Tips Merawat Masalah Kencing Kotor Dengan Berkesan

Pernah tak anda mengalami rasa pedih ketika hendak membuang air kecik? Sentiasa rasa nak terkencing tetapi bila ke tandas, hanya sedikit sahaja yang keluar? Tu tandanya kencing tak lawas dan anda mengalami masalah kecing kotor.

AWAS!! Tahukah anda,wanita lebih mudah mendapat penyakit kencing kotor berbanding lelaki kerana wanita mempunyai salur kencing (uretra) yang lebih pendek dan berada berdekatan dengan dubur (anus). 50% wanita akan mendapat masalah kencing kotor sekurang-kurangnya sekali dan 20% daripada mereka akan mengalaminya lagi.

Apa Itu Kencing Kotor?

Kencing kotor merupakan sejenis jangkitan pada saluran kencing. Terdapat 80% daripada kes-kes ini adalah disebabkan oleh kuman bakteria Escherichia coli (E.Coli)

Saluran kencing  merupakan sistem perkumuhan badan yang membantu tubuh menapis dan membuang segala sisa cecair ysng tidak diperlukan perlukan. Sisa perkumuhan yang ingin disingkirkan akan disalurkan melalui ureter untuk disimpan di dalam pundi kencing. Air kencing pula akan dikeluarkan dari badan kita melalui saluran uretra.

Jangkitan bakteria ini mampu menyebabkan :

Sistitis – Jangkitan pada salur kencing atau bahagian bawah salur kencing yang dikenali sebagai sistiti
Pielonefritis – Jangkitan yang lebih serius pada saluran kencing atau jengkiran pada buah pinggang
Uretritis – Keradangan uretra

Tanda-Tanda Anda Mengalami Masalah Kencing Kotor

  • Tidak dapat mengawal kencing
  • Kerap kencing
  • Pedih semasa membuang air kecil
  • Sakit pada bahagian ari-ari
  • Kerap kencing pada waktu malam
  • Warna air kencing agak keruh, berbau atau berdarah
  • Demam sejuk dan mengigil
  • Rasa loya dan muntah
  • Sakit bahagian buah pinggang dan kadang kala melarat ke bahagian pinggang
  • Simtomp menyerupai gejala radang punci kencing
  • Perubahan emosi, mental dan keliru, hilang selera makan, tekanan darah jadi rendah, terasa sejuk dan berpeluh-peluh.

Namun begitu, terdapat juga kes di mana kencing kotor tidak menunjukkan sebarang tanda secara fizikal.

Walaupun kencing kotor biasanya boleh diatasi dengan antibiotik atau rawatan di rumah, namun ia boleh menjadi teruk sekiranya anda tidak segera mengambil tindakan.

Bagaimana Mengelak Atau Mencegah Masalah Kencing Kotor?

Tips Elak Kencing Kotor #1. Minum banyak air kosong.

Anda boleh minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari atau anggaran 2-3 liter sehari sehingga air kencing menhadi sedikit jernih.

Tips Elak Kencing Kotor #2. Jangan Tahan Kencing. Bertangguh untuk kencing akan menggalakan pembiakan bakteria dalam pundi kencing. Oleh itu, terus buang air kencing jika terasa untuk berbuat demikian.

Tips Elak Kencing Kotor #3. Jaga Kebersihan Alat Sulit. Selepas membuang air kecil, pastikan lap alat sulit sehingga kering dari depan ke arah belakang. Hal ini bagi mengelak kuman dari kawasan dubur memasuki saluran kencing.

Tips Elak Kencing Kotor #4.  Pilih Pakaian Dalam Yang Sesuai. Wanita hamil lebih berisiko mendapat kencing kotor. Pilih pakaian dalam dari fabrik kapas dan longgar. Elak memakai pakaian dalam yang ketat.

Tips Elak Kencing Kotor #5. Buang Air Kecil Sebelum Dan Selepas Hubungan Seks. Untuk mengelakkan jangkitan, anda dinasihatkan untuk membuang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan seks.

Tips Elak Kencing Kotor #6. Kerap Menukar Tuala  Wanita. Gunakan ‘panty liner’ jika mengesan tanda keputihan supaya kebersihan lebih terjaga. Tukar tuala wanita atau pantiliner dengan kerap jika telah kotor.

Tips Elak Kencing Kotor #7. Kurangkan Pengambilan Kafein.

Kurangkan pengambilan gula yang tinggi dan minuman berkafein.

Tips Elak Kencing Kotor #8. Elak Penggunaan Sabun. Bersihkan faraj anda dengan teliti setiap hari, tetapi elakkan penggunaan sabun yang kuat, douch, krim antiseptik dan produk pembersih wanita yang boleh membunuh bakteria baik dan merengsakan saluran kencing yang sensitive.

Petua Yang Boleh Diamalkan Bagi Mencegah Kencing Kotor.

  1. Ambil antibiotik
  • Rujuk pengamal perubatan sekiranya anda disyaki mengalami tanda-tanda kencing kotor.
  • Anda akan diberikan antibiotik oleh doktor dan perlu menghabiskan walaupun gejala sudah tiada. Rujuk semula ke klinik sekiranya gejala masih berterusan 2-3 hari.

2. Minum air barli.

  • Minum air barli boleh mengurangkan kencing kotor

3. Pengambilan Buah-buahan dan Jus

  • Vitamin C yang terdapat dalam buah buahan juga dapat membantu menyediakan keadaan yang berasid yang dapat membantu membunuh bakteria.

4. Minum Air Kelapa

Minum air kelapa juga membantu mengelakkan jangkitan pada saluran air kencing terutamanya kepada ibu hamil

Cara Merawat Masalah Kencing Kotor Dengan Shaklee


1. Alfalfa Complex 

  • Berfungsi sebagai anti kulat
  • Alfalfa merupakan tumbuhan yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia.
  • Bantu mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkitan buah pinggang.

2. Garlic Complex

  • Berfungsi sebagai antibiotik semulajadi
  • Menghalang daripada jangkitan virus, kuman, kulat, bakteria dan yis.

3. Vitamin C Sustained Release

  • Menjadikan air kencing lebih berasid dan pundi kencing terhindar dari jangkitan bakteria.
  • Meningkatkan sisten imun tubuh

Kepada mereka yang mengalami masalah kencing kotor atau mendapat simptom yang dinyatakan di atas, segera berjumpa doktor dan dapatkan nasihat yang selanjutnya. Bertindak segera kerana masalah kencing kotor mampu menyebabkan jangkitan yang lebih teruk sehingga memberi kesan buruk kepada fungsi  buah pinggang. Pastinya mencegah itu lebih baik dari merawat.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan ataupun anda inginkan vitamin semulajadi Shaklee, anda boleh terus hubungi saya seperti dibawah ?

Jadi tunggu apa lagi? Order sekarang. Hanya satu klik sahaja lagi.

order-sekarang

Klik SINI untuk Panduan Mudah Cara Pembelian Secara Online

kambingUntuk sebarang kemusykilan dan pertanyaan. Sila hubungi saya untuk konsultasi premium: 

Shaklee Independen Distributor

Kawasan COD : Putrajaya – Bangi – Desa Pinggiran Putra – Puchong – Kajang – Serdang

Call / sms / WhatsApp :  +6017-6258658

Email : maziahjamaludin@gmail.com

Fanpage : Vitamin Sihat

Facebook : Maziah Jamaludin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.