Ketahui Risiko Kandungan Songsang Dan Tips Mengatasinya

Kedudukan bayi yang normal adalah posisi kepalanya dibawah sementara kaki berada di atas. Hal ini sekiranya kandungan masih awal atau di bawah 34 minggu, kedudukan bayi adalah tidak menentu. Ini tidak perlu dirisaukan kerana pada ketika ini bayi masih ringan dan bebas bergerak di dalam rahim ibu.

Sekiranya kedudukan bayi menyongsang apabila kehamilan melebihi 34 minggu, ia sesuatu yang perlu diambil perhatian kerana pada ketika itu, tubuh janin semakin membesar dan beranya juga bertambah. Ia akan menyukarkan bayi untuk mengubah kedudukannya dan mungkin akan terus kekal sehingga waktu melahirkan. ini bermakna bayi anda adalah songsang.

bayi-songsang-

Apakah Yang Menyebabkan Berlakunya Songsang?

  1. Sekiranya bayi terlalu kecil (bawah 3kg) sedangkan ruang di dalam rahim ibunya besar, bayi bebas bergerak atas dan bawah.
  2. Keadaan pinggul ibu yang terlalu sempit sehingga menyukarkan bayi kembali memusing semula kepalanya ke posisi engages (ke bawah). Setiap kali bayi cuba berpusing ke posisi normal, kepalanya akan tersangkut menyebabkan bayi kembali ke atas.
  3. Mengandung anak kembar. Ia lebih mudah berlaku menyebabkan salah seorang duduk dalam keadaan menyongsangkerana ruang pinggul yang semput tidak mampu memuatkan dua kepala sekaligus.
  4. Faktor-faktor lain antaranya bentuk rahim ibu yang tidak normal, air ketuban yang terlalu banyak, terdapat ketumbuhan plasenta di bawah dan lain-lain turut memyumbang kepada masalah bayi songang.

Apakah Risiko Sekiranya Bayi Songsang?

3 Jenis Songsang  Yang Akan Menyukarkan Proses Kelahiran

3 Jenis Songsang Yang Akan Menyukarkan Proses Kelahiran

Kedudukan bayi songsang akan menyebabkan kesukaran semasa proses kelahiran. Tidak seperti kelahiran normal yang memberi masa kepada ibu untuk bersalin, bayi songsang perlu dikeluarkan segera sebaik sahaja ia memberi signal kelahiran telah berlaku. Hal ini kerana kepala bayi yang berkedudukan di atas perlu dikeluarkan segera bagi mengelak bayi daripada lemas dan risiko meninggal dunia. Selalunya bayi akan dikeluarkan tidak lewat dari 4 minit selepas proses kelahiran bermula.

Keadaan akan menjadi lebih mencemaskan apabila air ketuban pecah kerana dengan kedudukan kepala bayi di atas, ia membuka organ di bahagian bawah untuk air ketuban keluar dengan lajunya, Jika pada kedudukan normal, air ketuban akan tersekat dengan kepala bayi. Semakin kurang air ketuban, semakin dekat bayi dengan otot rahim sehingga ada kemungkinan kepala bayi tersepit dengan pintu rahim dan menyukarkan proses bersalin.

cord-prolapsed-in-breech

Kedudukan tali pusat bayi songsang yang berada di depan juga boleh mengundang risiko kerana apabila air ketuban pecah dan meluncur keluar tanpa halangan, ia kemungkinan menghanyutkan sekali tali pusat keluar ke mulut rahim. Apa yang dibimbangkan iialah tali pusat tersekat di situ sehingga menutup ruang oksigen untuk bayi menyebabkan bayi lemas dan mungkin meninggal dunia.

Bagaimana Mengesan Kedudukan Bayi Songsang?

Kedudukan bayi songsangsapat dikesan dengan pelbagai kaedah. Secara mudahnya , ibu sendiri dapat merasakan kedudukan bayi dengan meraba-raba perutnya. Sekiranya anda berasa bahagian atas terasa keras, kemungkinan kedudukan bayi anda adalah dongsang kerana selalunya yang keras adalah bahagian kepala.

USG

USG


Namun begitu, kaedah moden dengan menggunakan untrasonografi (USG) lebih mudah mengesan kedudukan bayi di dalam kandungan.

Bagaimana Keadaan Songsang Ini Boleh Kembali Normal?

Secara tradisi, ibu yang mengandungkan bayi songsang disarankkan melakukan posisi seperti orang bersujud, dengan cara ini kepala bayi akan berpusing semula ke bawah Anda juga boleh meminta bantuan bidan yang boleh membetulkan semula kedudukan bayi.

Tugas ‘memusing’ semula kedudukan bayi juga boleh dilakukan oleh doktor pakar perbidanan. Lazimnya ia lebih mudah dilakukan jika kehamilan masih belum cukup umur.

memusing bayi

Selain itu anda juga boleh mencuba tips seperti di bawah:

  • Digalakkan untuk sujud lama sedikit semasa solat sekurang-kurangnya dalam 5 minit.
  • Dalam keadaan sujud rebahkan badan ke kiri dan kanan bergantung pada kedudukan badan baby dan baringkan selama 20-30 minit (di luar solat)
  • Jika badan bayi ke kanan rebahkan ke kiri dan sebaliknya.
  • Lakukan posisi seperti merangkak. Jangan merangkak ke depan dan lakukan dalam dalam 5 saat sebanyak 2-3 kali bergantung pada badan, baca ayat 74 dari surah Al-Hijr yang bermaksud: “maka kami jadikan bahagian atas kota itu terbalik ke bawah.”
  • Ambil segelas air kosong,lalu bacakan surah Al-Insyirah sebanyak 3 kali dan hembuskan ke dlm air. Ambil air yg dah dibacakan dengan surah tersebut dan usap di perut sebanyak 3 kali atau 7 kali mengikut lawan pusingan jam beserta selawat ke atas Nabi s.a.w. Lebihan air bolehlah diminum. Lebih mustajab, jika suami juga turut lakukan perkara yg sama.
  • Amalkan juga membaca surah Al-Insyirah sebanyak 10 kali selepas solat fardhu beserta doa, moga Allah permudahkan proses kelahiran anak yang kita kandungkan.
  • Letak pek ais di atas perut. Tujuannya supaya baby rasa tak selesa atau sejuk kat kepala dia. Jadi dia akan mengubah kedudukan dan berpusing ke bawah.
  • Cuba bermain dengan touch light. Ambil touch light dan suluh kat bawah pusat. Tujuannya supaya bayi bergerak ke arah cahaya.
  • Rajin-rajin bercakap dan pujuk baby supaya berpusing dan duduk di kedudukan yg betul.

Bagaimana Cara Bersalin Bayi Songsang?

Kelahirn Secara Pembedahan

Kelahirn Secara Pembedahan

Terdapat kira-kira 1/400 kelahiran, bayi tidak dapat memusingkan kedudukan secara normal pada lewat kehamilan. Cara paling selamat ialah melahirkan melalui proses pembedahan (Ceaserian) terutama jika bayi besar dengan berat melebihi 3kg. Saiz bayi yang besar aakan memungkinkan otot leher bayibedera kerana tersangkut semasa proses bersalin normal.

Risiko lain jika melahirkan secara normal ialah kemungkinan bayi mengalami patah tulang punggung apabila dipaksa keluar. Ia juga kemungkinan berlaku radang otak.

Bacaan menarik untuk anda:

Shaklee Independen Distributor

Kawasan COD : Putrajaya – Bangi – Desa Pinggiran Putra – Puchong – Kajang – Serdang

Call / sms / WhatsApp :  +6017-6258658

Email : maziahjamaludin@gmail.com

Fanpage : Healthy Vita Garden

Facebook : Maziah Jamaludin

Klik Sini Untuk Order

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.