Kenali Masalah Jerebu dan Kesan Terhadap Kesihatan

Jerebu adalah suatu keadaan yang disebabkan oleh zarah-zarah halus yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar terampai di atmosfera. Namun begitu ia kelihatan seperti kabus apabila berada dalam kepadatan yang tinggi.

Masalah jerebu ni negara kita Malaysia kian meruncing. Ditambah dengan cuaca agak panas dan kering menambahkan lagi kemerosotan kualiti udara. Sedarkah kita bahawa menifestasi permasalah ini berpunca dari tangan-tangan manusia itu sendiri?

kuala lumpur jerebu

Apakah Punca- punca Jerebu?

Seperti yang kita sedia maklum, pelbagai aktiviti manusia yang menyumbang kepada masalah ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Antara punca yang menyebabkan kemerosotan kualiti udara adalah:

pembakaran terbuka

  • Pembakaran sampah terbuka – menyebabkan gas beracun seperti karbon monoksida, sulfur diaoksida dan nitrogen terbebeas di udara.
  • Pembakaran jerami padi dan pembakaran hutan secara besar-besaran
  • Kilang-kilang perindustrian – pengilang tidak bertanggungjawab membebaskan gas beracun ke udara sebelum dirawat.
  • Kenderaan bermotor – gas beracun seperti karbon monoksida menyumbang kepada kemerosotan kualiti udara.

Apakah Kesan Jerebu Terhadap Masalah Kesihatan?

cough

Secara fizikalnya kita akan merasa perit serta pedih pada mata dan tekak apabila berhadapan dengan jerebu. Tetapi tahukah anda jerebu mampu membawa kepada penyakit yang lebih serius? Antaranya ialah:

  • Jangkitan pada saluran pernafasan
  • Radang paru-paru
  • Asma
  • Batuk berpanjangan
  • Sakit Kepala
  • Selsema
  • Penyakit obstruktif saluran pernafasan kronik
  • Sakit jantung

Sekiranya anda mengalami sakit-sakit seperti dinyatakan di atas akibat jerebu, sila dapatkan rawatan segera di klinik atau hospital berdekatan. Antara golongan yang berisiko adalah :

  • Bayi dan kanak-kanak
  • Warga Emas
  • Pesakit jantung dan paru-paru
  • Perokok
  • Pekerja yang terdedah kepada persekitaran berhabuk.

Apa Yang Perlu Anda Lakukan Ketika Jerebu?

Secara umumnya kita haruslah bertanggungjawab kepada diri sendiri dan keluarga bagi memastikan jerebu tidak menjejaskan kesihatan anda dan keluarga. Antara perkara yang boleh diamalkan semasa jerebu adalah:

mask jerebu

  • Kurangkan aktiviti fizikal di luar rumah.
  • Sentiasa cuba berada di dalam bangunan. Jika terpaksa berada di luar, orang awam dinasihatkan menggunakan penutup hidung dan mulut (mask) jenis 3 .
  • PAstikan udara di dalam rumah sentiasa bersih. Kurangkan sumber pencemaran dalaman seperti asap rokok.
  • Apabila memandu, gunakan penghawa dingin. Pilih mood kitaran udara dalaman.
  • banaykkan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
  • Basuh tangan dan muka dengan sabun dan air bersih selepas melakukan aktiviti luar.
  • Tutup pintu dan tingkap rumah.
  • Digalakkan kerap mandi.

Apakah Tindakan Yang Boleh Dilakukan Untuk Mengurangkan Masalah Jerebu?

Sebenarnya semua orang bertanggungjawab dalam mengurangkan masalah jerebu ini. Tidak dapat banyak,sedikit pun mampu mengubah fenomena ini agar tidak berlarutan sekaligus menjejaskan kesihatan sejagat.Antara tindakan yang boleh kita buat adalah seperti :

pengangkutan-awam

  • Elakkan pembakaran terbuka
  • Gunakan kenderaan awam.
  • Berkongsi kenderaan.
  • Berhenti merokok

Panduan Indeks Pencenaran Udara

IPU digunakan sebagai panduan bagi mengetahui tahap kauliti udara dan kesannya terhadap kesihatan.

index+pencemaran+udara+statistik

Oleh itu, sebagai rakyat prihatin, patuhilan panduan yang telah disediakan oleh pihak-pihak berwajib bagi menangai masalah ini. Sesungguhnya kesihatan itu suatu nikmat dan peliharalah nikmat ini sebaik mungkin untuk kebaikan bersama.

Salam Sayang,

Shaklee Independen Distributor

Maziah Jamaludin

Call / sms / WhatsApp :  +6017-6258658

Email : maziahjamaludin@gmail.com

Fanpage : Healthy Vita Garden

Klik Sini Untuk Order

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.