Alhamdulillah 11 Mac 2018 saya selamat melahirkan anak ketiga. Tapi kali ni cukup berbeza dan ia merupakan pengalaman baru bagi saya. Anggaran saya akan bersalin awal seperti kandungan sebelum ini meleset sama sekali. Saya overdue 41 minggu 3 hari. Bak kata mak, selagi belum sampai masa dia takkan luruh. Memang puas menunggu hari nk bersalin, dan macam-macam pula petua untuk cepat bersalin yang saya cuba. Ibu yang overdue sahaja tau macam mana perasaan tak sabar nak bersalin tu.
Kandungan pertama saya gugur di Hospital Ampuan Najihah, Kuala Pilah. Kemudian hamil semula dan anak sulong saya lahir awal dari jangkaan, 37 minggu 2 hari di Hospital Kuala Lumpur secara induce. Bersalin anak kedua pula 38 minggu 6 hari ni Pusat Bersalin Berisiko Rendah Presint 8, Putrajaya. Kali ketiga saya terpaksa induce juga sebab dah overdue 41 minggu 3 hari, bersalin di Hospital Putrajaya. Bersalin pun semuanya di tempat yang berlainan, apatah lagi pengalaman bersalin memang semuanya tak sama.
Kandungan 37 minggu,
Saya pergi ke rumah adik ipar di Janda baik untuk ambil mak sekali. Memang memanjat kebun, kononnya untuk mudah bersalin. Dari Janda Baik drive sendiri balik Putrajaya.
Kandungan 38 minggu,
Saya gagahkan diri menziarah sahabat saya yang meninggal dunia di Jengka 12. Doa dan tawakkal supaya tak terberanak dalam perjalanan. Bertolak selepas subuh dan pulang semula ke Putrajaya selepas selesai urusan jenazah. Al Fatihah kepada Arwah Asmida Shahadan, sahabat yang sangat baik hati.
Kandungan 39 minggu
Kembali bawa mak berjalan ke Janda baik. Sekali lagi panjat bukit, panjat kebun dan bawak mak ke pasar pagi di janda baik. Memang kali ni terasa lain macam, tiada tanda akan bersalin awal.
Kandungan 40 minggu.
Sepatutnya tarikh dijangka bersalin 1 mac 2018. Sekiranya belum bersalin, boleh datang untuk check up terakhir di klinik pada 5 Mac 2018. Ni adalah tarikh annyversary perkahwinan saya yang ke 7. Ingatkan baby nak lahir tarikh ni, tapi tak kunjung tiba juga tanda-tanda nak bersalin.
Pengalaman Overdue Anak Ketiga
Bila 5 Mac saya masih berlenggang perut ke klinik, nurse dah bersorak, ” Lorrr, tak beranak lagi kawan ni!!..” Meriah kali ni sebab lama pergi check up,bayangkan dari kandungan 6 minggu, 2 kali sebulan sebab ada masalah HB low. Kali ni buku mengandung saya paling tebal, dah macam belacan sebab bawa merata.
6 Mac saya disarankan ke hospital untuk warded. Namun begitu, disebabkan katil penuh hospital akan call semula sekiranya ada katil kosong sebelum maghrib. Tunggu punya tunggu sehinggalah 8 Mac, masih tiada panggilan dari pihak hospital. kandungan saya dan mencecah 41 minggu. Saya masih menghantar anak ke sekolah macam biasa.
Petang 8 Mac baru teringat nak call semula hospital. Pihak hospital ingatkan sudah habiskan list untuk warded tetapi nama saya tertinggal. Itu la yang dikatakan perancangan Allah. Akhirnya saya warded Khamis malam Jumaat, hospital minta datang segera tetapi terasa sedikit rushing, saya minta warded selepas Isyak. Maka malam Jumaat saya bermalam di ward 2B, Hospital Putrajaya.
Cadangan Induce Kaedah Belon
Jumaat, 9 Mac 2018.
Seawal 6.30 pagi saya sudah menunggu di bilik procedur. Disebabkan masih tiada sebarang contraction dan bukaan, doktor cadangakan induce menggunakan kaedah belon. Saya pernah dengan kaedah ni tetapi masih tidak faham tujuan dan bagaimana ia membantu untuk bersalin. Rupanya induce belon dicadangkan sebab saya mempunya asma.Perasaan ingin tahu mula menerjah, maka kerja meng’google’ di katil bermula.
Belon ni akan menjarakkan kantung baby dengan rahim dan akan merangsang hormon serta mencetuskan contraction. Pintu rahim akan terbuka perlahan-lahan dan belon akan jatuh sendiri menandakan bukaan rahim anggaran 3cm. Doktor bagi masa 24 jam untuk belon jatuh sendiri.
Nurse bagitahu ada yang sekejap sahaja belon dan jatuh tetapi saya lain pula pengalaman. Berjalan sana sini, buat squad di tandas namun belon tak jatuh-jatuh. Masih berhuhuhu di katil. Memang agak kurang selesa untuk bergerak, berjalan dan solat.
Belon Jatuh, Bukaan Baru 3cm
Sabtu 10 Mac 2018
Awal pagi saya berulang ke bilik procedur dengan belon masih belum jatuh. Doktor membuat pemeriksaan bukaan rahim dan merasakan belon sudah hampir nak jatuh. Saya kembali ke katil dan terus ke toilet, memang betul tak lama lepas tu belon jatuh sendiri. Leganya Ya Allah, pukul 10 pagi pemeriksaan bukaan rahim baru 3cm. Contraction masih geli-geli je. Hati masih berdebar-debar,bila la baby nak lahir sebab esoknya anak-anak yang lain ada sukan di Taska.
Petang selepas Asar saya minta suami datang temankan berjalan, dengan harapan bukaan lebih cepat. Dari tingkat 2 saya naik tangga ke tingkat 5. Turun dan kemudian naik semula ke tingkat 4. Gigih sampai segan dengan doktor yang gunakan tangga untuk turun naik wad. Dalam hati,”Patutla doktor sini pakai kasut ala2 kasut sukan. Rela berlari turun naik tangga dari tunggu lif yang tak berapa laju.”
Yeayy!! Dah Boleh Masuk Labor Room!
Sebelum maghrib suami dah balik. Saya siap-siap untuk solat maghrib kemudian terlelap. Dalam pukul 9 malam saya bangun solat Isyak, belum sempat buka telekung, mak telefon. Tapi tak sempat nak sembang lama, nurse dah panggil untuk pemeriksaan. Alhamdulillah bukaan 4cm dan diminta menghubungi suami. Saya akan dihantar ke labor room jam 10.15 malam. Happy sebab tak sabatr nak tengok baby, dalam masa yang masa gementar, seram sejuk semua da. Nak berjuang kejap lagi.

Sibuk juga nak tahu pasal CTG..Bacaan 153 tu jantung baby. Yang 46 tu kekuatan contraction. Tapi 46 di ward, tak rasa sangat. Di labor room, mmg perghhh!!
Contraction masih tidak begitu kuat, bukaan pula baru 4 cm. Dalam hati tertanya-tanya, bila nak bersalin kalau baru 4cm? Memang lain betul pengalaman kali ni. Terdengar orang sebelah meneran, suami saya pula belum sqampai, terus mengalir air mata. Dah terbayang apa yang akan dihadapi lepas ni. Kesakitan yang tak tergambar dengan perkataan.
10.30 malam suami sampai, hanya 10 minit perjalanan dari rumah ke hospital. Nurse drip induce dan berikan gas antonox untuk tahan sakit. Ya Allah, sakit tak tertanggung rasanya. Menggigil tangan sambil menggenggam tangan suami. Sejam menahan contraction, nurse datang untuk memeriksa kedudukan bayi.
Time To Push!!
Dari keadaan mengiring, rupanya kepala bayi dah nampak. Terus meneran tetapi kali pertama tidak cukup nafas sebab tidak bersedia. Saya ingatkan lambat lagi, sebab pengalaman masa lahirkan anak kedua, dari 4cm kepada 10cm dalam anggaran 7 jam.Kali ni bukaan 4cm kepada 10 cm hanya dalam sejam setengah!!!
Teran kali kedua, Alhamdulillah kepala bayi dan keluar, teran kali ketiga seluruh badan meluncur. Tepat 12.12 pagi, 11 Mac 2018 lahirlah puteri saya 2.82kg yang diberi nama Nurul Amni Binti Muhd Faizal.Syukur ke hadrat Ilahi. Puas menunggu kelahiran kali ni, maklum la overdue sehingga 41 inggu 3 hari. Orang kata bayi selesa dalam perut mama. Hihihi..
Selepas selesai melahirkan,proses jahit dan macam-macam lagi, saya dihantar semula ke wad dalam pukul 1 pagi. Disebabkan dah lewat pagi, suami terus bawa uri anak balik ke rumah sebab esok pagi anak-anak ada Sukan Tahunan Taska. Sementara tunggu siang, mama tak sempat nak lelap sebab doktor ada datang cek rahim, tekanan darah dan sebagainya. Kali ni terasa sangat lemah sebab luka pun agak besar dan darah agak banyak yang hilang sampai terpaksa panggil nurse untuk tolong bukakan pintu toilet.
12 Mac 2018, mama dah boleh dischared, tapi baby kena tahan 48 hours untuk pantau suhu sebab mama ada GBS. Doktor risau baby demam sebab infection kuman GBS tu. Alhamdulillah lepas 48 jam, suhu pun normal, baby boleh discharged juga..YEayyy!!
Ku semadikan pengalaman melahirkan setiap anak di blog ini untuk kenang-kenangan. Setiap kelahiran tu tak sama pengalamannya. Syukur atas nikmat ini dan saya doakan bakal-bakal ibu dipermudahkan dan bagi yang masih berusaha saya doakan agar dimakbulkan segala doa kalian. Terima Kasih Allah..
Subuh, 8 September 2018.
Artikel Menarik:
- Pengalaman Melahirkan Anak Sulong Secara Induce 37 Minggu
- 7 Sebab Suami Wajib Teman Isteri Semasa Bersalin
- Tips Untuk Luka Besalin Czer Cepat Sembuh
- Set Berpantang Terbaik 2018