Selamat berhujung minggu semua. Hari ni just nak share pengalaman gayat saya menaiki kereta kabel ke Puncak Bukit Bendera, Pulau Pinang. Berkursus di Pulau Pinang rasanya ralat jika tidak melawati tempat-tempat menarik di sana. Tiket bagi seorang dewasa adalah RM10 pada waktu itu. Tetapi tiket naik akan turun pada arga RM3 apabila pada pukjl 6.30 petang dank e atas. Untuk info lanjut mengenai harga tiket, boleh KLIK SINI.
Pengalaman pertama saya memasuki kerata kabel pada mulanya memang teruja bila dengar cerita kawan-kawan yang sudah pergi sehari sebelum saya bercadang untuk ke sana. Semakin lama semakin tinggi, saya mula gayat dengan kecuraman 45 darjah sepanjang 2 kilometer, tertunggu-tunggu bila nak sampai ke puncak. Macam kelakar pula sedangkan kereta kabel perjalanan ke atas hanya mengambil masa beberapa minit sahaja. Ahhh, mula dahhhh.
Seperti yang dijangka, lutut menjadi lemah sebaik sahaja kereta kabel berhenti. Tangan sentiasa memegang mana-mana tiang yang ada untuk berpaut memandangkan suami dan anak sulong sudah ke hadapan dalam keadaan bersesak. Ini la perasaan orang yang ada penyakit gayat tempat tinggi. Lembik lutut, nafas rasa tak cukup, berdebar-debar, resah,serba tidak kena dan peluh menjadi sejuk, pucat macam mayat,. Sememangnya saya tidak suka akan perasaan itu dan cuba menenangkan perasaan dengan melupakan yang saya sedang berada di tempat tinggi. Nak nangis!!
Di sini saya ingin kongsikan sedikit gambar kami sekeluarga sepanjang berada di puncak bukit bendera. Muka nampak tenang tapi dalam hati Tuhan sahaja tahu. Kalau boleh jadi macam Laksamana Do Re Mi, pejam mata terus boleh sampai ke bawah semula, tak perlu naik kereta kabel lagi.
Alhamdulillah dapat duduk sekali dalam ni sebab pengunjung agak ramai dan bersesak-sesak semasa memasuki kereta kabel. dalam hati, larat ke naik bawak naik orang ramai-ramai ke puncak? Orang gayat memang begitu. Hurm..
Rasa macam tak percaya dah sampai atas puncak. Bukan semua orang berpeluang ke sini dan pengalaman pertama ini mungkin yang terakhir sebab kak tun gayat!!
Sampai di atas, cuaca sedikit mendung dengan hujan rintik-rintik mengiringi perasaan gayat dan resah saya. Aduhhh, menggigil tangan bila sampai atas, suami senyum kambing je,huhhh!
Sempat juga kami berjalan-jalan menuruni tangga yang ada di sana melihat keindahan dan merasai kehijauan alam dengan lebih dekat. Terdapat stesen-untuk berhenti berehat atau mengambil gambar. Cantik!
Memandangkan kami naik ke atas pun selepas asar, so masa sangat mencemburui. Cukup indah pemandangan dari atas, terlihat sekitar pulau dan laut. Yang kurang indah hanya perasaan gayat yang bersarang. Ada ke jual ubat gayat ye?
Ok, sebelum maghrib kami sudah sampai semula ke hotel dan makan malam dahulu sebelum beristirehat. Tidak sempat untuk mengambil lebih banyak gambar di sana .Pendek kata, berkursus sambil membawa keluarga sememangnya menjadi kenangan yang indah. Kepada sesiapa yang ada penyakit gayat macam, jangan segan silu untuk naik ke atas. Sebenarnya kita sendiri kena lawan perasaan tu. Sekali seumur hidup pun dah cukup. Hihihi.
Kawasan COD : Putrajaya – Bangi – Desa Pinggiran Putra – Puchong – Kajang – Serdang
Call / sms / WhatsApp : +6017-6258658
Email : maziahjamaludin@gmail.com
Fanpage : Healthy Vita Garden
Facebook : Maziah Jamaludin