Mudahnya Menjana Pendapatan Dengan Shaklee

Selamat datang MAC 2014..Menandakan dah masuk bulan ke 8 saya bersama Shaklee.  Apa yang saya ingin kongsikan bukanlah mitos yang direka-reka. Bagaimana saya boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dan terjebak dalam kancah bisnes Shaklee. Kalau pembaca sendiri nak tahu,saya merupakan pelajar Science Stream dari sekolah menengah  hingga ke IPT. Bekerja juga dalam bidang Sains Nuklear. Bisnes?? Tak pernah terlintas di fikiran sebelum ni.

Bagaimana Bermula Perjalanan Shaklee?

Ramadhan tahun 2013, penuh warna warni. Bulan barokah la katakan. Berkat doa supaya ditambahkan rezeki,Alhamdulillah diperkenankan. “Sesungguhnya apabila seorang hamba itu mula berusaha,maka doanya telah dimakbulkan”,sentiasa tersemat di dada..

take-first-stepTiba-tiba kawan order kuih raya. Ok fine, dengan semangat waja,suami pun turun padang. Sama-sama siapkan order. Letih,memang letih..Tapi hasilnya memuaskan. Masa tu satu persatu cabang bisnes menerjah masuk. Antaranya SHAKLEE.

Apa yang Istimewanya Shaklee Sampai ku Jatuh Cinta.

Huhh!! Memang terlampau melampau berlampau la nak habaq mai…Mula-mula masuk Shaklee je,bom..bom..bom..setiap bulan ada kejutan.” Ya Allah,biar betul Shaklee ni..Aku masuk ahli je terus jadi FENOMENA” – Sila hindari perasaan PERASAN yang macam ni!! Sebenarnya Shaklee mula menjadi Fenomena sejak MAY 2013 di mana Shaklee terpaksa menambah staff kerana kerja-kerja dah overloaded. Itu di Shaklee. Yang di luar pula,asal sebut je Shaklee,kebanyakan orang mula menukar status dari,”Apa tu Shaklee?” kepada “Owhhh,kalau Shaklee kami tahu la”.

Soalan Wajib Yang Selalu Ditanya Untuk  Mendaftar Ahli.

img3

Soalan 1: Berapa modal yang diperlukan untuk memulakan bisnes Shaklee?

Bismillah..takut nak beriitahu sebab bisnes Shaklee ni sebenarnya TIDAK memerlukan modal pun melainkan pendaftaran dengan Shaklee hanya RM65 (Membership Kit) dan postage RM10 ke seluruh Semenanjung Malaysia manakala RM20 ke Sabah dan Sarawak. This is TRUE. Anda terus boleh membeli produk Shaklee dengan harga member kerana anda telah SAH menjadi ahli Shaklee!! So teramat rugi sekiranya anda pengguna tegar Shaklee tetapi masih tidak mendaftar.

Sekiranya ingin menjalankan bisnes Shaklee,selalunya apabila beurusan dengan customer, customer perlulah bank in dulu untuk membeli produk.Apa yang perlu kita lakukan adalah membayar wang custumer terus kepada Shaklee tanpa perlu mengeluarkan modal anda terlebih dahulu. Akan tetapi ada yang ingin membuat stok di rumah,tiada masalah. Hal ini kerana ada sesetengan customer yang senang dengan urusan COD (Cash On Delivery).

Soalan 2: Saya nak cuba bisnes tapi dah ramai yang menjadi ahli Shaklee.Masihkah ada peluang saya untuk kembangkan perniagaan?

connect

Pernah dengar tak, nelayan tangkap ikan hari-hari sejak zaman batu lagi tapi sampai sekarang ikan tak pernah habis. Itulah hakikatnya. Apa yang Shaklee hidangkan adalah peluang yang sama kepada semua orang. Selagi kita berusaha,harapan tetap ada sebab kalu nak berjaya dalam apa sahaja bidang yang diceburi,tiada istilah “goyang kaki”.

Statistik yang dikeluarkan bahawa yang mendaftar sebagai ahli Shaklee dalam 1.1 Juta sahaja. Rakyat Malaysia pula ada 27 Juta. Tepuk dada, tanya minda..bersedia??!

Soalan 3: Saya langsung tak tahu pasal bisnes,boleh ke?

Macam yang saya story sebelum ni. Saya dan anda sama sahaja. Bermula dengan zero knowledge.  Tapi jangan risau, bila-bila masa sahaja saya sedia membimbing anda apabila anda bersedia. Bukan itu sahaja, Shaklee juga menyediakan kursus dan seminar buat semua ahli Shaklee di seluruh Negara mengenai bisnes dan kebaikan nutrisi. Hal ini bagi memastikan kualiti pengedarnya adalah yang terbaik dengan khidmat nasihat yang betul.

Sebagai customer,pastinya anda mahukan service tip-top kan? Jangan inginkan yang murah sahaja namun sedikit pun tidak tahu mengenai kebaikan,kesan dan cara makan vitamin yang dibeli.

Soalan 4 : Saya sibuk kerja,anak ramai. Macam mana saya nak hadir dalam kursus atau seminar Shaklee?

w3

Yes. Walaupun anak baru sorang,saya juga pernah terfikir masalah ini. Selepas join Shaklee,Alhamdulillah rupanya ada kelas secara online iaitu “Webinar” di mana saya boleh menyedut ilmu-ilmu di depan laptop hanya di rumah sambil melipat kain dan melayan kerenah anak. Best kan? Tak perlu kejar-kejar nak bersiap dengan anak pula menjerit bila ditinggalkan. Memang best!!

Soalan 5: Macam mana saya nak beli stok  sebab negeri saya tiada branch? Susah tak nak order? Lama tak proses?

Mudah sahaja. Setelah menjadi ahli,anda akan memiliki akaun Shaklee anda sendiri di mana anda boleh membuat order secara online. Anda hanya perlu ada kad kredit atau debit kemudian klik-klik sahaja pada produk yang ingin dibeli,dan segala urusan seterusnya akan diuruskan oleh pihak Shaklee sehinggalah produk sampai ke tangan anda.Proses ini memakan masa paling awal dalam sehari selepas order,barang sampai di muka pintu.

So macama mana? Ini adalah antara soalan –soalan lazim yang diajukan bila saya menawarkan untuk menjadi ahli Shaklee. Mudah dan teruja kan? Belum lagi cerita pasal bonus lagi. Tapi jika anda ingin mengetahui  lebih lanjut mengenai bonus yang ditawarkan oleh Shaklee, anda boleh klik SINI.

Inginkan  pendapatan bulanan  4-5-6 angka sebelan dengan menjadi ahli Shaklee? Hanya online sahajaanda mampu menjada pendapatan lumayan. Wakil pengedar diperlukan di seluruh Negara. Dan anda akan dijemput ke Group Ekslusif saya di Facebook.

Tunggu apa lagi? Dengan pantas anda boleh dail 017-6258658 untuk register dengan saya.

Shaklee Independen Distributor

Maziah Jamaludin

Call / sms / WhatsApp :  +6017-6258658

Email : maziahjamaludin@gmail.com

Fanpage : Healthy Vita Garden

Klik Sini Untuk Order

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.