Tahukah anda bahawa ibu hamil mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat jangkitan kuman menyebabkan batuk, demam dan selsema kerana sistem imunisasi atau pertahanan badannya semakin lemah . Hal ini tidak lain tidak bukan disebabkan sistem imun ibu lebih berperanan melindungi bayi yang berada di dalam kandungan.
Namun begitu, pasti ibu-ibu tertanya-tanya, adakah selamat untuk mengambil panadol (paracetamol)? Boleh ke ambil ubat batuk dan selsema semasa hamil? Bukan anda sahaja, malah saya juga berkali-kali bertanya kepada doktor adakah ia selamat kepada bayi di dalam kandungan saya? Sebenarnya ia selamat di atas nasihat doktor dan ibu hamil hanya akan diberikan dos yang diperlukan san selamat sahaja. Namun begitu, tidak pula kita perlu mencari alternative lain yang bebas dari ubat-ubatan.
Apakah Makanan Yang Boleh Ibu hamil Amalkan Untuk Mengurangkan Risiko Jangkitan?
Pengambilan Vitamin C
Ibu hamil amat digalakkan untuk mengambil makanan yang mampu membekalkan mineral dan vitamin antioksida seperti vitamin C. Vitamin C amat baik untuk meningkatkan sistem imunisasi tubuh anda dan ia dapat melawan virus yang cuba menyerang sistem pertahanan badan.
Buah-Buahan dan Sayur-sayuran
Mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran segar serta bijirin adalah diet yang baik bagi meningkatkan tahap ketahanan badan kepada penyakit. Ibu-ibu juga perlu minum air dengan jumlah yang banyak samaada air masak mahupun jus. Namun begitu, anda perlu kurangkan pengambilan minuman berkafein dan minuman yang terlalu manis.
Bersenam
Badan yang cergas dapat mengelakkan anda dari terkena virus dan jangkitan penyakit. Cara yang mudah ialah dengan mengamalkan senaman ringan sahaja.
Petua mengatasi Masalah Selsema, Batuk dan Demam Semasa Hamil
Sekiranya anda sudah diserang batuk dan selsema,anda boleh mengambil langkah alternative untuk merawatnya. Hal ini keranna selsema akan membuatkan anda rasa kurang selesa, sakit tekak, sakit kepala, hidung berair dn tersumbat. Antara petua yang boleh diamalkan ialah:
- Hidu bau bawang putih yang ditumbuk atau dipotong beberapa kali sehari bangi mmelegakan hidung tersumbat.
- Hirup sup ayam. Sup ayam bagus untuk melegakan selsema.
- Minum teh halia yang dicampurkan dengan madu 3 kali sehari. Lakukan selama 4 hari.
- Minum air panas yang dicampur madu dan lemon.
- Minum air asam jawa
- Orang zaman dahulu mengamalkan wap air bagi mengatasi masalah hidung tersumbat. Tekupkan muka kedalam bekas yang berisi air panas sambil kepala ditutup dengan kain.
- Mandi air panas juga antara salah satu cara untuk mengatasi masalah hidung tersumbat.
Makanan Untuk Batuk dan Sakit Tekak
- Makanan makanan yang lembut dn mudah ditelan seperti bubur ayam, buah yang lembut (contoh : betik, limau dan pisang),yagurt dan sebagainya.
- Elakkan makanan yang keras dan rangup seperti buah-buahan yang keras (contoh : epal, jambu batu dan pear), kuih-kuih yang keras atau keropok yangkeras kerana ia akan membuatkan tekak anda berasa gatal dan mengundang risiko batuk.
- Elakkan makanan berminyak. Sup dan makanan rebus adalah lebih baik.
- Elakkan makanan makanan yang tinggi MSG, terlalu manis atau masam, terlalu pedas atau terlalu berempah. Makanan seperti jeruk asam akan melambatkan proses penyembuhan.
- Elakkan makanan terlalu panas atau terlalu sejuk. Hal ini kerana ia akan mengganggu tekak anda. Pastikan makanan sejuk sedikit sebelum dijamah.
- Namun begitu, aiskrim dan air sejuk pula sebenarnya mampu melegakan sakit tekak. pa yang penting, ia tidak terlalu manis atau terlalu sejuk beku. Sup ayam dan minuman suam mampu melegakan dan mengurangkan keradangan pada tekak.
Cara Mudah Meningkatkan sistem imunisasi Ibu Hamil
Selain pemakanan dan cara hidup yang sihat, anda juga boleh mengamalkan Set Ibu Hamil yang sememangnya bagus meningkatkan tahap imunisasi anda . Di Shaklee, vitamin yang baik untuk ibu hamil dijamin selamat, semulajadi dan berkesan.
Vitamin C adalah sumber paling penting di dalam sistem imunisasi kita kerana ia melibatkan produksi antibodi ,fungsi dan aktiviti sel darah merah dan yang paling penting ia melibatkan pengeluaran interferon. Vitamin C bertindak membantu sel darah putih dalam menentang virus dan bakteria sekaligus mambantutkan simptom flu dan demam.
Ibu hamil boleh ke ambil Nutriferon? Sebenarnya ia di atas risiko anda sendiri kerana saya sendiri mengambil Nutriferon semasa hamil dan Alhamdulillah tiada sebarang masalah. Saya mengamalkan nya juga atas risiko sendiri setelah bertanyakan kepada kawan-kawan disamping kajian serta pembacaan saya sendiri.
Selain itu, nutriferon bukanlah diamalkan setiap hari. Setengah sachet sudah memadai untuk mengekalkan tahap imunisasi tubuh disamping mengamalkan vitamin C Shaklee serta vitamin-vitamin asas ibu hamil yang lain secara konsisten.Perlu diingat, pastikan anda meminum air secukupnya kerana ibu hamil memerlukan air yang cukup dalam badan
Garlic bertindak sebagai antibiotic semulajadi terhadap tubuh. Kandungan Allicin yang aktif merangsang pengeluaran sel darah putih dan meningkatkan pengeluaran antibodi. Sebagai ibu hamil, sebiji sehari sudah memadai.
Satu keperluan untuk mengekalkan fungsi normal imunisasi. Meningkatkan kecenderungan kepelbagaian patogen dan penyembuhan luka dan sangat bagus untuk ibu-ibu yang mempunyai masalah GDM semasa hamil. Namun begitu, ibu-ibu perlu mendapakan nasihat doktor terlebih dahulu kerana fisiologi tubuh bagi setiap individu adalah berbeza, oleh itu penerimaan terhadap vitamin juga tidak sama terutamanya ketika hamil.
Walaubagaimanapun, anda tidak perlu bimbang tentang kesihatan bayi dalam kandungan anda kerana batuk dan selsema tidak menjejaskan bayi. Namun begitu, batuk dan selsema berpanjangan pastinya membuatkan ibu-ibu menjadi lemah dan tidak selesa. Perkara ini perlu diambil serius kerana gejala yang berpanjangan mampu mebawa kepada risiko jangkitan paru-paru.
Apapun, tips asas saya untuk anda, pengambilan vitamin-vitamin tambahan selain daripada vitamin asas yang saya selalu syorkan ialah, pengambilan lebih selamat bermula trimester kedua kehamilan, ambil dalam dos minimum terlebih dahulu dan bagi yang plan nak ambik atas sebab ‘masalah’ (GDM, batuk teruk, yeast infection dll), sila consult doktor dan SID kesayangan anda terlebih dahulu.
Jadi tunggu apa lagi? Order sekarang. Hanya satu klik sahaja lagi.
Klik SINI untuk Panduan Mudah Cara Pembelian Secara Online
Kawasan COD : Putrajaya – Bangi – Desa Pinggiran Putra – Puchong – Kajang – Serdang
Call / sms / WhatsApp : +6017-6258658
Email : maziahjamaludin@gmail.com
Fanpage : Healthy Vita Garden
Facebook : Maziah Jamaludin