukarkan pergerakan. Letakkan pek ais pada kawasan faraj dengan segera selepas bersalin dan berselang seli selama 12 jam supaya kawasan itu kebas. Cara ini mampumengelakkan dan mengurangkan bengkak.

Takut membuang air besar kerana episiotomi sehingga sanggup menahan diri dari melakukannya? Tahukah anda bahawa bahagian anus dan perineum akan menjadi kebas akibat saraf yang berada di dalam dan yang mengelilingi vagina menjadi longgar akibat kelahiran. Perasaan takut anda hanya akan menyebabkan rasa tidak selesa an memaksa otot mengetat dan menyukarkan proses membuang air besar.HAKIKATNYA, ia tidak akan menyebabkan jahitan terkoyak!Ia lebih memudaratkan apabila anda tidak ke tandas dan menyababkan sembelit serta melonggarkan lantai pelvis!

Tidak dinafikan , saya sendiri merasakan betapa besarnya pengorbanan seorang ibu untuk melahirkan saya ke dunia ini dan diberi kasih sayang sepenuhnya walaupun terpaksa menanggung kesakitan sebelum, semasa dan selepas melahirkan. Kini sudah bergelar ibu kepada sepasang cahaya mata menjadikan saya lebih insaf dengan pengorbanan kaum ibu. Walau apa pun yang perlu diharungi, di fikiran ibu hanyalah mahu anaknya selamat walaupun terpaksa mengorban nyawa. Sesungguhnya kehadiran suami di sisi semasa melahirkan menambahkan semangat ibu-ibu meredakan sedikit gentar di jiwa.

Mohon mummy yg baca tolong SHARE utk pengetahuan bersama. Secebis kebaikkan kita sebarkan, sejuta keberkatan kita dapat. InsyaAllah.

Jom Tengok Video Ibu Muda Ni. Katanya Dah Serik Nak Beranak Lagi. Apa Yang Membuatkan Dia Berubah Dan Beranak Lagi.

Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit from iReach HD on Vimeo.

Artikel menarik untuk dibaca:

[ Untuk Suami Budiman, Dapatkan Set Bersalin Terbaik Untuk Isteri Tercinta]

order-sekarang

Klik SINI untuk Panduan Mudah Cara Pembelian Secara Online

Shaklee Independen Distributor

Kawasan COD : Putrajaya – Bangi – Desa Pinggiran Putra – Puchong – Kajang – Serdang

Call / sms / WhatsApp :  +6017-6258658

Email : maziahjamaludin@gmail.com

Fanpage : Healthy Vita Garden

Facebook : Maziah Jamaludin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.