Klinik Mesra Kanak-Kanak Di Bandar Baru Bangi

Assalamualaikum..

Hari pertama pada minggu ke tiga persekolahan, anak-anak tidak dapat hadir ke taska kerana demam, batuk dan selsema. Terasa rugi pula bila guru-guru menghantar gambar-gambar aktiviti di taska hari ini ke dalam group whatsapp. Seronok melihat anak-anak yang lain bermain dan  merangsang motor skill. Walaubagaimanapun, saya mengambil  keputusan untuk mengambil cuti rehat untuk menjaga anak-anak bagi mengelak ia berjangkit kepada kanak-kanak yang lain.

klinik kanak2Memandangkan  cuaca yang tidak menentu dan panas akibat fenomina  El-Nino yang dijangkakan berlarutan sehingga bulan Mac 2016, selain diberi supplement untuk meningkatkan imunisasi anak, kami membawa anak untuk pemeriksaan lanjutan dan bagi memastikan tiada sebarang risiko  lain yang tidak diingini terutamanya risiko strok haba yang mampu mengundang maut. Alhamdulillah, saya sangat berpuas hati dengan Klinik Famili Dr Wan Kamariah Sdn Bhd di Seksyen 8, Bandar Baru Bangi.

klinik

Ini adalah pengalaman pertama saya membawa anak ke klinik ini kerana sebelum ini hanya suami yang membawa anak untuk mendapatkan rawatan. Pada mulanya saya hanya berada di luar kerana menemani Nurul Izzah bermain, tetapi dipanggil masuk kerana Syahmi Isyraf menangis bila hendak diperiksa. Malam ini yang bertugas adalah Dr. Hazimi dan sangat mesra kanak-kanak.

Apabila Syahmi Isyraf tenang, Dr. Hazimi mengajar Syahmi cara menggunakan thermometer untuk mengukur suhu badan dan anak saya mula tersenyum. Kemudian  diberikan stetoskop, Syahmi Isyraf makin selesa dan sedia meletakkan bahagian diafragma ke dada untuk memeriksa paru-paru. Alhamdulillah pemeriksaan berjalan lancar. Hanya suhu badan agak tinggi sedikit dan kami diberikan penjelasan terperinci apa yang perlu dilakukan bagi mengawal suhu badan Syahmi ISyraf bagi mengelak sebarang risiko yang tidak diingini.

anak

Semoga anak-anak membesar dengan sihat dan kuat..

Saya ucapkan syabas kepada semua staff Klinik family Dr. Wan Kamariah Sdn. Bhd atas keprihatinan dan layanan yang baik terhadap kanak-kanak. Namun begitu, ini adalah dari pengalaman saya sebagai seorang ibu yang pernah ke klinik lain sebelum ini dan ini adalah layanan yang terbaik pernah saya terima. Terima kasih Dr. Hazimi dan warga Klinik Famili Dr Wan Kamariah.

Untuk mendapatkan lebih info anda boleh Like Facebook Klinik Famili Dr Wan Kamariah Sdn Bhd. Klinik ini terletak berhampiran Restoran  FIZOMAWAR dan beralamat di :

No.3 , Jalan 8/1 Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, 43650,Bangi, Selangor.

No .Telefon: 03 -8920 2844

Jika ingin mendapatkan rawatan di klinik ini,very recommended. Boleh datang atau hubungi klinik sekiranya ada sebarang pertanyaan.

Menarik Untuk Dibaca:

Shaklee Independen Distributor

Kawasan COD : Putrajaya – Desa Pinggiran Putra – Puchong – Kajang – Serdang

Call / sms / WhatsApp :  +6017-6258658

Email : maziahjamaludin@gmail.com

Fanpage : Healthy Vita Garden

Facebook : Maziah Jamaludin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.