Jerawat adalah suatu keadaan kulit yang tidak normal dan terjadi akibat jangkitan serta radang pada kelenjar minyak pada kulit manusia. Biasanya minyak berlebihan dan lapisan kulit mati yang tidak dibersihkan akan menyumbat liang pori membentuk “blackhead”.
Blackhead boleh menjadi radang jika tercemar dengan bakteria propionibacterium acnes atau p acnes. Radang itulah yang disebut jerawat. Setiap orang mempunyai ketahanan masing-masing terhadap bakteria p acnes tersebut. Jerawat tidak hanya boleh muncul di wajah saja tetapi juga bahagian lain seperti punggung, dada, lengan, kaki, dan sebagainya.
10 Punca Utama Masalah Jerawat
1.Perubahan Hormon
- Perubahan hormon semasa menjelang akil baligh, mengandung, kedatangan haid dan menopause akan menyebabkan jerawat.
- Jerawat biasanya berlaku disebabkan oleh hormon androgen (testosteron) di dalam badan lelaki dan wanita.
- Mejoriti golongan yang terdedah kepada masalah jerawat di antara usia 20an – 40an
- Perubahan hormon juga dipengaruhi oleh pengambilan pil perancang, ubat steroid dan vitamin B12.
2. Tekanan (Stress)
- Tekanan emosi setiap hari dan ketegangan akan menyebabkan penghasilan minyak dan sebum pada kulit bertambah.
- Tekanan sama ada dari segi fizikal dan mental akan menyebabkan jerawat.
3. Pemakanan
- Sesetengah individu mengalami alahan terhadap beberapa jenis makanan menyebabkan kulit mereka sangat sensetif terutamanya seperti makanan laut, kekacang dan makanan berperisa tiruan.
- Makanan yang mengandungi lemak tepu dan berminyak juga antara punca jerawat seperti makanan bergoreng, santan, produk tenusu, coklat. belacan dan lain-lain lagi.
4. Toksin
- Sekiranya seseorang yang tidak pernah membuang toksin sejak lahir hingga umurnya mencecah 30 tahun, bermakna pelbagai jenis sisa toksin terkumpul dalam badannya
- Toksik yang tinggi dalam badan akan menyebabkan kulit menjadi kusam, berjerawat dan banyak lagi masalah kesihatan yang lain.
5. Faktor Genetik
- Antara faktor yang tidak boleh dielak terutamanya masyarakat di Asia yang juga terkenal dengan pelbagai jenis ubat anti jerawat.
- Berbeza dengan golongan Arab yang rata-rata berkulit licin dan tidak beminyak dan ubat anti jerawaat pastinya tidak mendapat sambutan di sana.
6. Allergik atau alahan kepada kosmetik
- Kemungkinan jerawat terjadi apabila kosmetik yang digunakan mengandungi bahan kimia yang tidk sesuai dengan kulit.
- Cara mencuci atau menanggalkan mekap yang tidak betul menyebabkan liang roma tersumbat dan kulit tidak dapat bernafas.
7. Perubahan biologi badan
- Ada segolongan individu kandungan minyak (sebum) di kulit berubah komposisi.
8. Pencemaran Alam Sekitar
- Habuk atau udara yang tercemar seperti asap dan bahan kimia terutamanya di bandar-bandar besar,kilang-kilang boleh menyebabkan jerawat dihadapi oleh hampir semua penduduk kawasan tersebut.
- Bahan-bahan ini menutup liang roma dan menyebabkan inflammasi (radang) kemerah-merahan pada kulit.
9. Resdung &Jangkitan pada kulit
- Kuman (bacteria) jenis propionobacterium acnes boleh membiak di kelenjar sebum di kulit anda dan menyebabkan jerawat.
- Oleh itu dinasihatkan agar tidak memicit jerawat kerana apabila dipicit, kuman di dalam kulit tersebar ke kawasan sekitar dan menyebabkan jerawat di permukaan akan bertambah.
10. Faktor Cuaca
- Cuaca yang panas cuaca yang sering berubah-ubah juga adalah faktor jerawat mudah keluar.
Tips Mengatasi Masalah dan Kesan Jerawat
Masalah jerawat sering meghantui remaja terutamanya remaja perempuan yang baru datang bulan dan wanita yang mengalami menopos.Faktor tumbesaran yang pesat dan ketidakseimbangan hormon adalah antara punca utama masalah ini. Faktor keturunan dan diet juga perlu diambil kira. Namun begitu, terdapat banyak kaedah untuk merawat jerawat antaranya:
- Tangan kita kerap menyentuk kulit muka. Oleh itu,cuci tangan dengan sabun dengan kerap dan pastikan tangan sentiasa bersih
- Pakai pakaian yang bersin dan sudah dicuci
- Kerap mencuci muka. Mengambil wuduk setiap kali waktu solat adalah cara mudah untuk membersihkan muka dari kotoran dan minyak.
- Gunakan pencuci muka bebas bahan kimia.
- Amalkan diet seimbang . Ambil makanan yang kaya dengan mineral dan vitamin yang diperlukan oleh kulit seperti mvitamin A, Vitamin B, Vitamin C, Vitamin E, kalsium dan zinc.
- Kurangkan makanan berminyak, berlemak dan kurang berkhasiat.
- Kawal stress dengan aktiviti yang menyihatkan seperti berenang, bersenam, dan berjalan kaki.
- Lakukan aktiviti riadah bagi merehatkan minda dan menenangkan fikiran seperti memancing, berkebun dan meditasi.
- Waktu tidur yang mencukupi. Tidur yang cukup mampu menjana semula sel-sel kulit yang baru dan mengeluarkan toksin dalam badan dengan lebih efisyen.
- Amalkan Doa untuk pulihkan jerawat:
Dengan tips di atas diharap serba sedikit membantu anda yang mengawal dan mengatasi masalah jerawat.
Lepas 7 Tahun Geram Muka Berjerawat Teruk, Ini Yg Dia Buat from iReach HD on Vimeo.
Bagaimana Mengatasi Jerawat Dengan Pengambilan Suppliment?
Salah satu punca dalaman berlakunya jerawat disebabkan oleh pemakanan. Oleh itu, dengan pemakanan juga kita mampu untuk mencegahnya. Persoalannya kini adalah nutrisi yang diambil setiap hari cukup lengkap untuk menentang jerawat degil ini?
Tahukah anda set ini juga dikenali sebagai Set ACE di mana ia meningkatkan ketahanan badan terhadap radikal bebas,memberi kesan awet muda dan meningkatkan tahap kesihatan. Namun begitu, apakah keistimewaan set ini bagi mengatasi masalah jerawat?
- Gabungan vitamin E dan selenium amat bagus untuk mengatasi masalah jerawat.
- Mengatasi dan membaiki bengkak dan ulser kulit.
- Mengecutkan jerawat
- Memudarkan parut jerawat
- Kaya dengan anti oksidan
- Melawan kesan penuaan.
- Meningkatkan keanjalan kulit.
- Meningkatkan penghasilan kolagen semulajadi kulit
- Meningkatkan tahap imunisasi dari serangan bakteria.
- Membantu penyembuhan tisu
- Mmencantikkan dan menganjalkan kulit
- Bersifat antioksidan dan bertindak menentang radikal bebas.
- Sumber vitamin A terbaik.
- Meredakan penyakit kulit seperti kulit kering, psoriasis, jerawat dan acne.
- Melindungi sel dari dimusnahkan oleh radikal bebas.
- Membantu memelihara kesihatan tidu kulit.
Selain daripada mengambil suppliment, Set Enfuselle Basic System Normal to Oily Skin amat disyorkan bagi penjagaan luaran kulit. Ia merupakan set penjagaan wajah khusus untuk kulit bermasalah seperti jerawat. Bertindak segera untuk kulit yang sihat, segar dan berser-seri!!
Jadi tunggu apa lagi? Order sekarang. Hanya satu klik sahaja lagi.
Klik SINI untuk Panduan Mudah Cara Pembelian Secara Online
Kawasan COD : Putrajaya – Bangi – Desa Pinggiran Putra – Puchong – Kajang – Serdang
Call / sms / WhatsApp : +6017-6258658
Email : maziahjamaludin@gmail.com
Fanpage : Healthy Vita Garden
Facebook : Maziah Jamaludin