Tips Mudah Atasi Masalah Kulit Tangan Kasar Agar Kembali Halus Dan Mulus

Jika zaman sekolah dulu, saya dan kawan-kawan sering membandingkan tapak tangan. Katanya bila tapak tangan kasar, disayangai mertua. Ewah-ewah, kecik-kecik dah fikir pasal mertua ye. Sebenarnya dulu dimomokkan oleh mak ayah kononnya kalau kulit tangan kasar tu, pandai dan rajin buat kerja rumah, mestilah mertua sayang. Ok,sejauh mana kebenaran ini?

Kembang hidung sebab masa sekolah dahulu kulit tangan saya paling kasar dan kematu. Bukan rajin buat kerja rumah tapi sebab saya dahulu atlet sekolah main hoki, hihihi. Bila meningkat dewasa, kawan-kawan semakin ayu, teori mengatakan “tapak tangan kasar disayangi mertua” sudah jauh dibawa arus umur yang meningkat. Malah tapak tangan yang kasar menjadikan diri kurang berkeyakinan lagi-lagi apabila melihat wanita lain dengan jari jemari lentik, gebu dan halus mulus.

kulit-halus

Punca Kulit Menjadi Kasar

Kesihatan kulit tangan sering dipandang remeh tetapi ia merupakan sesuatu yang serius bagi mereka yang sangat mementingkan kecantikan. Seperti kecantikan wajah, kulit tangan juga perlulah dibelai dan dimanja agar sentiasa sihat, cantik, halus, mulus dan gebu. Apakah punca kulit menjadi kasar?

Punca kulit kasar #1. Faktor usia

Faktor yang sememangnya kita tidak dapat elakkan tetapi sebenarnya proses ini boleh dilambatkan. Bagaimana? Ok, kita lihat tipnya di bawah nanti.

Punca kulit kasar #2. Ekzema

Ekzema merupakan penyakit kulit yang menyerang sesiapa sahaja dari peringkat bayi sehingga dewasa. Ia menjadikan kulit sensetif dan bertindakbalas terhadap persekitaran yang terlalu panas, terlalu kering dan berhabuk serta factor pemakanan.

slide7

Punca kulit kasar #3. Alahan pada makanan

Terdapat sesetengah individu yang tidak tahan dengan eberapa jenis makanan. Seperti saya sendiri, sesetengah makanan laut (seafood) akan menyebabkan tangan saya berair dan gatal. Ia pastinya kan menyebabkan kulit tangan menjadi kasar.

Punca kulit kasar #4. Alahan Bahan Kimia

bahan pencuciRamai dikalangan wanita mengalami masalah sensetif terhadap bahan kimia yang terdapat dalam bahan peluntur, pencuci pakaian, pencuci lantai, pencuci pinggan mangkuk. Oleh itu,bagaimanan hendak meneruskan rutin harian?

Punca kulit kasar #5. Melakukan kerja yang berat

Tidak dinafikan mereka yang bekerja banyak menggunakan tangan dan mengerah kerja-kerja yang berat menjadikan kulit kasar dan kadang-kala mengelupas.

Punca kulit kasar #6. Kekurangan nutrisi

Setelah memeriksa punca-punca di atas namun masih tidak tahu punca mengapa kulit tangan anda menjadi kasar, mungkin anda kekurangan nutrisi terutamanya protein dan vitamin B. Protein sangat penting kerana membantu membna sel baru menggantikan sel yang lama dan rosak.

Tips mengatasi masalah kulit tangan kasar.

Tips tangan kasar #1. Minum banyak air kosong.

Ia merupakan tips utama untuk melembabkan kulit dari dalaman dan luaran. Mudahkan? Hanya minum air yang secukupnya setiap hari. Anggaran hanya 1 liter air untuk setiap 25kg berat badan kita.

Tips tangan kasar #2. Rendam tangan dengan susu

Khasiat pada susu tidak dinafikan dapat membantu menjadikan kulit lembut, halus dan mulus. Kandungan triclosan yang merupakan zat antibakteriia melinungi kulit dari dijangkiti baktiria yang mampu merosakkan kulit.

Tips tangan kasar #3. Sapukan tangan dengan minyak

minyak tangan

Minyak zaitun , minyak lavender dan minyak jojoba dan minyak cendana antara perawatan kulit kasar berkesan. Kandungan minyak tersebut bersifat melembabkan kulit sehingga jika kita menggunakannya secara rutin dan teratur dapat membuat kulit kita menjadi segar, halus, dan lembut.

Tips tangan kasar #4. Menggunakan losyen atau krim pelembab.

hb

Apa yang penting di sini ialah bahan kandungan losyen adalah semulajadi, selamat dan bebas bahan kimia. Sangat dicadangkan untuk menggunakan krim Herbal Blend ini selepas selesai membasuh tangan.

Tips tangan kasar #5. Mengambil suppliment yang baik untuk kesihatan kulit.

Seperti yang kita sedia maklum, kulit merupakan anggota badan yang terbesar dan sel kita terdiri dari protein dan bersahabat baik pula dengan vitamin A, vitamin C, vitamin E dan vitamin B untuk kekal awet muda. Pemakanna makanan yang seimbang dan pengambilan suppliment yang mencukupi menjadikan kulit kita sentiasa sihat dan halus.

Tips tangan kasar #6. Tukar Pencuci kepada Yang Bebas Bahan Kimia

Get-Clean-home

Ada ke pencuci lengkap untuk kebersihan di rumah? PAstinya ada dengan Shaklee di mana terdapat pencuci serbaguna dari mencuci pingggan mangkuk, mencuci pakaiaan sehingalah mencuci lantai, dapur dan bilik air yang bebas bahan kimia serta selamat untuk kanak-kanak. Yang paling penting ianya MENJIMATKAN kerana rumusan pekatnya, hanya sedikit sahaja memadai untuk mencuci segenap ruang dan perkakas di rumah. Tidak lain tidak bukan ia adalah Set Home Clean Shaklee.

Kita sudah kenali punca dan tips mengatasi masalah kulit tangan kasar, tunggu apa lagi. Ternyata pilihan itu di tangan anda. Lakukan yang terbaik untuk tampil berkeyakinna tinggi dan tidak lagi risau dengan tangan yang kasar dan berkematu, SELAMAT MENCUBA!!

Shaklee Independen Distributor

Kawasan COD : Putrajaya – Bangi – Desa Pinggiran Putra – Puchong – Kajang – Serdang

Call / sms / WhatsApp :  +6017-6258658

Email : maziahjamaludin@gmail.com

Fanpage : Healthy Vita Garden

Facebook : Maziah Jamaludin

2 comments for “Tips Mudah Atasi Masalah Kulit Tangan Kasar Agar Kembali Halus Dan Mulus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.