Strok Haba Mampu Mengundang Maut

Cuaca panas yang berpanjangan boleh menjejaskan kesihatan. Terdedah kepada cuaca yang terlalu panas boleh menyebabkan seseorang itu mengalami kelesuan haba dan strok haba. Oleh yang demikian, rakyat negara ini diminta agar berwaspada terhadap tanda-tanda masalah ini berikutan cuaca panas yang melanda.

Kelesuan haba dan strok haba berkait rapat dan amat serius jika tidak dirawat dengan segera. Kelesuan haba berlaku apabila seseorang itu mengalami keletihan melampau, kesan dari pengurangan tekanan darah dan jumlah darah.

strok-haba-pembunuh-senyap-_4

Atasi Masalah Bengkak Kaki Ketika Hamil

Bengkak kaki atau tangan semasa hamil dalam istilah perubatan juga dikenali sebagai edema. Anggaran antara 50-80 peratus wanita hamil mengalaminya. Biasanya wanita hamil akan mengalami pertambahan berat badanlebih kurang 11-15kg. Pertambahan  berat ini mempengaruhi sistem tubuh secara keseluruhan.

Kandungan yang semakin membesar dan berat akan menyebabkan rahim semakin menekan saluran darah di pelvis. Akibatnya salur darah besar yang menerima darah daripada bahagian bawah akan terjejas. Tekanan itu akan menyebabkan aliran darah menjadi perlahan dan darah akan terkumpul.

Cara Mengesan Bengkak Kaki Ketika Hamil

Cara Mengesan Bengkak Kaki Ketika Hamil

Bayi Cacat Akibat Ibu Kekurangan Asid Folik

Bahaya ke ibu hamil jika tidak mengambil asid folik? Bila lihat sahaja gambar-gambar mengenai risiko kekurangan asid folik membuatkan hati dan mata gerun seketika.

Sedih bukan? Lebih menyedihkan lagi kecacatan bayi ini berlaku kepada bayi yang baru lahir sejak dalam kandungan! Ini adalah kecacatan pada tulang belakang iaitu Spina Bifida di mana ia merupakan salah satu kecacatan tiub saraf yang paling kerap berlaku sekitar 1-2 kes dalam 1000 kelahiran (purata dunia).

spina-bifida (1)

 

8 Tips mudah Mengawal Tekanan Darah Tinggi

Jika anda telah disahkan menghidap tekanan darah tinggi (tekanan sistolik – nombor atas – 140 ke atas atau tekanan diastolik – nombor bawah – 90 ke atas), anda mungkin bimbang tentang mengambil ubat untuk menurunkan kadar tekanan darah anda.

Gaya hidup memainkan peranan penting dalam merawat tekanan darah tinggi anda. Jika anda berjaya mengawal tekanan darah anda dengan pemakanan gaya hidup yang sihat, anda boleh mengelakkan, melambatkan atau mengurangkan keperluan untuk ubat.

dashdiet01