Status Halal Shaklee

Mencari yang halal itu adalah kewajiban bagi kita, bukan sahaja sebagai pembeli atau pengguna, malah turut kepada penjual atau pengedar. Sejak dari awal lagi, bukan sahaja pengguna lain malah saya sendiri mencari status Halal produk Shaklee dan ternyata memang Shaklee mempunyai sijil halal dan kelulusan dari pihak KKM.

Sijil di bawah adalah sijil Halal Shaklee yang telah dikeluarkan oleh Islamic Service ogf America (ISA) untuk produk-produk Shaklee yang dipasarkan di Malaysia.

sijil halal 1

kkm

Kelulusan dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia

Mengapa ISA dan sijil Halal bukan Dikeluarkan Oleh JAKIM?

Tahukah anda bahawa ISA merupakan salah satu badan pengeluar sijil halal di America yang diiktiraf oleh JAKIM? KLIK SINI untuk melihat senarai penuh badan pengeluar sijil halal di luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

sijil halal 2

Pengiktirafan dari JAKIM

Bagaimana Status Produk Dengan Bovine Gelatin?

Antara produk Shaklee di Malaysia yang menggunakan bovine gelatin dan tersenarai di dalam sijil halal tersebut ialah Lecithin, Omega Guard dan Vita E Complex.

Saya amat memuji tindakan sesetengah golongan bukan sahaja pengguna malah pengedar Shaklee sendiri yang mengambil inisiatif dan langkah berjaga-jaga bagi memastikan produk yang diambil sememangnya halal. Maklumlah, kini terlalu banyak perkara yang bercampur baur antara yang halal dan haram. Ia bukan sahaja dari segi pemakanan malah dari sudut lain seperti pergaulan, sumber rezeki, kandungan makanan dan lain-lain lagi. Apa yang pasti, ia bermula dari punca rezeki dan apa sahaja yang di makan untuk membentuk darah daging kita,

Seperti yang kita tahu, setiap daging yang tumbuh dari sumber yang tidak halal (sama ada makan makanan yang tidak halal bukan kerana darurat atau punca pencarian yang tidak halal) adalah bahan bakar api neraka. Mungkin kita tidak perlu menuggu api neraka keranaa di dunia lagi kita sudah merasai kesan dari perkara-perkara yang tidak halal ini seperti keidupan yang sentiasa resah, doa tidak dimakbulkan, hati yang keras, anak yang degil dan sebagainya.

Oleh itu, tanpa memahami isu ini dengan sebetulnya kadangkala ia menjadi bahan sabotaj dan lebih dikenali sebagai boikot tanpa kita sedar. Kebanyakan masyarakat kita terbiasa dengan JAKIM sedangkan di Malaysia masih banyak lagi pengeluar sijil halal termasuklah untk produk-produk dari dalam Negara kita sendiri.

Antara badan pengeluar sijil halal di Asia Tenggara (yang digunapakai di Malaysia) selain JAKIM ialah Islamic Food Research Centre (IFRC) Asia dan Halal Food Council (HFC) South East Asia. Malah satu mesyuarat telah diadakan antara pengeluar sijil halal agar sijil halal ni tak dimonopoli oleh JAKIM saja. Namun begitu, kebanyakan produk yang memiliki sijil JAKIM yang lebih mendapat sambutan atas dasar kepercayaan terhadap JAKIM dan ia menjadi salah satu strategi marketing kepada para peniaga.

sijil halal 3

Senarai Badan Islam Yang Di Iktiraf dan Dikemaskini

Mengapa Sijil Halal Ini Penting?

Tahukah anda bahawa setiap badan yang mengeluarkan sijil halal ini mempunyai prosedur yang sangat ketat sebelum mengeluarkan status halal bagi sesuatu produk? Menurut pembacaan saya, status halal dari USA dan Kanada mempunyaio prosedur yang paling sukar untuk mendapat pelepasan. Oleh itu apabila Shaklee mendapat sijil halal dari USA, maka sepatutnya tiada isu bukan?

sijil halal 4

Pertanyaan melalui email terus ke Shaklee USA

Memiliki sijil halal adalah suatu tanggungjawab berat dan tidak boleh dibuat main. Hal ini kerana pengeluar sijil akan sentiasa memantau setiap proses dan procedur dan mereka boleh menarik balik status halal ini pada bila-bila masa sekiranya pengilang prosuk tidak mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Oleh itu, segala produk-produk Shaklee yang terdapat di dalam pasaran Malaysia (tidak semua produk Shaklee ada di dalam pasaran Malaysia) terdapat di dalam senarai sijil halal di atas. Sekiranya anda membeli produk Shaklee di Malaysia maka anda tidak perlu lagi berasa ragu.

Kepada pengguna Shaklee dan kepada mereka yang ingin mencuba produk Shaklee, gunakan tanpa was-was. Nikmati kebaikan Shaklee dan selamat menjalani kehidupan yang lebih sihat dan ceria.

Shaklee Independen Distributor

Kawasan COD : Putrajaya – Bangi – Desa Pinggiran Putra – Puchong – Kajang – Serdang

Call / sms / WhatsApp :  +6017-6258658

Email : maziahjamaludin@gmail.com

Fanpage : Healthy Vita Garden

Facebook : Maziah Jamaludin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.