Assalamualaikum,
Marhaban Ya Ramadhan, bulan mulia kini kembali, semoga membawa sejuta keberkatan dan limpah rahmat dari yang Maha Kuasa. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.Semoga bulan ramadhan tahun ini lebih bermakna buat kita semua umat Islam di Malaysia dan saudara kita di seluruh dunia. Jom semak Jadual Imsak Dan Berbuka Puasa Bagi Negeri-Negeri Seluruh Malaysia 2015 M/1436H.
Klik pautan bagi negeri yang anda pilih untuk membuka fail pdf yang mengandungi jadual imsak dan waktu berbuka puasa untuk setiap zon/kawasan. Anda juga boleh mencetak jadual tersebut dengan hanya klik ikon yang berkenaan pada menu bar untuk memuat turun terlebih dahulu.
Untuk waktu imsak dan berbuka hari ini, anda juga boleh membuat semakan(Malaysia sahaja) menggunakan widget waktu solat ini.
Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Ramadan 2015 Malaysia
Berikut adalah jadual waktu berbuka puasa dan imsak bagi setiap negeri di Malaysia sepertimana diumumkan JAKIM.
- JADUAL WAKTU IMSAK PERLIS
- JADUAL WAKTU IMSAK JOHOR
- JADUAL WAKTU IMSAK KEDAH
- JADUAL WAKTU IMSAK KELANTAN
- JADUAL WAKTU IMSAK MELAKA
- JADUAL WAKTU IMSAK NEGERI SEMBILAN
- JADUAL WAKTU IMSAK PAHANG
- JADUAL WAKTU IMSAK PERAK
- JADUAL WAKTU IMSAK PULAU PINANG
- JADUAL WAKTU IMSAK SABAH
- JADUAL WAKTU IMSAK SARAWAK Zon 1
- JADUAL WAKTU IMSAK SARAWAK Zon 2
- JADUAL WAKTU IMSAK SARAWAK Zon 3
- JADUAL WAKTU IMSAK SARAWAK Zon 4
- JADUAL WAKTU IMSAK SARAWAK Zon 5
- JADUAL WAKTU IMSAK SARAWAK Zon 6
- JADUAL WAKTU IMSAK SARAWAK Zon 7
- JADUAL WAKTU IMSAK SARAWAK Zon 8
- JADUAL WAKTU IMSAK SARAWAK Zon Khas
- JADUAL WAKTU IMSAK SELANGOR
- JADUAL WAKTU IMSAK TERENGGANU
- JADUAL WAKTU IMSAK WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA & LABUAN
Untuk panduan para pembaca yang akan melakukan ibadat puasa, berikut adalah niat puasa. (Perlu dijelaskan di sini bahawa melafazkan niat adalah tidak wajib kerana niat adalah persoalan hati, bukan lidah).
- Niat puasa esok hari:
[Sebutan dalam rumi] Nawaitu souma ghodin ‘an adaa’i, fardhi syahri ramadhaana hadzihissanati lillahi ta’ala
Maksud: Sahaja aku puasa esok hari fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala.
- Niat puasa sebulan bulan Ramadan:
[Sebutan dalam rumi] Nawaitu souma syahri ramadhaana kullihi lillahi ta’ala
Maksud: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan seluruhnya kerana Allah Ta’ala.
- Doa berbuka puasa:
[Sebutan dalam rumi] Allahumma laka shumtu wa bika amantu wa‘alaa rizqika afthartu birahmatika yaa arhamarroohimiin
Maksud: Ya Allah keranaMu aku berpuasa dan kepadaMu aku beriman dan di atas rezekiMu aku berbuka; Dengan RahmatMu wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Wallahu a’lam.
- 10 Makanan Yang Mengenayangkan Perut dengan Lebih Lama
- Tips Berpuasa Bagi Ibu Hamil Agar Kekal Cergas
- 10 Cara Terbaik Untuk Menambah Tenaga
- Tanda-tanda Dan Cara Mengatasi Masalah Gastrik
Kawasan COD : Putrajaya – Bangi – Desa Pinggiran Putra – Puchong – Kajang – Serdang
Call / sms / WhatsApp : +6017-6258658
Email : maziahjamaludin@gmail.com
Fanpage : Healthy Vita Garden
Facebook : Maziah Jamaludin