Teknik Marmet Paling Mudah Dan Berkesan

Marmet adalah teknik memerah susu dengan menggunakan tangan tanpa sebarang bantuan pam. Rata-rata menyatakan bahaya teknik  marmet agak sukar dan meletihkan . Tahukah anda, apabila anda mendapat cara dan rentak yang betul, marmet merupakan pam susu terbaik selepas isapan bayi. Teknik ini merupakan emergency back up paling tepat di saat-saat getir sekiranya tertinggal pam, bayi tidak mahu menyusu sedangkan si ibu sudah bengkak susu dan pelbagai lagi masalah yang tidak kita duga.

hand-expressing1

Teknik Memerah Menggunakan Tangan Atau Teknik Marmet

Pertama kali saya melihat hasil marmet sahabat saya kerana tertinggal pam,  kagum dengan hasil 5oz tanpa pam! Tak terfikir bagaimana susu boleh keluar tanpa pam. Saya cuba juga untuk marmet di pejabat tetapi hanya 3 oz selepas berjam-jam marmet. Suatu hari saya tertinggal beberapa part pam. Allahuakbar! Banyak blog saya singgah untuk mengetahui teknik yang betul. Yang penting tak mahu lenguh, susu mahu banyak. Banyak songeh!

Alhamdulillah, marmet menjadi kegemaran saya di kala lapang-lapang sebab malas nak assamble dan membasuh pam. Hanya perlu basuh tangan sahaja.  Satu sesi saya boleh dapat dalam 8 oz sehingga 12 oz, lumayan bukan? LDR (Let Down Reflect) juga lebih kerap semasa marmet.

Hasil Marmet Seharian Di Pejabat

Hasil Marmet Seharian Di Pejabat

BAGAIMANA CARA PERAH SUSU GUNA TANGAN  ATAU TEKNIK MARMET?

Perkara pertama sebelum memulakan teknik marmet adalah melakukan urutan terlebih dahulu bagi memastikan proses perahan berjalan lancar.

MENGURUT

✎ Pastikan tangan anda dibersihkan terlebih dahulu sebelum memulakan urutan. Kemudian, tekapkan payudara menggunakan tuala kecil yang telah direndam dalam air suam. Seterusnya, urutlah payudara dengan mengikut langkah-langkah berikut :

Massage ❤ Dengan menggunakan jari telunjuk dan tengah, lakukan gerakan membulat dari hujung ketiak hingga ke aerola. Tangan kanan mengurut payudara kiri manakala tangan kiri mengurut payu dara kanan.

Stroke ❤ Dengan menggunakan kelima-lima jari tangan, tekan payudara secara lembut. Selain daripada itu, anda boleh ‘menyikat’ payudara menggunakan sikat yang bergigi lebar dari bahagian hujung ketiak ke aerola

Shake ❤ Dengan posisi tubuh yang condong ke hadapan, goyangkan dada anda secara lembut. Dengan cara ini daya graviti yang terhasil akan membantu meransang pengeluaran susu ibu

MEMERAH

Langkah 1

1) buat pegangan C dengan meletakkan ibu jari lebih kurang 1sm daripada aerola, manakala jari telunjuk dan jari tengah diletakkan dibahagian bawah aerola (kedua-dua jari berfungsi menampung bawah payudara) memandangkan payu dara setiap ibu adalah berbeza anggaplah payu dara anda seperti jam. Arah ibu jari berada pada jam 12 dan dua jari yang lain berada di posisi jam 6

marmet 1

 2) tekan payudara secara lembut ke arah dada tanpa memindahkan posisi jari telunjuk dan jari tengah tadi

marmet 2

 3) seterusnya picit ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah bagi menggalakkan susu ibu keluar daripada puting. Kemudian lepaskan dan ulang semula dengan melakukan pergerakan picit-lepas, picit-lepas

 4) ulang langkah 1-3 sehingga aliran susu berkurangan

 5) kemudian pindahkan posisi ibu jari ke arah jam 11, 10, 9,8 dan 7 manakala jari telunjuk dan tengah ke arah jam 5,4,3,2 dan 1. lakukan gerakan memerah sama sepperti langkah 1-4 supaya kesemua saluran susu dapat diperah sepenuhnya

6) tadah susu yang berjaya diperah ke dalam bekas penyimpan yang bersih

 7) beralihlah ke payu dara disebelahnya jika anda yakin sudah berjaya mengosongkan payudara. (Saya buat selang-seli bila tangan sudah lenguh.)

Langkah 2

 Melancarkan aliran susu

Tolak dan golek

Tolak dan golek

tolak dan gentel

Golek dan gentel bahagian areola bagi mempercepatkan LDR

1) Urut setiap saluran susu dengan menekannya secara lembut menggunakan kelima-lima jari ke arah dada bermula daripada bahagian atas. Lakukannya dalam gerakan memutar. Tumpukan pada satu tempat (saluran susu) bagi setiap masa untuk beberapa saat sebelum beralih ke tempat lain

 2) Usap payu dara bermula daripada bahagian atas hingga ke puting menggunakan sentuhan geletek. Teruskan pergerakan ini di mana ia dapat menenangkan anda dan seterusnya membantu melancarkan aliran susu

Elakkan Pergerakan ini!

marmet 5

✘ Jangan picit puting payu dara. Ini akan menyebabkannya lebam

✘ Jangan tarik puting kerana ia boleh merosakkan tisu payu dara

✘ Jangan geselkan tangan anda ke payu dara kerana boleh menyebabkannya melecet

 Keseluruhan prosedur ini seharusnya dilakukan dalam tempoh 20 minit – 30 minit. Perah setiap sebelah payudara antara 5- 7 minit. Setelah itu, lakukan rutin urutan (massage, stroke dan shake). Kemudian perah lagi setiap sebelah payudara dalam 3 – 5minit. Dan ulang semula rutin urutan dan di akhiri dengan sesi pemerahan antara 2 hingga 3 minit bagi setiap sebelah payu dara Cubalah praktikkannya! InsyaAllah banyak membantu.

Apa yang ditunjukkan di atas adalah asas dalam teknik marmet. Sekiranya anda sudah lama menggunakan teknik ini, anda akan bertemu formula sendiri untuk mempercepatkan pengeluaran susu, LDR dengan kerap sekaligus meningkatkan hasil tuaian susu. Anda pasti teruja dan jatuh cinta bila susu memancut mancut dan berbuih halus dalam botol.

Pastikan anda juga jaga menjaga mengamalkan 5 asas penyuusan iaitu minum air kosong dengan banyak, makan makanan berkhasiat, rehat yang secukupnya, menjaga demand & supply dan berdoa agar dicukupkan susu sehingga anak berumur 2 tahun. Anda boleh ambil apa-apa suplemen untuk menampung sebarang kekurangan pada dalam badan.

Artikel Menarik :

Shaklee  Independance Distributor

order-sekarang

Kawasan COD : Putrajaya – Desa Pinggiran Putra – Puchong – Kajang – Serdang

Call / sms / WhatsApp+6017-6258658

Email : maziahjamaludin@gmail.com

Fanpage : Healthy Vita Garden

Facebook : Maziah Jamaludin

Klik Sini Untuk Order

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.