Strok Haba Mampu Mengundang Maut

Cuaca panas yang berpanjangan boleh menjejaskan kesihatan. Terdedah kepada cuaca yang terlalu panas boleh menyebabkan seseorang itu mengalami kelesuan haba dan strok haba. Oleh yang demikian, rakyat negara ini diminta agar berwaspada terhadap tanda-tanda masalah ini berikutan cuaca panas yang melanda.

Kelesuan haba dan strok haba berkait rapat dan amat serius jika tidak dirawat dengan segera. Kelesuan haba berlaku apabila seseorang itu mengalami keletihan melampau, kesan dari pengurangan tekanan darah dan jumlah darah.

strok-haba-pembunuh-senyap-_4

Ia disebabkan oleh kehilangan cecair tubuh dan garam selepas terdedah pada haba pada suatu jangka masa yang panjang. Kadangkala mereka mengalami kelesuan haba akan berasa tidak sihat, pengsan dan berpeluh dengan banyak.

Strok haba adalah keadaan lebih serius jika dibanding dengan kelesuan haba. Ia berlaku apaabila suhu badan menjadi tinggi dan merbahaya berikutan dengan pendedahan terhadap haba secara berlebihan. Tubuh tidak lagi mampu untuk menyejukkan diri dan mula ke tahap kepanasan melampau.

Apakah Gejala-gejala Kelesuan Haba?

Gejala-gejala kelesuan haba boleh terjadi dengan pantas. Ini termasuklah : 

  • Kulit yang amat panas dan kemerah-merahan
  • Berpeluh dengan banyak
  • Pening
  • Keletihan melampau
  • Loya
  • Degupan jantung yag cepat (takikardia)
  • Kekeliruan
  • Kurang buang air dan air kencing lebih pekat daripada biasa.

hot-weather (1)

Mereka yang menghidap kelesuan haba perlu dipindahkan ke kawasan yang sejuk  dan diberikan cecair terutamanya air kosong untuk diminum. Selepas perkara ini dilakukan, mereka akan berasa lebih baik dalam masa setengah jam.

Mereka juga terhindar dari mengalami komplikasi pada masa akan datang. Namun begitu, tanpa rawatan mereka akan mendapat strok haba.

Siapakah Yang Berisiko Mendapat Kelesuan Haba?

Seetengan golongan lebih berisiko  mendapat strok habaatau menderita komplikasi daripada dehidrasi. Mereka ini perlu di bawa ke hospital dengan segera. Golongan ini termasuklah :

  • Kanak-kanak di bawah umur 2 tahun.
  • Warga emas
  • Pesakit buah pinggang, jantung dan pernafasan
  • Pesakit diabetis yang menggunakan insulin.

Apakah Gejala-gejala Strok Haba?

Antara gejala-gejala strok haba ialah:

  • Suhu yang tinggi iaitu lebih kurang 40 darjah celcius (104 darjah fahrenheit) atau lebih.
  • Perpeluhan yang banyak secara tiba-tiba berhenti. Jika tubuh tidak menghasilkan sebarang peluh makan badan akan menjadi kering. Ini adalah tanda amaran bahawa tubuh sudah menjadi panas dan dehidrasi.
  • Degupan jantung yang pantas.
  • Pernafasan yang cepat (hiperventilasi)
  • Kejang otot.

Apakah Gejala-gejala Lain Bagi Strok Haba?

stroke haba

Haba yang terlampau yang menyebabkan strok haba boleh membesi kesan kepada sistem saraf. Ia akan menyebabkan gejala-gejala seperti:

  • Kekeliruan
  • Kurang memberi tumpuan
  • Serangan sawan
  • Sakit kepala
  • Vertigo (pening kepala dan merasakan keadaan sekeliling seperti berpusing)
  • Resah atau bimbang
  • Masalah memahami atau bercakap kepada orang lain.
  • Melihat atau mendengar kepada sesuatu yang tidak benar (halusinasi)
  • Hilang sedar (pengsan)

Apakah yang Boleh Dilakukan Sekiranya Mengalami Strok Haba?

Jika mengesyaki seseorang mengalami strok haba, segera dapatkan  rawatan dan sementara menunggu perkara berikut boleh dilakukan:

  • Segera pindahkan individu tersebut ke tempat yang lebih sejuk
  • Tingkatkan pengaliran udara dengan cara membuka tingkap atau menggunakan kipas.
  • Berikan air untuk diminum (jika individu sedarkan diri) tetapi jangan berikan ubat seperti aspirin atau paracetamol.
  • Basahkan kulit individu tersebut dengan air yang tdak terlalu sejuk. Anda boleh menutup tubuh individu tersebut dengan tuala basah atau rendamkan mereka kedalam air sejuk yang tidak terlalu sejuk.

Apakah Langkah Untuk Mengurangkan Risiko Akibat Strok Haba?

Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan risiko mendapat kelesuan haba dan strok haba semasa suhu terlampau panas. Ini termasuklah:

minum air banyak

Pastikan Minum Banyak AIr Kosong

  • Elakkan diri dari terdedah kepada cahaya matahari terutamanya sekitar jam 11 pagi hingga 3 petang.
  • Sekiranya anda perlu untuk keluar, pastikan menggunakan pelindung seperti payung, cermin mata dan memakai krim selaran matahari.
  • Pastikan tiada individu yang ditinggalkan di dalam kereta semasa di tempat meletak kenderaan.
  • Elakkan melakukan senaman fizikal yang ekstream.
  • Minum air sejuk dengan banyak tetapi elak deripada meminum air yang mengandungi kafein dan alcohol.
  • Makan makanan yang sejuk terutamanya salad dan buah yang mengandungi banyak kandungan air.
  • Mandi air sejuk.
  • Percikkan air di permukaan kulit, pakaian atau letakkan tuala basah pada bahagian belakang leher.
  • Pastikan anda berada di dalam persekitaran yang sejuk.
Performance Drink Shaklee

Performance Drink Shaklee

Selain itu,anda juga boleh mengamalkan Performance Drink dari Shaklee untuk kekal cergas walaupun cuaca panas.

Jika dibiarkan tanpa rawatan, strok haba boleh membawa kepada komplikasi seperti kerosakan otak dan kegagalan organ. Tidak mustahil individu boleh meninggal dunia akibat strok haba.

 

Jadi tunggu apa lagi? Order sekarang. Hanya satu klik sahaja lagi.

order-sekarang

Klik SINI untuk Panduan Mudah Cara Pembelian Secara Online

kambing

daftar-sekarang

Shaklee Independen Distributor

Kawasan COD : Putrajaya – Bangi – Desa Pinggiran Putra – Puchong – Kajang – Serdang

Call / sms / WhatsApp :  +6017-6258658

Email : maziahjamaludin@gmail.com

Fanpage : Healthy Vita Garden

Facebook : Maziah Jamaludin

1 comment for “Strok Haba Mampu Mengundang Maut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.