Set Kolestrol Shaklee : Bantu Mengawal Dan Menurunkan Kolestrol Dengan Berkesan

Tanpa disedari separuh dari bilangan rakyat Malaysia menghidap masalah kolestrol tinggi. Kesukaran mengawal diet seharian, tabiat pemakanan yang tidak terjaga bertahun-tahun lamanya boleh menyebabkan salur darah tersumbat dan membawa kepada risiko penyakit jantung.

 

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh WHO,satu per tiga (1/3) daripada kes kematian di dunia disebabkan oleh malsah sakit jantung. Daripada jumlah tersebut 40-75 peratus yang diserang penyakit jantung meninggal dunia sebelum sempat mendapat rawatan di hospital. Adakah jumlah ini akan terus meningkat?

Sebelum saya menceritakan lebih lanjut mengenai kolestrol, di sini saya berikan gambaran terhadap Set Koiestrol Shaklee dan saya akan terangkan apakah kepentingan produk yang saya cadangkan ini.

Apa Itu Kolestrol?

Kolestrol merupakan komponen sterol yang sangat baik untuk metabolisma dan penghasilan hormon. Namun begitu, masalah ketidakseimbangan kandungan HDL dan LDH membawa kepada risiko sakit jantung.

  • LDL (Lipoprotein ketumpatan rendah – kolesterol jahat)
  • HDL (Lipoprotein ketumpatan tinggi – kolesterol baik)

LDL terkenal juga dengan gelaran ‘kolesterol jahat’. Kenapa jahat? Sekiranya paras LDL tinggi, ia membawa kepada masalah pengumpulan kolesterol dalam arteri.

HDL pula dikenali sebagai ‘kelostrol’ baik. Ia berfungsi membawa kolesterol dalam darah kepada hati, dan hati akan menyingkirkan kolesterol dari arteri.

Jadi kolestrol ni sebenarnya penting juga untuk kesihatan. Sel yang sihat sangat memerlukan HDL untuk menjalani proses metabolisma seperti bernafas, berkumuh, makan dan sebagainya. Manakala LDL pula merencatkan proses tersebut.

Apakah Fungsi Penting Kolestrol Dalam Tubuh?

Seperti yang di nyatakan di atas, kolestrol mempunyai beberapa fungsi penting dalam tubuh kita antaranya :

  • Penting dalam proses metabolisma untuk vitamin yang larut lemak.
  • Penting dalam penghasilan hormon yang dirembeskan oleh kelenjar adrenal seperti  kortikosteron ,kortisol dan sebagainya.
  • Terlibat dalam penghasilan hormon estrogen dan androgen
  • Membantu penghasilan cecair hempedu
  • Bertindak sebagai penebat kepada jaringan saraf
  • Membina dan memelihara membran sel, dengan mengelakkan pengkristalan hidrokarbon di dalam membran.
  • Berfungsi menukarkan cahaya matahari kepada Vitamin D
  • Mengawal dan bertindak sebagai ‘pintu pagar’ sel dengan membenarkan molekul yang boleh memasuki sel dan tidak boleh memasukinya.

Apakah Tahap Normal Kolestrol?

Apakah Risiko Penyakit Sekiranya Kolestrol Bukan Pada Aras Yang Sepatutnya?

  • Aliran darah tidak lancar
  • Arteri menjadi sempit
  • Serangan jantung
  • Strok

Cara Kawal Kolestrol Dengan Berkesan

Mengawal tahap kolestrol sebenarnya perlulah dimulakan dari awal. Terdapat beberapa cara yang boleh diamalkan antaranya :

  • Kawal pemakanan – Tahukah anda masalah kolestrol berlaku apabila kita mula mengambil makanan tinggi dengan lemak tepu seperti makanan yang diproses. Oleh itu, amalkan pengambilan makanan yang sebenar dan makanan dengan kandungan lemak sihat. Kenali 7 Makanan Penyebab Kolestrol Tinggi dalam Darah.
  • Melakukan Aktiviti Fizikal – Gaya hidup yang aktif akan memberi kesan kepada hapat kolestrol. Kurang melakukan aktiviti fizikal menyebabkan peningkatan kadar LDL berbanding HDL.
  • Kawal Berat Badan – Obesiti merupakan antara punca kolestrol tinggi dalam badan.
  • Jauhi Rokok dan Alkohol – Keedua-dua ini sememangnya dilarang dalam agama kerana ia jels menjejaskan kesihatan dan tidak mendatangkan manfaat terhadap tubuh

Bagaimana Shaklee Membantu Menurunkan Kadar Kolestrol Dalam Tubuh?

Semakin lama kita tidak mengamalkan pemakanan yang sihat, semakin banyaklah kolestrol yang terkumpul dalam salur darah kita tanpa kita sedari. Tidak hairanlah jika ada yang mendapat serangan jantung, strok dan pelbagai masalah kesihatan secara tiba-tiba!

Shaklee merupakan supliment iaitu makanan tambahan yang membantu menambah nutrisi secara “segera” kepada tubuh. Ia bukanlah seperti ubat dan perlu diambil secara konsisten untuk mendapatkan kesan yang lebih baik dan berkesan.

Untuk masalah kolestrol, 3 produk yang sangat membantu untuk mengawal tahap kolestrol dan bagus untuk kesihatan jantung anda.

Phytocol ST – Membekalkan 2000 mg Fitosterol yang membantu menyerap kolestrol dan menghalangnya dari memasuki salur darah.

Tahukah anda, untuk mendapatkan keperluan Fitosterol yang mencukupi setiap hari, anda perlu mengambil:

  • 200 batang lobak merah
  • 70 keping roti gandum
  • 425 biji tomato

Pengambilan Phytocol ST setiap hari sangat membantu untuk mengawal tahap kolestrol.

Omega Guard – Asid lemak yang bantu mengawal tahap kolestrol dengan baik, menurunkan kadar kolestrol jahat (LDL) dan meningkatkan kadar kolestrol baik dalam darah (HDL).

Ia juga memastikan saluran darah tidak tersumbat dan aliran darah menjadi lancar sekaligus mengurangkan risiko serangan jantung dan stroke.

CoQ-Trol Plus – Membantu menguatkan jantung dan dengan memberi kepada otot jantung untuk bekerja dengan lebih baik.

Semakin berusia, otot jantung akan menjadi lemah. pengambilan CoQ Trol bukan sahaja menjadikan jantung lebih sihat malah memberi tenaga berpanjangan kepada tubuh.

 

Kesihatan adalah satu nikmat dan bukan boleh dijual beli. Penyakit datang tidak mengenal usia muda. Bagaimana dengan anak dan keluarga anda?

Apa yang anda fikirkan apabila doktor mengatakan bahawa tahap kolestrol anda pada tahap yang membimbangkan? Adakah anda masih bersikap ambil mudah  sedangkan sudah ramai yang berjaya mengawal tahap kolestrol dengan Set Kolestrol Shaklee dan berada pada tahap kesihatan yang lebih baik?

Hubungi saya Maziah di talian 017-6258658 atau KLIK SINI untuk membuat pesanan dan menurunkan tahap kolestrol anda dengan segera!

Shaklee Independen Distributor

SMS / WhatsApp :  +6017-6258658

Email : maziahjamaludin@gmail.com

Fanpage : Vitamin Sihat

Facebook : Maziah Jamaludin

Klik Sini Untuk Order

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.