Tanda-Tanda Awal Nak Bersalin
Assalamualaikum..
Hari ni saya ingin berkongsi sedikit info mengenai tanda-tanda kelahiran, memandangkan kelahiran anak sulong saya melalui proses induced. Tidak sempat untuk merasai tanda-tanda kelahiran normal seperti ibu-ibu yang lain kerana bayi saya terpaksa dilahirkan 3 minggu awal dari tarikh yang dijangkakan.
Secara lazimnya,tempoh kehamilan adalah 40 minggu dari hari pertama period terakhir. Namun begitu hanya 5% sahaja kelahiran adalah tepat pada tarikh EDD (Estimated Due Date) yang ditetapkan. Tanda-tanda kelahiran adalah berbeza untuk setiap wanita. Ia merupakan satu proses dimana beberapa perubahan dalam badan anda bekerjasama untuk membantu kelahiran bayi.
Apakah tanda-tanda awal kelahiran?
Ramai wanita merasa bimbang yang mungkin mereka tidak dapat mengenali tanda-tanda hendak bersalin sekiranya ia terjadi. Adalah penting untuk anda mengetahui mengenai tanda tanda awal bersalin supaya anda boleh membuat persediaan yang optimal untuk mengahdapi kelahiran. Antara 8 tanda kelahiran ialah:
Tanda-Tanda Awal Nak Bersalin : Engages
Bagi bakal ibu buat akli pertama, bayi mereka mula engages dalam 2-4 minggu sebelum EDD. Untuk ibu yang melahirkan kali kedua dan ke atas, bayi mungkin akan engages sejurus sebelum kelahiran. Ini disebabkan oleh tulang pelvis sudah pun diregangkan. Anda akan merasa kosong pada bahagian atas abdomen. Keadaan ini berlaku apabila bayi mula memasuki jalan iaitu kepala bayi berada di tengah tulang pelvis.
Tanda-Tanda Awal Nak Bersalin :Kerap Membuang Air Kecil
Apabila bayi semakin membesar dan berat, ia memberi tekanan kepada pundi kencing yang berada di bawah rahim. Ini menyebabkan ibu semakin kerap ingin membuang air kecil.
Tanda-Tanda Awal Nak Bersalin :Sakit Belakang Di Bahagian Bawah.
Apabila bayi semkin membesar dan berat, ia akan jatuh le bih bawah dan memberi tekanan kepada belakang untuk menampung kandungan. Oleh itu sakit bahagian belakang dan pelvis adalah disebabkan oleh ligament rahim dan pelvis mula meregang.
Tanda-Tanda Awal Nak Bersalin :Kontraksi Braxton Hicks
Anda akan merasa kontraksi ini lebih kerap dan lebih sakit seperti cramp semasa senggugut. Namun begitu kontraksi ini tidak sekuat kontraksi sebenar semasa kelahiran. Kontraksi ini membantu menipis, memendekkan dan membuka serviks anda. Ia akan berlaku 1-2 minggu sebelum kelahiran sebenar. Kontraksi ini akan berkurangan sekiranya anda menukar posisi atau berjalan.
Tanda-Tanda Awal Nak Bersalin : Cirit Birit
Hormon kelahiran bertindak balas terhadap usus anda menyebabkan kekejangan abdomen dan longgar. Cirit birit menyebabkan usus melakukan banyak pergerakan dan akan kosong. Hal ini memberi banyak ruang untuk laluan bayi. Hormon kelahiran ini juga akan membuatkan anda loya seperti morning sickness di awal kehamilan.
Tanda-Tanda Awal Nak Bersalin : Keputihan
Keluar lelehan dari faraj di mana ia berbentuk lender yang lebih putih dari telur.
Tanda-Tanda Awal Nak Bersalin : Lendir Pekat dan Pendarahan (bloody show)
Apabila kepala bayi turun ke ruang antara pelvis dan berlakunya kontraksi Brixton Hicks, ia akan menyebabkan pluk mukus (lendir pekat bercampur darah) tertanggal. Fungsi pluk mukus adalah bagi menghalang sebarang kemasukan bendasing ke dalam serviks dan menghalang sedarang jangkitan terhadap bayi. Apabila pluk mukus tertanggal, ia akan menyebabkan bayi turun ke bawah lagi secara perlahan-lahan.
Tanda-Tanda Awal Nak Bersalin : Pecah Air Ketuban
Hanya 1 dalam 10 ibu yang pecah air ketuban sebelum kelahiran. Anda perlulah segera menghubungi pihak hospital apabila mendapati air ketuban mula pecah.Selalunya doktor anda induce kelahiran dalam masa 24 jam selepas air ketuban pecah bagi mengelakkan sebarang jangkitan terhadap bayi.
Apabila kelahiran mencecah 36 minggu, ibu-ibu perlulah lebih peka dengan sebarang tanda dan perubahan yang berlaku terhadap tubuh anda. Sebarang kebarangkalian boleh berlaku dan suami juga perlu turut bersedia agar tidak panik dan melalukan perkara yang sewajarnya.
Jom Tengok Video Ibu Muda Ni. Katanya Dah Serik Nak Beranak Lagi. Apa Yang Membuatkan Dia Berubah Dan Beranak Lagi.
Fuhhh..Bagaimana pula pengalaman kelahiran bayi kedua nanti?? Nantikan November ini, InsyaAllah ..
Ingin tahu panduan meneran yang betul? klik sini Panduan Meneran ketika bersalin
Jom Tengok Set Bersalin Terbaik… Klik sini
Kawasan COD : Putrajaya – Bangi – Desa Pinggiran Putra – Puchong – Kajang – Serdang
Call / sms / WhatsApp : +6017-6258658
Email : maziahjamaludin@gmail.com
Fanpage : Healthy Vita Garden
Facebook : Maziah Jamaludin