Tips Mengatasi Masalah Sukar Tidur Di Kalangan Ibu Hamil

Sukar untuk tidur dan apabila terjaga daripada tidur,sukar utntuk tidur semula menyebabkan ibu hamil menjadi tertekan, keletihan, pening dan loya. Sesetengah waita mengalami perasaan fobia tentang kelahiran atau bayi. Masalah ini hanya bersifat sementara, ia hanya berlaku sepanjang anda hamil.

sukat tidur ketika hamil

Apakah Gejala Yang Sering Menyebabkan Tidur Terganggu?

Pedih Ulu Hati

Perubahan hormon dalam badan semasa hamil yang mengganggu system penghadman yang menyebabkan injap pada pintu masuk peprut menjadi kendur.Hal ini menyebabkan asid perut mengalir semula ke saluran perut. Antara cara untuk mengatasi masalah ini ialah:

  • Elakkan makan terlalu banyak, makan pedas, atau bergoreng.
  • Pada waktu malam, cuba minum susu panas.
  • Tinggikan bantal atau gunakan lebih dari 1 bantal ketika tidur.

Kerap Buang Air kecil

Ia disebabkan oleh Rahim yang menekan pundi kencing. Ia berlaku di peringkat awaldan akhir kehamilan. Ia menyebabkananda sering terjagamalam untuk ke tandas.

Sesak Nafas

Disebabkan saiz rahim semakin membesar, ia memberi tekanan kepada bahagian diafragma anda dan menghalang anda bernafas dengan bebas. Ia menyebabkan anda tidak selesa tidur malam dan sering terjaga.

Peningkatan Degupan Jantung

Hal ini disebabkan tubuh anda memerlukan lebih banyak darah untuk di pam ke rahim dan menyebabkan degupan jantung anda menjadi lebih tinggi dan menyebabkan anda tidak selesa untuk tidur.

Mimpi Ngeri

Memikirkan tentang masalah harian,kehamilan,bayi dalam kandungan dan kelahiran yang bakal anda lalui kadang-kadang menjadi mimpi ngeri kepada sesetengah wanita. Apabila terlalu memikirkan perkara tersebut hingga terbawa-bawa ke dalam tidur, ia menyukarkan ibu-ibu untuk tidur lena dan sering terjaga.

Tips Membantu Anda Tidur.

  • Minum lebih banyak air beberapa jam sebelum masuk tidur.
  • Jauhkan daripada mengambil minuman yang boleh menyebabkan anda hilang mengantuk seperti kopi.
  • Jika amalkan senaman,lakukannya di sebelah pagi atau siang, bukan sebelum masuk tidur.
  • Pastikan anda tidak membawa masalah hingga ke bilik tidur.
  • Biasakan anda ke bilik tidur untuk tidur dan bukan untuk menyiapkan kerja pejabat, makan makanan ringan, menonton television dan sebagainya.
  • Sekiranya anda mengalami kejang kaki, dedakan dengan berjalan sekitar bilik sebelum tidur.
  • Mengambil segelas susu suam membantu anda untuk tidur dengan lebih lena.

Apakah Posisi Yang Betul Membantu Untuk Tidur Yang Lena?

Semasa hamil,anda perlu tahu posisi yang betul. Sebaiknya selesakan diri andadengan berbaring pada belakang badan yang disokong oleh beberapa biji bantal atau baring mengiring dengan 1 kaki dibengkokkan dan disokong di bawahnya dengan kusyen  atau bantal.

Anda mungkin selesa baring mengiring semasa kehamilan anda berada di peringkat akhir. JAnagn letakkan bantal terlalu banyak di bwak kepala kerana ia tidak baik untuk tulang belakang.

Jika masih tidak boleh tidur, anda sebaiknya jangan terus berada di atas katil atau mundar mandir di dalam bilik. Lakukan sesuatu seperti membaca bukudan menonton tv. Mungkin dengan cara ini boleh menyebabkan anda mengantuk dan memudahkan anda untuk tidur semula.

Ostematix Shaklee Membantu Tidur Yang Lebih Lena.

osto

Pada kehamilan yang lalu,susu suam menjadi rutin saya sebelum masuk tidur, Ternyata petua ini berkesan dan Alhamdulillah saya dapat tidur dengan lena dan bangun pagi dengan segar sekali. Sekiranya ibu-ibu tidak gemarkan susu,Ibu-ibu boleh mengamalkan pengambilan Ostematrix bagi menggantikan susu. Ostematrix terbukti membantu masalah sukar tidur termasuklah yang mengalami insomnia.

Jadi tunggu apa lagi? Order sekarang. Hanya satu klik sahaja lagi.

order-sekarang

Klik SINI untuk Panduan Mudah Cara Pembelian Secara Online

kambing

daftar-sekarang

Shaklee Independen Distributor

Kawasan COD : Putrajaya – Bangi – Desa Pinggiran Putra – Puchong – Kajang – Serdang

Call / sms / WhatsApp :  +6017-6258658

Email : maziahjamaludin@gmail.com

Fanpage : Healthy Vita Garden

Facebook : Maziah Jamaludin 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.