Resepi ESP?? Ya, hari ni kita ala-ala blog masakan tetapi menu utama yang saya akan gunakan ialah ESP Shaklee. Puteri-peteri lilin tidak perlu risau kerana tiada bebarang menggunaan api untuk menyediakan menu ini malah ia sangat bagus untuk kesihatan luaran dan dalaman. Saya sangat-sangat bersyukur dengan adanya resepi resepi menarik yang pernah saya “google” sebelum ini membantu saya untuk menikmati kebaikan ESP Shaklee, MENGAPAKAH???
Untuk pengetahuan pembaca semua, saya digelar “hantu susu” kerana sangat suka minum susu tetapi seorang manusia yang anti dengan soya hanya kerana tidak menyukai rasa dan bau nya sejak dari kecil lagi. Bukan sahaja soya, malah sumber makanan berasaskan soya seperti air soya, tempe, taufu fa, taucu dan makanan yang seangkatan dengannya. Sebelum mencuba ESP Shaklee, banyak survey yang saya lakukan kepada rakan-rakan mengenai rasanya. Hati memberontak mahu mencuba kerana teruja dengan khasiat ESP tetapi fobia terhadap rasa soya menyebabkan timbul konflik dalam diri.
Resepi ESP Kegemaran Saya
ESP Shaklee + Air Kosong
Pertama kali mencuba ESP Shaklee hanya dicampurkan dengan air kosong, akal menidakkan rasa yang saya fobia selama ini. Ditambah sedikit gula atau krimer untuk sedikit rasa manis. Beberapa kali mencuba hati mula terdetik yang ESP Shaklee ni lebih sedap dan kurang bau soya sebenar. Bagi penggemar soya tegar, rasanya tiada masalah untuk menikmati ESP Shaklee ini hanya dengan air kosong.
ESP Shaklee + Minuman Coklat VICO
Setelah berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan, saya mula mencuba ESP Shaklee bersama minuman coklat Vico. Apa yang saya rasa?? Sangat teruja! Rasa yang lebih sedap dan menyelerakan. Saya lebih suka mereka digandingkan suam kerana lebih nikmat berbanding sejuk. Namun ia terpulang kepada selera masing-masing. Bagi suami saya pula, ESP diminum sejuk adalah kegemarannya. Mudah sahaja, saya hanya campurkan 2 scoop ESP dan 2 scoop Vico dan penuhkan air sehingga 400ml. Skahe, Shake, Shake, dan minum. Yummie!!!
ESP Shaklee + Susu Segar + Ais
Selain itu, disebabkan saya amat menyukai susu, saya juga suka mencampurkan ais tetapi tidak terlalu sejuk. Kesegarannya terasa sehingga ke perut. Imaginasi saya sahaja tu. Ok,resepi ni lagi senang. Masukkan 1 atau 2 scoop ESP dan campurkan dengan susu segar sehingga 400ml (sukatan pada shaker). Semadikan 3 hingga 5 ketul ais kemudian goncang!!
ESP Shaklee + Oren Sunquick + Ais
Apabila oren sunquick digabungkan bersama ESP, saya amat teruja kerana rasanya seperti minuman yogurt. Lebih menyelerakan apabila diminum sejuk dan rugi jika anda tidak mencubanya. Kesegaran dan rasa lemak berkrim oren bersama ESP mampu mengenyangkan perut yang sedang berkerongcong dan menghilangkan dahaga disamping memberi tenaga segera kepada tubuh. Caranya hanya dengan 2 scoop ESP, dicampur dengan 2 hingga 3 sudu oren sunquick dan beberapa ketul ais kemudian goncang!!
Keempat-empat resepi di atas merupakan resepi ESP Shaklee kegemaran saya.Mahukan lagi resepi yang lebih menarik?? Anda juga boleh bland bersama buah-buahan dan yang paling saya teruja adalah resepi ESP Shaklee yang digabungkan dengan susu kambing dan kurma. Saya belum pernah mencuba tetapi ia pasti menyerlahkan khasiat setiap elemen.
Ok, kita sambung menu minuman berkhasiat kita hari ini. Selain daripada yang dicadangkan di atas, anda juga boleh mencuba pelbagai gabungan mantap ESP Shaklee. JOm kita cuba satu persatu dan nikmati bukan sahaja rasa, malah khasiat ESP Shaklee.
Bagaimana?? Sebenarnya anda sendiri boleh mencipta pelbagai resepi ESP kegemaran anda dengan syarat ia tidak dicampurkan dengan minuman berkafein kerana kafein akan menghalang penyerapan nutrient dah khasiat ESP, maka sia-sia sahaja anda mengambilnya untuk kesihatan. Selain itu, elakkan membancuh ESP bersama air yang terlalu panas kerana ESP terdiri daripada sumber protein di mana ia akan denatured pada suhu melebihi 40 darjah celsius. Maksud denatured ini adalah keadaan protein yang sudah terurai dan tiada lagi menfaat kepada tubuh badan.
Selamat menikmati ESP Shaklee dengan cara tersendiri!! Bagi mendapatkan ESP Shaklee, hubungi kami untuk pertanyaan lanjut dan khidmat nasihat.
Jadi tunggu apa lagi? Order sekarang. Hanya satu klik sahaja lagi.
Klik SINI untuk Panduan Mudah Cara Pembelian Secara Online
Kawasan COD : Putrajaya – Bangi – Desa Pinggiran Putra – Puchong – Kajang – Serdang
Call / sms / WhatsApp : +6017-6258658
Email : maziahjamaludin@gmail.com
Fanpage : Healthy Vita Garden
Facebook : Maziah Jamaludin