Kenali Faktor Kehamilan Ektopik (Kehamilan Luar Rahim) dan Rawatannya

Kehamilan ektopik adalah salah satu kes kehamilan yang abnormal. Ia juga dikenali sebagai kandungan luar rahim. Ini merupakan keadaan di mana embrio yang terbentuk tidak mampu melekat pada dinding rahim ibu (lapisan endometrium).Tempat yang biasa berlaku penempelan kandungan ektopik ialah bahagian tiub Fallopian,pangkal rahim (serviks)atau perut (abdomen) dan ovari. Kes seperti ini berlaku 1 dari 100 kehamilan dan sangat merbahaya keranaakan menyebabkan pembengkakan atau pecahnya tiub Fallopian akibat pertumbuhan embrio.

ectopic

Tanda-Tanda Awal Kehamilan Yang Anda Alami Sebelum Disahkan Hamil

Selamat pagi…

Tanda awal kehamilan? Bagi yang hamil kandungan pertama selalunya kurang peka akan perkara ini. Seperti saya juga, kehamilan anak pertama sangat tidak disangka-sangka. Hal ini kerana selepas 3 bulan keguguran,saya tidak didatangi haid. Mak saya beritahu adalah normal selepas keguguran,haid tidak teratur.

Namun begitu,sedikit keganjilan terasa apabila badan sedikit kurang selesa,rasa panas badan dan pening. Seminggu sebelum disahkan hamil,saya sempat bermain badminton sehingga terseliuh. Alhamdulillah kandungan saya selamat sehingga melahirkan. Oleh itu, adalah penting untuk kita mengetahui tanda-tanda awal kehamilan.

pregnancy-test

Senarai Hospital Rakan Bayi Di Malaysia

Assalamualaikum..

Dikeheningan pagi  (5.02am) tergerak hati untuk berkongsi mengenai senarai Hospital Rakan bayi apabila ditanyakan mengenai perkara ini di dalam group FB saya. Hal ini bagi memudahkan anda untuk memilih hospital terbaik untuk menyokong penyusuan susu ibu. Hospital ini mempunyai kaunselor laktasi yang bertujuan untuk membantu anda bagi menjayakan penyusuan susu ibu.

Seperti saya juga, selalunya anak pertama ibu-ibu akan kekok dan perkara yang ibu-ibu perlu tahu ada sesetengah bayi yang memerlukan bantuan untuk menyusu atas sebab masalah kesihatan. Di sini sebagai ibu kita perlulah bijak untuk memilih tempat untuk melahirkan bayi kita.

rakanbayi

 

Apa Itu Hospital Rakan Bayi?

Tahukah anda apa itu Hospital Rakan Bayi? Secara praktikalnya , Hospital Rakan Bayi adalah bertujuan bagi menggalakkan dan membantu ibu-ibu menyusukan bayi-bayi mereka dengan mengamalkan polisi 10 Langkah Ke Arah Penyusuan Susu Ibu yang telah dikelaurkan oleh WHO dan UNICEF.

Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengatur dan melaksanakan pelbagai strategi di dalam mempromosikan penyusuan susu ibu. Salah satu strategi untuk menggalakkan penyusuan susu ibu di Malaysia adalah melalui pelaksaan inisiatif Hospital Rakan Bayi.

hospital rakan bayi