Masalah Kulit Menjadi Mimpi Ngeri Bagi Ibu Hamil

Di dalam tempoh kehamilan,pelbagai perubahan akan berlaku kepada si ibu termasuklah keadaan kulit mereka. Kulit yang sebelum ini cantik dan halus mungkin menjadi kusam dan semakin teruk dengan pelbagai kesan yang mencacatkan kecantikan kulit itu sendiri.

Pengalaman saya hamil anak pertama memang menyedihkan apabila kulit saya berubah menjadi  gelap dan bertompok-tompok. Sehingga selepas bersalin adik saya bertanya mengapa  jadi macam tu? Saya hanya senyum  dan mengatakan bahawa itu adalah tanda lahir. Si adik diam dengan muka tidak puas  hati.

child-nightmare

Apakah Jenis Jenis Masalah Kulit Semasa Hamil??

Perkara ini adalah normal di kalangan ibu hamil. Hal ini adalah disebabkan perubahan hormon bagi si ibu menyesuaikan diri agar mampu untuk menampung kehamilan. Namun ada tips yang boleh anda amalkan untuk membantu mengatasi masalah kulit semasa hamil. Antara masalah kulit semasa hamil ialah:

Stretch Marks

Perut, bahagian bawah pusat, payudara, paha dan bahagian belakang adalah kawasan yang sering munculnya tanda rekahan seperti sebiji tembikai  atau stretch mark semasa hamil. Malah ia juga bersangkut paut dengan factor keturunan. Ada banyak losyen dan krim yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah ini.

stretch

Pengalaman saya, Alhamdulillah tiada stretch mark berlaku semasa hamil. Saya hanya menyapu minyak zaitun pada bahagian berisiko dari awal kehamilan.  Selain itu, anda juga boleh menggunakan  sebarang produk yang mengandungi sumber Vitamin E yang baik untuk kesihatan kulit dan memudarkan parut. . Yang penting pastikan kandungannya tidak membahayakan kesihatan anda dan juga bayi. Selain itu anda boleh mencuba meyapu Vitamin  E Shaklee pada bahagian berisiko.

Jerawat

Ada golongan ibu hamil yang tiba-tiba mengalami masalah kulit berminyak sewaktu tempoh kehamilan. Keadaan ini berlaku kerana perubahan hormon dalam tubuh yang memberi kesan kepada kulit anda. Kehamilan anak sulong, jerawat menyerang belakang badan. Miang dan gatal dibuatnya .

Jerawat

Untuk mengatasinya, sekiranya jerawat menyerang muka, pastikan anda kerap membasuh muka dan gunakan pelembap yang bebas dari kandungan minyak. Elakkan tidur dengan solekan dan elakkan tangan dari kerap menyentuh wajah. Ingat, jangan sesekali menekan atau memicit jerawat kerana ia akan memburukkan lagi keadaan. Kesan jerawat saya hilang selepas melahirkan dan kulit kembali normal selepas itu.

Cloasma

Juga dikenali sebagai ‘melasma’ atau ‘topeng kehamilan’ (mask of pregnancy). Keadaan ini berlaku apabila tompok-tompok hitam timbul di permukaan kulit. Perkara inilah yang berlaku kepada saya menjadikan kulit kusam dan tidak bermaya.

Cloasma-3

Selalunya keadaan ini mengambil waktu untuk hilang, kemungkinan selepas beberapa bulan setelah melahirkan. Oleh itu, elakkan berada di bawah sinaran matahari dan sebaiknya memakai  krim pelindung matahari.

Spider Veins

 Ini adalah salah satu keadaan berkaitan dengan saluran darah dan selalunya timbul di bahagian wajah, leher , dada dan juga lengan. Urat-urat darah seakan timbul dan boleh dilihat di bawah kulit menjadikannya kelihatan seperti saluran urat saraf merah di permukaan kulit.

facial_spider_veins_2

Keadaan ini selalunya akan hilang selepas melahirkan. Namun ada juga yang masih kekal walaupun sedah bersalin dan rawatan laser membantu mengatasi masalah ini.

Pigmentasi

Anda mungkin perasan banyak bahagian tubuh badan  yang tiba-tiba tumbuh bintik-bintik  hitam yang juga dikenali sebagai pigmentasi kulit. Antaranya sekitar wajah, payudara dan sekitar alat kelamin. Perubahan hormone menjadi factor kepada keadaan ini.

Skin-Pigmentation-Before

Cara Mengatasi Masalah Kulit

 Jangan takut, terdapat banyak rawatan di luar sana yang dapat membantu anda bagi memmulihkan keadaan ini, Antaranya anda boleh mengambil supplement seperti ESP Shaklee di mana ia merupakan makanan sumber protein untuk mencantikkan kulit serta menjadi sekataembuatkan warna kulit menjadi sekata.

Perjalanan kehamilan adalah indah walaupun pelbagai masalah bakal ditempuhi oleh bakal ibu. Oleh itu, persediaan mental dan fizikal adalah perlu bagi memastikan perjalanan kehamilan bukan suatu mimpi ngeri buat ibu-ibu. Pelbagai tips dan panduan perlu diambil berat agar si ibu kekal cantik,sihat dan cergas. Ibu-ibu juga disarankan mengambil diet pemakanan yang sihat dan seimbang. Di Shaklee terdapat SET IBU HAMIL yang lengkap bagi penjagaan dari segi kesihatan, kecantikan dan kecergasan si ibu sepanjang kehamilan. Selamat Hari Ibu!!

Shaklee Independen Distributor

Kawasan COD : Putrajaya – Bangi – Desa Pinggiran Putra – Puchong – Kajang – Serdang

Call / sms / WhatsApp :  +6017-6258658

Email : maziahjamaludin@gmail.com

Fanpage : Healthy Vita Garden

Facebook : Maziah Jamaludin

Klik Sini Untuk Order

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.