Subhanallah! Sedekah Kunci Untuk Kaya Dan Bahagia

Lepas lihat je video ni, rasa terpanggil untuk berkongsi juga dengan semua pembaca mengenai kelebihan bersedekah yang membuatkan saya kembali muhasabah bila ada barang hilang, terbeli barang mahal dari biasa, beli barang kemudian tertinggal, dan saya pernah bayar tol dari Kajang ke tol Putra Mahkota yang sepatutnya hanya sekitar RM3 tetapi dicas RM53 gara-gara kad Touch & Go saya tidak dapat dikesan semasa di tol Kajang. Memang rasa nak meroyan sekejap sebab beza RM50 tu difikirkan macam-macam lagi saya boleh buat. Monyok seharian mengenangkan apa yang berlaku.

Jemput tonton video di bawah, rugi besar kalau tak tengok. Hihi..

Alhamdulillah, bila berlaku perkara-perkara di atas, suami selalu pesan agar jangan difikirkan sangat kerana ia memang bukan rezeki kita. Sentap di situ, mungkin Allah memberi peringatan bahawa bukan semua milik kita adalah hak kita secara mutlak. Terasa tenang dan lapang sedikit bukan? Apakah maksudnya semua tu? Simptomi mak-mak anak 2 ke? Sebab perempuan ni cuai sangat ke? Nyanyok?

Dah tengok video sebentar tadi kan? Apa yang dapat kita simpulkan mengenai kelebihan bersedekah?

Kelebihan bersedekah #1. Menyedarkan kita bahawa di dalam rezeki kita ada sedikit hak orang lain.

Kelebihan bersedekah #2. Meleraikan hati agar tidak terlalu terikat dengan dunia

Kelebihan bersedekah #3.  Menjadikan kita  hamba yang  rendah diri kerana apa yang kita yang miliki semua adalah milik Allah.

Oleh itu, jadikan sedekah sebagai amalan untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain.

sedekah2

Sedekah Kepada Ahli Keluarga Membawa kepada Bahagia

Di sini saya pernah mendengar kata-kata seorang ustaz di TV3 yang menceritakan betapa gembiranya hati seorang ayah yang sudah lama tidak pulang kerana bekerja, pulang membawa hadiah untuk DIBERIKAN kepada anak dan isteri. Keterujaan yang tidak tergambar oleh si ayah semasa ingin memberi, belum lagi melihat kegembiraan di wajah anak isteri bila MENERIMA hadiah nanti.

Berbeza bila situasinya bila si ayah pulang MENGHARAPKAN ada hadiah istimewa dari isteri yang menanti nya pulang setelah sekian lama tidak kembali. Si isteri dan anak pula mengharapkan hadiah dari ayah. Malangnya semua tidak dapat apa yang mereka harapkan. HAMPA bukan? Jelas di sini konsep MEMBERI ini adalah salah 1 kunci kebahagiaan yang kadang-kadang dipandang remeh tetapi besar kesannya kepada kehidupan berkeluarga.

Memberi VS Mengharap. Dialog mana yang anda mahu dengar?

surprise-present-kid-bag-600x400

“Ayah, terima kasih ayah. Along sayang ayah sangat-sangat. Sayang along kat ayah dari bumi sampai pluto”

Atau

“Loorrr , ayah pergi jauh-jauh takde beli apa-apa ke? Sedih la macam ni.”

Jelas bukan? Padahal ayah pun singgah 7Eleven je beli gula-gula. Penghargaan si anak rasa macam ayah beli barang kat oversea. Pasti anda akan rasa terharu bukan?

Bagaimana untuk menanam sikap rajin bersedekah? Antaranya:

  • Sentiasa ingat sebalik kesusahan kita, ada lagi orang yang lebih susah.
  • Yakin bahawa sedekah adalah kunci untuk membuka pintu rezeki
  • Sedekah mampu menyucikan diri dari penyakit-penyakit hati.

Secara logiknya, mungkin kita akan berfikir bahawa harta yang kita keluarkan untuk sedekah bermaksud pengurangan harta yang ada di tangan kita. Tetapi Rasulullah (S.A.W.) pernah bersabda bahawa harta seseorang tidak akan berkurang karena disedekahkan:
“Ada tiga perkara yang saya bersumpah atasnya dan saya memberitahukan kepadamu semua akan suatu Hadits, maka peliharalah itu: Tidaklah harta seseorang itu akan menjadi berkurang sebab disedekahkan, tidaklah seseorang hamba dianiaya dengan suatu penganiayaan dan ia bersabar dalam menderitanya, melainkan Allah menambahkan kemuliaan padanya, juga tidaklah seseorang hamba itu membuka pintu permintaan, melainkan Allah membuka untuknya pintu kemiskinan,” (H.R. Tirmidzi, dari Abu Kabsyah, iaitu Umar bin Sa’ad al-Anmari r.a.)

Pernah tak anda dengar, sedekah dahulu sebelum kaya? Senang cerita, jika kita buat kira-kira apabila 1 – 1= 0 bukan? Tetapi formula Allah terhadap sedekah ini sungguh ajaib iaitu, 1 – 1 = 10. Haaaa…kaya tak?

planet-bumi-copy[1]

Bagaimana anda ingin merasakan keajaiban-keajaiban alam nyata ini? Jadilah seorang yang rajin bersedekah. Pastinya anda akan memasuki sebuah dunia penuh keajaiban yang KHAS untuk anda sahaja. Bawalah pasangan dan anak-anak bersama mengembara ke alam ini. Sekian sahaja perkongsian saya mengenai sedekah yang terlalu besar hikmahnya sehingga merasakan diri yang mengarang ini telalu kerdil dan hina. Semoga beroleh manfaat dari apa yang dikongsikan.

Ps: Jangan lupa share entri ni dengan kawan-kawan untuk kebaikan bersama ye!

kolohuhu

 Kawasan COD : Putrajaya – Desa Pinggiran Putra – Puchong – Kajang – Serdang

Call / sms / WhatsApp :  +6017-6258658

Email : maziahjamaludin@gmail.com

Fanpage : Healthy Vita Garden

Facebook : Maziah Jamaludin

3 comments for “Subhanallah! Sedekah Kunci Untuk Kaya Dan Bahagia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.