Vertigo Dan Cara Mengatasinya Dengan Selamat Dan Berkesan

Apa itu Vertigo? Biasanya pesakit Vertigo akan merasa pening yang sangat luar biasa. Persekitaran akan terasa seakan berpusing-pusing dan berlarutan sehingga beberapa minit bahkan ada yang mengalaminya berhati-hari. Keadaan ini menyebabkan pesakit tidak selesa, mual, loya dan muntah-muntah.

Apakah Punca Sebenar Berlakunya Vertigo?

Vertigo terjadi apabila berlakunya gangguan terhadap keseimbangan badan kita. Sistem keseimbangan tubuh kita dikendalikan oleh otak yang menghantar maklumat kepada tubuh untuk menggerakkan anggota. Sistem keseimbangan tubuh ini tertumpu di kedua-dua bahagian telinga dan sekitar mata.

Namun begitu, apabila seseorang mengalami Vertigo mereka akan hilang keseimbangan lalu menjadi pekak dan tidak boleh berdiri dengan betul. Hal ini berlaku dipercayai kerana terdapat perubahan tekanan dalam telinga dan cecair yang terkumpul.

Jenis-Jenis Penyakit Vertigo Yang Dikenalpasti

  • Vertigo ocularis – Gangguan saraf di sekitar mata menyebabkan rasa berpusing-pusing
  • Vertigo nocturna – Rasa seolah-olah akan terjatuh semasa hendak tidur.
  • Vertigo epileptica – Keadaan berpusing setelah mengalami serangan sawan.
  • Vertigo laryngea – Badan terasa berpusing-pusing akibat daripada serangan batuk.
  • Vertigo positional – Serangan vertigo secara mendadak yang menyerang kurang dari satu minit. Hal ini biasanya berlaku kerana perubahan posisi kepala ketika seseorang itu berpaling ke belakang atau ketika berbaring, bangun dan berguling di tempat tidur.

Awas!! Tanda-Tanda Anda Mungkin Mengalami Vertigo

  • Seseorang yang mengalami Vertigo akan merasa dirinya dan persekitaran berpusing-pusing.
  • Pergerakan mata tidak normal. Perkara ini berlaku apabila terdapat gangguan kepada fungsi bahagian dalam telinga dan melibatkan saraf yang menghubungkan otak.
  • Rasa berdebar-debar
  • Telinga rasa berdengung
  • Rasa loya,mual dan hendak muntah
  • Pandangan menjadi kabur
  • Berpeluh-peluh walaupun dalam keadaan rehat
  • Denyutan nadi menjadi cepat dari biasa
  • Tidak dapat mengimbangkan diri dan berjalan dengan lurus
  • Telinga tidak dapat menangkap butiran percakapan seolah-olah hilang pendengaran

Bagaimana Cara Untuk Menghadapi Masalah Vertigo.

Kebiasaannya seseorang yang mengalami Vertigo akan mengalami rasa yang sangat tidak selesa. Bayangkan deria yang kita guna sepanjang masa mula kehilangan fungsi dan tubuh rasa melayang. Dengan keadaan pening, mata menjadi kabur dan tidak dapat mendengar dengan jelas, pesakit mungkin tidak mengawal keadaan dan rebah. Bagaimana cara untuk menghadapi ketika Vertigo menyerang?

Pertama, anda jangan panik. Apa yang anda boleh lakukan adalah :

  • 3B iaitu Baring, Berehat dan Bertenang. Dapatkan posisi yang selesa dama ada duduk atau berbaring. Pejamkan mata dan tarik nafas dalam-dalam.
  • Cuba dapatkan pertolongan sesiapa yang berdekatan. Sekiranya terasa loya dan ingin muntah, teruskan sahaja.
  • Jangan lakukan pergerakan secara tiba-tiba. Sekiranya baring atau pun duduk dapat memberikan anda keselesaan untuk berehat dan menenangkan diri ketika diserang vertigo, teruskan sahaja sehingga ketidakselesaan itu hilang. Cuba berehat sepenuhnya.
  • Buka mata perlahan-lahan sambil gerakkan kepala dengan perlahan. Sekiranya masih lagi berasa pusing, berehat kembali  dan pejamkan mata. Dapatkan pertolongan untuk ke klinik.

Tips Mencegah Penyakit Vertigo Daripada Berulang!

Ya betul, mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Penyakit vertigo ini sebenarnya boleh dicegah dari awal. Sekiranya anda mengalami tanda-tanda untuk diserang vertigo, amalkan tips-tips ini untuk mencegahnya dari menjadi lebih kronik.

  • Sekiranya  pesakit mempunyai  hipertensi, kurangkan pengambilan garam dan amalkan diet yang sihat.
  • Banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayuran untuk menghalang serangan radikal bebas dalam tubuh anda.
  • Lakukan aktiviti bersenam seperti aerobik, jogging atau berjalan selama 30 minit dan perlu diatur sekurangnya 4-5 kali dalam seminggu. Aktiviti ini bukan sahaja menghindari vertigo malah menyihatkan jantung dan paru-paru sekaligus melancarkan peredaran darah dalam tubuh.
  • Faktor stress juga merupakan salah satu pencetus penyakit ini. Jangan tak tahu stress ini juga adalah salah-satu punca yang membawa kepada kanser. Ini disebabkan oleh peningkatan hormon kortisol dalam darah sehingga dapat menyumbat dan mengganggu peredaran darah.
  • Pastikan tubuh mendapat rehat yang mencukupi. Hindari gangguan tidur. Tidur yang berkualiti adalah seawal jam 10 malam.

Jika anda tanya pada saya. Produk manakah yang paling unggul dalam Shaklee. Jawapannya ialah Vivix Shaklee. Ini juga adalah jawapan tepat kepada penyakit Vertigo yang anda deritai selama ini.

Kajian makmal menunjukkan ramuan utama dalam Vivix melindungi dan membaikpulih sel-sel DNA. Vivix juga membantu mempertingkat fungsi otak. Oleh itu, ambillah supplemen yang semulajadi selamat dan berkesan untuk mengatasinya.

Testimoni Pengguna Vivix Untuk Masalah Vertigo



Kesimpulannya, sekiranya anda mengalami pening kepala yang luar biasa, sakit kepala dan merasakan dunia seolah-olah berpusing, anda jangan pandang remeh!

Penyakit Vertigo yang terjadi kerana aliran darah yang terganggu kerana pembengkakan arteri sebenarnya adalah simptom awal atau gejala berlakunya risiko serangan penyakit stroke.

hal ini kerana berkemungkinan besar pembuluh darah membengkak dan berisiko untuk pecah akibat tekanan darah yang tinggi.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan ataupun anda inginkan vitamin semulajadi Shaklee, anda boleh terus hubungi saya seperti dibawah 🙂

Jadi tunggu apa lagi? Order sekarang. Hanya satu klik sahaja lagi.

order-sekarang

Klik SINI untuk Panduan Mudah Cara Pembelian Secara Online

kambingUntuk sebarang kemusykilan dan pertanyaan. Sila hubungi saya untuk konsultasi premium: 

Shaklee Independen Distributor

Kawasan COD : Putrajaya – Bangi – Desa Pinggiran Putra – Puchong – Kajang – Serdang

Call / sms / WhatsApp :  +6017-6258658

Email : maziahjamaludin@gmail.com

Fanpage : Vitamin Sihat

Facebook : Maziah Jamaludin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.