SEDEKAH AMALAN MULIA
Siapa setuju?? 100% setuju…Hahhh..cerita bab sedekah..Meh nak story sikit..
Pasal seorang sahabat, kisah dia yang dulu kesempitan wang..Pening kepala memikirkan..Tiba-tiba ada call nak pinjam kereta..sebelum ni tak pernah2 ada orang nak pinjam kereta dia..sepakat suami isteri,bagi pinjam FREE sebab yang nk pinjam ni pun bukan orang yg berada kewangan nye..
Pasangan ni urgent tapi nak sewa kereta sekarang VIVA sahaja sehari RM150…diulang,RM150..
Sahabat ni meminjamkan kereta SAGA for FREE selama 2 minggu..maknanya kalu VIVA 2 minggu,RM2100 kos sewa sahaja..
Tak penah tanya bila nak pulangkan kereta..Serah bulat2..2 minggu berlalau,dapat call..si peminjam nak pulangkan kereta..yang diterima hanya ucapan terima kasih..
Yang menarik nye?? ni yang suka sangat nak cerita ni…dalam dok kesempitan duit ni,bagi plak pinjam kereta FREE…
Sapa sangka RM1500++ masuk dalam akaun bank..tak tahu sebab ape..tak tahu dari mana…menangis sahabat,terharu,sebak..
Sape yang bagi?? Sape yang berhak bagi rezeki kpada kita?? Hanya Allah.. Ni bukan kisah DONGENG..ajaibnye sedekah,tak terungkai dengan kata2..Janji Allah itu pasti…
Begitu juga dgn Berniaga..Rezeki bukan untuk dicari,tapi hadirnya perlu dijemput…Betulkan niat..semoga dimurahkan rezeki..Aminnn..