Perlu Bersenam Semasa Hamil?

Tiada halangan untuk bersenam semasa mengandung. Banyak faedah yang boleh dicapai dengan amalan aktiviti ini. Senaman membantu wanita hamil menerima pelbagai faedah daripada memulihkan keadaan minda yang positif, meningkatkan kualiti tidur dan mengurangkan kesakitan semasa mengandung.

Secara tidak langsung, ia juga memberi persediaan kepada wanita hamil untuk berhadapan dengan saat kelahiran. Senaman dapat menguatkan otot dan membina daya ketahanan, sekali gus memudahkan wanita hamil mendapatkan semula bentuk badan asal selepas bersalin.

senaman ibu hamil

Peraturan Senaman Yang Wajib Dipatuhi Semasa Mengandung

Sesetengah wanita berfikir bahawa kehamilan adalah masa untuk duduk dan meletakkan kaki mereka ke atas. Tidak begitu! Bagi kebanyakan wanita, ia adalah penting untuk menjalankan sedikit senaman semasa mengandung. Malah, ia mempunyai banyak manfaat kesihatan.

Sihat wanita hamil memerlukan sekurang-kurangnya 2 ½ jam latihan setiap minggu. Ini adalah kira-kira 30 minit setiap hari. Jika ini bunyi seperti banyak, jangan bimbang. Anda tidak perlu melakukan semuanya sekaligus. Sebaliknya, berpecah senaman anda dengan melakukan sesuatu yang aktif selama 10 minit tiga kali setiap hari.

peraturan bersenam

Amalan Terbaik Untuk Ibu Hamil

Sikap dan tingkah laku si ibu boleh diwarisi oleh si anak di dalam kandungan? Sejauh mana kebenarannya? Dan apa yang harus saya lakukan agar dikurniakan cahaya mata yang cerdik, cantik dan berakhlak mulia? Jom singkap antara amalan terbaik yang wajar diamalkan oleh si ibu sepanjang tempoh kehamilan.

Amalan Wanita Semasa Mengandung Menurut Islam

 

Vitamin Minda Untuk Kanak-Kanak Pintar

Assalamualaikum..

syahmi lagiInilah permata hati dan pembakar semangat saya. Alhamdulillah sudah memcecah 18 bulan. Sekejap sahaja masa berlalu. Anugerah terindah kian membesar dan pelbagai perkara dipelajarinya secara tidak langsung melalui persekiran dan khususnya melalui ayah dan mama.

Anak yang pintar adalah apabila mempunyai lebih banyak neuron yang aktif dan saling berhubung antara satu sama lain. Oleh itu,minda kanak-kanak perlulah sentiasa dirangsang dengan aktiviti yang menarik disamping membekalkan nutrient yang seimbang dan kepada mereka.

Sumber makanan yang baik untuk otak kanak-kanak antara asid lemak omega 3, protein, karbohidrat,vitamin dan mineral. Sumber-sumber ini boleh diperolehi dari ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan. Persoalannnya, berapa ramai ibu-ibu yang mampu konsisten untuk menjaga pemakanan harian mereka? Zaman yang serba moden ini, Shaklee menyediakan jalan pintas dan bijak bagi ibu bapa yang ingin memastikan anak-anak mereka mendapat nutrient dan lengkap melalui pemakanan.

Kenali Masalah Jerebu dan Kesan Terhadap Kesihatan

Jerebu adalah suatu keadaan yang disebabkan oleh zarah-zarah halus yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar terampai di atmosfera. Namun begitu ia kelihatan seperti kabus apabila berada dalam kepadatan yang tinggi.

Masalah jerebu ni negara kita Malaysia kian meruncing. Ditambah dengan cuaca agak panas dan kering menambahkan lagi kemerosotan kualiti udara. Sedarkah kita bahawa menifestasi permasalah ini berpunca dari tangan-tangan manusia itu sendiri?

kuala lumpur jerebu