Tips Mudah Untuk Suami Semasa Isteri Berpantang

Alhamdulillah bayi kedua saya sudah berumur 3 bulan setengah. Pengalaman berpantang yang jauh berbeza semasa berpantang anak pertama. Berpantang anak sulong, hanya saya dan bayi sahaja yang memerlukan perhatian dan saya berpantang sepenuhnya di rumah mak. Berbeza dengan anak kedua, bila si abang baru sahaja berumur 2 tahun dan sangat memerlukan perhatian, saya mula berpantang sendiri dan dijaga oleh suami sejak usia bayi 3 minggu. 3 minggu pertama, suami menjaga sendiri anak sulong di Putrajaya.

daddy kid

Isteri yang berpantang memerlukan rehat yang secukupnya untuk kembali pulih dan sihat seperti sedia kala. Selain itu, bayi yang baru dilahirkan juga amat memerlukan ibunya setiap masa untuk membina ikatan atau “bonding” , penting untuk menjayakan penyusuan susu ibu. Oleh itu, suami perlu memainkan peranan penting dalam membantu menguruskan kerja-kerja lain di rumah semasa isteri berpantang. Jom selongkar tips untuk suami mithali ketika isteri berpantang.

  1. Sediakan mandian untuk isteri

herba

Suami perlu bangun lebih awal untuk merebus daun-daun herba sebagai penambah rasa dalam mandian isteri. Digalakkan pada minggu pertama bagi mengembalikan kesegaran badan. Sekarang sudah ada mandian herba segera untuk ibu lepas bersalin, hanya perlu rendam uncang dalam mandian. Minggu seterusnya, boleh sediakan air suam sahaja dan lebih baik jika di rumah ada water heater.

  1. Sediakan sarapan.

Selepas bersalin, ibu kehilangan darah yang banyak dan penyusuan susu ibu menjadikan ibu sentiasa lapar. Oleh itu, sediakanlah sarapan lebih awal untuk isteri anda. Selepas solat subuh, bersenam sikit di dapur. Tak dapat sediakan sarapan berat, cukuplah sekadar milo atau horlick suam dengan roti bakar atau biskut kering. Pasti isteri anda rasa amat dihargai dan disayangi. Haaa, Nampak tak cirri suami mithali, mudah kan?

  1. Mandikan Bayi

mandi

Selepas bersalin biasanya ibu masih lemah terutamanya yang bersalin secara pembedahan dan tidak kurang juga yang menjalani episiotomi. Untuk bergerak juga agak sukar bagi mereka, apatah lagi untuk melakukan kerja-kerja di rumah. Badan bayi baru lahir masih lembut, jika suami tiada kemahiran atau tidak berbakat langsung, sekurang-kurangnya anda boleh membantu isteri, ibu atau mertua menyediakan mandian bayi. Biasanya bayi dimandikan dengan air suam bagi mengelakkan hypothermia kerana pada peringkat awal, suhu badan bayi masih lemah.

  1. Menjaga anak-anak yang lain.

daddy kid

Bagi yang menyambut kelahran anak kedua atau lebih (maksudnya sudah ada 1-2 anak sebelumnya), pastikan segala urusan anak diuruskan merangkumi makan, minum, pakai, mandi dan menidurkan anak. Janganlah mengharapkan isteri yang baru melahirkan untuk menjaga anak-anak yang lain. Biarkan isteri berehat sepenuhnya bersama bayi yang baru dilahirkan. Bagaimana merasai kepenatan isteri melahirkan, suami boleh cuba menemani isteri semasa bersalin. InsyaAllah akan terasa pengorbanan isteri.

  1. Sediakan keperluan-keperluan isteri.

Untuk memudahkan kerja, anda boleh sediakan barang-barang keperluan yang diperlukan terlebih dahulu seperti sebotol air minuman, flask air panas, minuman 3 in 1, biskut, roti, bakul pakaian kotor, sediakan breaaspump dan majalah kegemaran bagi mengelakkan ibu kebosanan. Nampak remeh tetapi amat membantu terutamanya jika anda sedang menguruskan anak yang lain.

  1. Sentiasa berada di sisi isteri

pantang2

Berkepit je ke? Maksudnya, sentiasalah berada bersama isteri untuk menghulurkan apa-apa bantuan yang diperlukan. Janganlah sehingga isteri terjerit-jerit memanggil anda untuk mendapatkan bantuan sedangkan anda tertidur di ruang tamu.

  1. Pastikan persekitaran isteri dan bayi sentiasa bersih dan kemas.

 

Bantu isteri mengumpulkan pakaian kotor dan basuhlah pakaian-pakaian itu. Tidak susah sekiranya anda menggunakan mesin basuh. Jangan harapkan isteri untuk bangun berjalan untuk membasuh dan menyidai pakaian. Dalam tempoh berpantang, yakinkan isteri tugasan membasuh, menjemur dan mengangkat pakaian boleh dilakukan oleh anda. Setakat melipat tu, tak apalah dilakukan oleh isteri sebab ia termasuk dalam kategori kerja ringan.

  1. Sentiasa positif.

Sungguhpun anda letih, janganlah ditunjukkan depan isteri. Isteri perlukan semangat untuk pulih selepas melahirkan bayi. Jika suami tiada semangat, sentiasa lesu dan lemah, isteri akan rasa sedih dan mungkin menggalakkan terjadinya kemurungan atau post-partum depression.

  1. Ikhlaskan diri

sayang suami

Keihklasan hati akan menjadikan segala yang kita lakukan menjadi mudah dan tiada lagi perkataan “beban”. Anggaplah menjaga isteri anda kerana dia adalah amanah. Jika sebelum ini isteri menghabiskan lebih 365 hari dalam setahun menjaga makan minum, pakaian anda dan anak-anak yang lain, apalah salahnya memanjakan dia hanya untuk tempoh 44 hari berpantang. Inilah masanya anda buktikan cinta dan kasih sayang anda padanya.

Tidak dinafikan, melakukan kerja-kerja di rumah sememangnya meletihkan. Namun, demi isteri tercinta, kaum bapa perlulah berikhtiar untuk kekal cergas. Selain itu, pastikan isteri anda mendapatkan set bersalin terbaik supaya isteri cepat sembuh, kembali sihat, cergas den bertenaga untuk meneruskan perjuangan dalam penyusuan susu ibu pula. Jangan abaikan kesihatan anda kerana anda lah SUPERHERO di mata isteri dan anak-anak.

Inginkan layanan sebegini? Mohon mummy yang baca tolong SHARE untuk pengetahuan bersama. Secebis kebaikkan kita sebarkan, sejuta keberkatan kita dapat. InsyaAllah.

Jom Tengok Video Ibu Muda Ni. Katanya Dah Serik Nak Beranak Lagi. Apa Yang Membuatkan Dia Berubah Dan Beranak Lagi.

Artikel menarik untuk dibaca:

[ Untuk Suami Budiman, Dapatkan Set Bersalin Terbaik Untuk Isteri Tercinta]

order-sekarang

Klik SINI untuk Panduan Mudah Cara Pembelian Secara Online

Shaklee Independen Distributor

Kawasan COD : Putrajaya – Bangi – Desa Pinggiran Putra – Puchong – Kajang – Serdang

Call / sms / WhatsApp :  +6017-6258658

Email : maziahjamaludin@gmail.com

Fanpage : Healthy Vita Garden

Facebook : Maziah Jamaludin

4 comments for “Tips Mudah Untuk Suami Semasa Isteri Berpantang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.