Pengalaman Pertama Kali Menaiki Kapal Terbang. Aku Sesat!!

Haiii, apa khabar semua? Apa perasaan korang masa kali pertama naik flight? Masa dulu, teruja bila dengar pengalaman kawan-kawan yang pernah naik kapal terbang ni. Tapi bila sampai rezeki sendiri dapat naik kapal terbang, rasa berbelah bahagi. Takut, cuak, gementar semua ada. Hilang terus excited tu.

Macam-macam bermain di fikiran, lagi-lagi terpaksa tinggalkan suami dan anak-anak. Pengalaman pertama, terus dapat naik flight international, fuhhh..Langsung tak teringat nak google dulu pengalaman orang lain, procedur dan sebagainya memandangkan agak sibuk dengan kerja di ofis. Muka cuak tak habis-habis, doa tak putus-putus..

Minggu lepas saya berpeluang mengikuti trip percuma bersama Shaklee ke Phuket Thailand. Semua tiket penerbangan pergi dan balik, hotel penginapan, aktiviti riadah, makan malam ditaja khas oleh pihak Shaklee. Dan ini adalah pengalaman pertama saya menaiki kapal terbang. Rezeki menaiki penerbangan Malindo Air, penerbangan pukul 12.30 tengahari, ada makan lunch.

Sebelum tu nak cerita, kalau boleh nak suami temankan untuk check in luggage. Memang tak tergambar procedur yang bakal dilalui. Mula-mula lepas jumpa staff Shaklee, boleh pula salah beratur dalam group lain (bukan Shaklee). Mujur la perasan orang-orang Shaklee ni sebab dah dapat lanyard. Lambat lagi nak berlepas, saya merayau tak tentu arah sampai la jumpa kawan-kawan. Mujur saya belum check in ke imegresen. Staff Shaaklee ada terangkan procedur seterusnya, tapi saya tak berapa nak faham sebab tak tahu apa yang bakal dilalui selepas ini. Ya Allah, 1st time ni memang lain macam rasa dia. Sesat di alam nyata!!

Yeayyy!! Dah jumpa geng…Gambar sebelum masuk balai berlepas

Check in pukul 9.00 pagi, kena berada di balai berlepas jam 11.15 pagi. Masa ni dah Ok sikit sebab dah jumpa ramai kawan. Bila diumumkan untuk menaiki flight, sekali lagi rasa cuak. Terbayang muka anak, suami, mak, adik beradik semua. Hahaha. Masuk je la, cari tempat duduk, duduk diam-diam. Masa flight slowly atas runaway tu Ok, tapi bila takeoff dan mula nak terbang tu sejuk je rasa. Bayangkan tetiba flight tu pecut, rasa nak tercampak ke belakang. Ke perasaan je? Sebab tengok orang lain macam rilex je..huhu..Dah mula pasrah, doa je semoga selamat sampai.

Depan kami ada screen, boleh nak tonton movie, boleh juga nak lihat navigasi pesawat. Tapi disebabkan pertama kali, rasa risau nak tekan sana tekan sini. Nak pandang kiri kanan pun rasa serba salah, kena pula sebelah kanan tu lelaki. Mampu menjeling kiri kanan sahaja. Mujur la penerbangan sejam lebih je.

Tengahari tu Malindo Air hidangkan nasi lemak rendang ayam. Wahhh, sedap betul makanan dalam flight ni. Lupa la sikit masa tu masih berada di udara. Tak lama lepas selesai makan, flight mula mendarat. Kelihatan pulau Phuket dari udara, sangat cantik. Lapangan Terbang Phuket sangat hampir dengan pantai.  Malindo Air punya pendaratan agak baik dan smooth je, tidak terasa terlalu bergegar. Kira pilot dia tu tere la landing..hihihi

 

Makan masa bertolak : Nasi Lemak Rendang Ayam

 

Masa flight nk approach untuk landing, terasa macam buat rawatan resdung di telinga. Terasa gatal-gatal dan mencucuk dalam telinga. Syukur sangat dan mendarat dengan selamat. Rasa macam tak percaya berada lebih 30,000 kaki di atas paras laut. Sejam lebih telinga tak berapa boleh dengar sebab bengang. Orang kata kena telan air liur banyak-banyak atau kunyah chewing gum. Tapi lepas terus pergi Tunk-Ka Restaurant untuk lunch, masa makan tu dah kurang rasa bengang telinga.

Dah sampai Tun-Ka Cafe untuk Lunch (Waktu Malaysia, 4pm)

Nanti saya ceritakan aktiviti sepanjang berada di Phuket. Setiap hari, aktiviti memang sangat pack. Kena ikut jadual sebab masa yang diperuntukkan sangat terhad. Selalu juga terlambat tapi syukur tak terlepas sebarang aktiviti. Aktiviti memang sangat best dan rasanya ni Trip Shaklee yang paling awesome!!

Siap packing untuk pulang..Rugi tak bawa beg besar..

Selesai trip 3 hari 4 malam, flight bertolak pulang ke Malaysia jam 1.15 tengahri (waktu Thailand). Ni kira kali kedua la menaiki flight. Tiba-tiba nama tiada dalam list masa nak ambil tiket dan check in luggage di Phuket airport. Tak tahu la kenapa tak jumpa nama masa di kaunter. Jangan la takde tiket balik sudah ler, menangis kalau delay balik Malaysia. Huhuhu..

Mujur ada staff travel agency ada berhampiran kami, bagi nombor giliran baru jumpa nama untuk print tiket. Masih berasa sedikit gementar tapi tak sabar nak jumpa anak-anak. Sekali lagi perkara tak diduga berlaku. Kononnya nak bawa balik yogurt cereal, makan kat rumah. Tapi lupa yang cecair tak boleh melebihi 100mL untuk hand carry. Nak letak dalam luggage mmang dah tak muat. Jadi berputih mata, 3 bekas yogurt kena rampas di imegresen. Adududu..

Nak telan sampai 3 bekas yogurt memang tak mampu sebab sebelum tu dah habiskan 500mL susu kopi & 500mL air mineral. Sebelum berlepas, 3-4 kali juga berulang ke toilet. Kawan dari sabah dah pelik, “kau dah kenapa bha??”..Aduiii, ni bukan sebab gementar, tapi sebab  banyak sangat minum air.

Bagi yang pertama kali turun ke Phuket airport, toilet takde air paip. Ya, hanya ada tisu sahaja, tak ada air. Kena standby bawa botol kosong, tadah air di sinki. Jadi, botol mineral jangan buang terus ye. Sepatutnya 1.15pm dah naik flight, tapi 1.30pm baru naik bas nak ke flight. Flight delay sikit tapi lega dapat kosongkan tangki sepenuhnya. 

Sekali lagi rezeki dapat makan lunch dalam flight, makan nasi beriani ayam. Tapi kali ni agak lama, delay sebelum bertolak dan delay di udara. Beberapa kali pengumuman untuk mendarat tetapi flight naik semula. Dianggarkan sampai jam 3.50 petang (waktu Malaysia) tapi flight mendarat pukul 4.00pm lebih.

Menu pulang ke Malaysia : Nasi Beriani Ayam

Siap pick up luggage semua, keluar jam 4.45pm terus ambil anak sekolah. Malam tu ada Hari Anugerah PASTI Al-Muhaimin. Sampai rumah terus siap-siap nak ke dewan pula. Ya Allah, syukur pulang semula ke pangkuan keluarga. Rasa cuak naik flight tu tak dapat nak gambarkan. Kalau ada yang offer dalam amsa terdekat ni, rasanya kena tangguhkan dulu. Masih kumpul kekuatan untuk naik flight semula, huhuhu.

Korang macam mana?

Apa pengalaman korang mula-mula naik flight?

Nak tahu bagaimana saya mendapat trip percuma dengan Shaklee? 

InsyaAllah nanti saya sambung lagi pengembaraan ke negara Gajah Putih ini. Hubungi saya sekiranya berminat untuk memulakan bisnes atau ingin mencari pendapatan sampingan dan berpeluang bercuti secara percuma!!

Maziah : 017-6258658

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.