Cara Mengelak Masalah Kejang dan Urat Simpul

Kejang betis adalah sesuatu yang menyakitkan walaupun id tidak memudaratkan untuk jangka masa panjang. Tempoh berlakunya juga tidak lama,namun setiap kali ia menyerang, ia mampu membuatkan anda mengerang kesakitan.

Ibu hamil tidak terkecuali menghadapai masalah yang sama dan kerap berlaku pada trimester kedua dan ketiga. Pakar kesihatan menyatakan bahawa masalah ini kerap dialami oleh ibunhamil kerana kandungan nutrient dah garam seperti kalsium dan magnesium dalam darah ibu hamil berkurang kerana turut dikongsi bersama bayi yang dikandungnya.

pregnancy-leg-pain

Kekejangan Kaki

7 Khasiat Coklat Yang Perlu Kita Nikmati

Dark Choclate. Siapa di sini penggemar tegar coklat?? Ya, saya sememangnya peminat tegar snek yang sedap lagi menyelerakan ni. So hari ini saya ingin berkongsi sedikit mengenai khasiat coklat yang tidak ramai orang tahu.

Dark Choclate

Pernah tak anda terdetik, ” Gemuk la makan coklat”.. Tidak kurang juga yang cakap,” Rosak la gigi asyik makan coklat je”. Perlu diingat, apa-apa makanan pun akan membawa mudarat kepada kita jika berlebihan. Jom kita selami khasiat coklat kepada tubuh kita:

Strok Haba Mampu Mengundang Maut

Cuaca panas yang berpanjangan boleh menjejaskan kesihatan. Terdedah kepada cuaca yang terlalu panas boleh menyebabkan seseorang itu mengalami kelesuan haba dan strok haba. Oleh yang demikian, rakyat negara ini diminta agar berwaspada terhadap tanda-tanda masalah ini berikutan cuaca panas yang melanda.

Kelesuan haba dan strok haba berkait rapat dan amat serius jika tidak dirawat dengan segera. Kelesuan haba berlaku apabila seseorang itu mengalami keletihan melampau, kesan dari pengurangan tekanan darah dan jumlah darah.

strok-haba-pembunuh-senyap-_4

Atasi Masalah Bengkak Kaki Ketika Hamil

Bengkak kaki atau tangan semasa hamil dalam istilah perubatan juga dikenali sebagai edema. Anggaran antara 50-80 peratus wanita hamil mengalaminya. Biasanya wanita hamil akan mengalami pertambahan berat badanlebih kurang 11-15kg. Pertambahan  berat ini mempengaruhi sistem tubuh secara keseluruhan.

Kandungan yang semakin membesar dan berat akan menyebabkan rahim semakin menekan saluran darah di pelvis. Akibatnya salur darah besar yang menerima darah daripada bahagian bawah akan terjejas. Tekanan itu akan menyebabkan aliran darah menjadi perlahan dan darah akan terkumpul.

Cara Mengesan Bengkak Kaki Ketika Hamil

Cara Mengesan Bengkak Kaki Ketika Hamil

Bayi Cacat Akibat Ibu Kekurangan Asid Folik

Bahaya ke ibu hamil jika tidak mengambil asid folik? Bila lihat sahaja gambar-gambar mengenai risiko kekurangan asid folik membuatkan hati dan mata gerun seketika.

Sedih bukan? Lebih menyedihkan lagi kecacatan bayi ini berlaku kepada bayi yang baru lahir sejak dalam kandungan! Ini adalah kecacatan pada tulang belakang iaitu Spina Bifida di mana ia merupakan salah satu kecacatan tiub saraf yang paling kerap berlaku sekitar 1-2 kes dalam 1000 kelahiran (purata dunia).

spina-bifida (1)