Assalamualaikum dan selamat pagi..
Mengimbau kisah 2 tahun yang lalu,setelah 7 bulan berumahtangga,Alhamdulillah saya disahkan hamil. Tetapi rezeki masih bukan milik kami,anak yang dikandung meninggal pada usia kandungan 15 minggu. Namun bayi saya gugur genap pada usianya 17 minggu di Hospital Kuala Pilah.Teringat tarikh ini, 13/12/11. Menarik pada nombor tetapi rindu bila dikenangkan.
Ramai pakar perubatan berpendapat bahawa keguguran adalah sebahagian dari proses pembiakan wanita yang normal. Saat ujian air kencing sudah positif, 1 dalam 5 kehamilan akan mengalami keguguran. 20% -30% dari kandungan pertama akan mengalami keguguran namun potensi untuk hamil semula adalah sehingga 85%-90%.
Antara 10 simptom-simptom keguguran :
- Pendarahan – Terdapat tompok-tompok darah keluar dari faraj yang semakin lama semakin banyak dan kerap. Namun begitu,ada juga yang berlaku pendarahan kepada kehamilan normal.
- Sakit – Anda mengalami sakit pada abdomen,kekejangan pada pelvic,dan sakit di bawah pinggan seperti senggugut. Kesakitan yang berterusan sebelum atau selepas pendarahan berlaku. Kekejangan yang kuat mungkin antara tanda-tanda keguguran.
3. Sakit belakang – Kebiasaannya ibu hamil akan bereasa sakit belakang dan tidak selesa. Namun,kesakitan yang menyucuk dan kerap merupakan salah satu tanda keguguran.
4. Kehilangan tanda kehamilan – Badan kembali rasa seperti normal,tiada lagi alahan,muntah-muntah,pening dan sebagainya. Hal ini kerana hormon yang diperlukan untuk menyokong kehamilan sudah merudum dan tidak lagi diperlukan untuk mengekalkan kandungan.
5. Tiada denyutan jantung bayi – Denyutan jantung bayi boleh dikesan memalui untrasound seawal 7 minggu kehamilan. Sekiranya tiada denyutan jantung bayi,kemungkinan bayi sudah meninggal atau tidak berkembang dan inilah yang terjadi kepada saya.
6. Tiada pergerakan janin – Pergerakan bayi boleh dirasai seawal 18-24 minggu. Seekiranya tiada pergerakan atau pergerakan bayi kurang dari 10 kali dalam masa 12 jam,sila berjumpa doctor anda.
7. Ujian kehamilan (UPT) bertukar menjadi negative – Sekiranya ujian diambil 2 hari berturut-turut, hari pertama positif tetapi hari kedua negative. Ini menunjukkan tanda-tanda kehamilan atau kandungan luar rahim (ektopik).
7. Lelehan pada faraj – Sekiranya keluar darah berketul-ketul atau seperti daging keluar dari faraj,kemungkinan besar keguguran sudah terjadi.
8. Servik terbuka – Dalam kehamilan biasa dan normal,servik akan kekal tertutup sehingga beberapa minggu sebelum kelahiran bayi. namun begitu,sekiranya serviks terbuka pada awal kehamilan,risiko keguguran adalah tinggi.
9. Paras hormone HCG merudum – Badan perlu mengekalkan hormon HCG untuk mengekalkan kehamilan. Sekiranaya hormone HCG merudum,kemungkinan besar akan berlaku keguguran.
Justeru itu, amat penting untuk kita mengetahui bahawa kebanyakan sebab keguguran ini memang tidak dapat dielak dan terjadi dengan sendirinya. Hampir 10-20% keguguran tidak diketahui sebab dan puncanya dan berikut adalah 8 sebab yang sering dikaitkan dengan keguguran.
Set Berpantang Selepas Keguguran Shaklee
Keguguran pada mana-mana peringkat kehamilan mampu memberi tamparan hebat kepada individu lebih-lebih lagi yang sudah lama mananti cahaya mata. Ramai yang tertanya-tanya kenapa ia terjadi, dan tidak kurang juga yang menyalahkan diri sendiri. Namun apa yang paling penting adalah kembali sihat agar tubuh lebih bersedia untuk menerika kehadiran si kecil selama 9 bulan 10 hari dalam kandungan.
Di sini saya ingin kongsikan Set Berpantang Selepas Keguguran yang sangat bagus untuk di amalkan dalam masa yang sama meningkatkan tahap kesuburan wanita.
Artikel Menarik Untuk Dibaca:
- 8 Punca Keguguran Bayi
- Kenali Punca Hamil Di Luar Rahim
- Punca Masalah kesuburan Lelaki Dan Wanita
- Tips Mudah Hamil
- Set Kesuburan Shaklee
Kawasan COD : Putrajaya – Desa Pinggiran Putra – Puchong – Kajang – Serdang
Call / sms / WhatsApp : +6017-6258658
Email : maziahjamaludin@gmail.com
Fanpage : Healthy Vita Garden
Facebook : Maziah Jamaludin