Pagi ni saya teringat tentang kisah seorang rakan berusia 20an iaitu bekas rakan sekerja saya , beliau selalu dikatakan sebagai pemalas akibat selalu tidur di siang hari. Pada suatu hari saya berhasrat menegurnya di pantri, kebetulan beliau sedang membuat minuman yang dipercayai mampu mengurangkan rasa mengantuknya.
“Dah banyak mana minum minuman ni hari ni?”
“Teruk sangat ke rasa mengantuk?”
“Ko tidur tak semalam?”
Beliau tidak merokok, sebab tu beliau cuba hilangkan dengan minum berkafein.
“Banyak juga la, mengantuk sangat, semalam dah tidur awal tapi masih mengantuk. kadang mengantuk sangat terutama waktu memandu, sampai hampir knemalanga dan pernah tertidur di lampu isyarat kerana teramat mengantuk.Saya cuma terjaga bila dah kena hon dari kereta belakang”
Saya mula mencari penyelesaian dan berpendapat beliau mungkin salah seorang yang mengalami Hypersomnia.