Cara Atasi Masalah Kolestrol Dengan Cepat Dan Berkesan

Nisbah terkini, satu dari 2 orang di Malaysia mempunyai tahap kolestrol yang tinggi. Bermakna sekiranya keluarga mempunyai 6 ahli, 3 orang memiliki tahap kolestrol yang tinggi. Hal ini kerana masalah kolestrol tinggi bukan sahaja dihidapi oleh golongan berumur, malah golongan muda juga berisiko menghidap kolestrol tinggi.

Amalan pemakanan yang tidak sihat dengan pengambilan lemak tepu dan trans yang tinggi serta rutin harian yang tidak aktif menyumbang kepada tahap kolestrol yang tinggi. Lagi-lagi di musim perayaan, pelbagai makanan penyebab kolestrol terhidang sebagai juadah perayaan. Takkan nak tolak kan? Ketahui cara atasi masalah kolestrol dengan cepat dan berkesan.

Cara Atasi Masalah Kolestrol Dengan Cepat Dan Berkesan

Rupa-rupanya makanan yang hampir dengan kita,mudah diambil dan sedap adalah penyumbang kepada masalah kolestrol tinggi. Ia hampir sukar untuk dielak menyebabkan separuh dari rakyat negara ini adalah penghidap kolestrol tinggi dalam darah. Jadi bagaimanakah cara untuk atasi masalah kolestrol ini dengan cepat dan berkesan?

  1. Minum Air Limau Nipis

Limai nipis kaya dengan flavonoid dan tinggi dengan anti-oksidan. Anti-oksidan membantu melindungi tubuh dari serangan radikal bebas yang boleh merosakan sel tubuh.

Anda boleh mengambil air perahan limau nipis bersama segelas air suam 2 kali sehari iaitu sebelum tidur dan seawal bangun pagi. Lakukan secara konsisten agar ia dapat membantu mengurangkan kadar kolestrol dalam darah.

2. Minum Jus Anggur

Jus anggur juga mengandungi flavonoid yang bertindak sebagai antioksidan yang baik kepada tubuh. Selain itu, jus anggur juga mengandungi piceatannol dan resveratrol iaitu antioksidan yang menghasilkan fitonutrien yang

Kandungan antioksidan seperti piceatannol dan resveratrol, menghasilkan phytonutrients dalam anggur telah terbukti sebagai bahan anti mikrob.Pengambilan jus anggur sekurang-kurangnya sekali sehari mampu menurunkan kadar kolestrol dalam darah.

3. Minum Air Jambu Merah

Buah jambu merah mengandungi pelbagai nutrisi yang baik untuk tubuh antaranya vitamin A, Vitamin C, antioksida, vitamin B3, vitamin B6, kalium, phytonutrien dan pelbagai lagi. Oleh itu, pengambila jus jambu merah sangat baik untuk kesihatan dan mampu mengawal kadar kolestrol dalam darah.

4. Minum Air Kulit Manggis

Selain buahnya yang sedap, kulit manggis juga didapati mengandungi pelbagai khasiat untuk tubuh. Ia mengandungi xanthone yang bertindak sebagai antioksidan dan antikanser yang lebih kuat berbanding vitamin C dan E.

Jus kulit manggis kini mudah didapati kerana telah dikomersialkan atau anda boleh mengisar sendiri jus kulit manggis anda dan terus boleh diminum.

5. Pengambilan Bijirin Penuh

Nutrisi yang terdapat dalam bijirin penuh mampu meningkatkan keupayaan sel menentang kerosakan sel akibat serangan radikal bebas. Antara nutrisi yang terkandung dalam bijirin penh adalah protein, serat, zat besi, magnesium, fosforus, zink, tembaga, mangan, selenium dan vitamin B.

6. Brokoli

Brokoli mengandungi serat yang tinggi sekaligus membantu menurunkan kadar kolesterol jahat dalam tubuh Anda. Brokoli membantu proses detoksifikasi tubuh secara semulajadi. Oleh itu, brokoli mampu mencegah pelbagai penyakit. Rebus atau kukus adalah lebih baik untuk mengelak penggunaan minyak.

7. Pilih makanan yang sihat dan elakmakanan tinggi lemak

Pengambilan makanan yang sihat pada waktu yang betul adalah penting bagi mengelak sebarang risiko penyakit merbahaya. Pemakanan yang sihat sudah pasti mempu mengawal kolestrol yang tinggi dalam tubuh.

8. Bersenam

Bersenam bukan sahaja membantu untuk menurunkan berat badan malah ia terbukti mengawal kadar kolestrol dalam tubuh. Cukup sekadar senaman ringan seperti berjogging, berjalan, berbasikal dan berenang. Lakukan secara konsisten kerana terdapat kajian mengatakan senaman 30 minit sehari menjadikan tubuh muda 3 tahun. Maksudnya, tubuh juga akan lebih sihat dan cergas.

9. Pengambilan Oat

Seperti kita sedia maklum, oat kaya dengan serat dan sangat baik untuk menghalang kolestrol jahat dari diserap oleh tubuh. Pengambilan oat secara konsisten semasa sarapan membantu menurunkan kolestrol anda dengan cepat.

Perlu diingatkan,9 perkara yang dinyatakan di atas perlulah dilakukan secara konsisten dan elakkan pengambilan mkanan yang boleh menyebabkan kolestrol jahat kembali.

Artikel berkaitan :

Kini separuh dari bilangan rakyat Malaysia menghidap masalah kolestrol tinggi. Tabiat pemakanan yang tidak terjaga bertahun-tahun lamanya boleh menyebabkan salur darah tersumbat dan membawa kepada risiko penyakit jantung.

Pengambilan Omega-3, fitosterol, sterols dan strenols mampu menghalang dan merendahkan kadar kolestrol dalam darah.

Di Shaklee terdapat produk yang sangat membantu merendahkan serta mengawal tahap kolestrol dalam badan secara semulajadi. Dengan mengamalkan Set Kolestrol setiap hari, insyaAllah tahap kolesterol dapat diturunkan dan mengurangkan risiko plak berkumpul di saluran darah.

Ingin Tahu Lebih Lanjut Mengenai Set Kolestrol Shaklee?

Klik Butang Di Bawah

Shaklee Independen Distributor

SMS / WhatsApp :  +6017-6258658

Email : maziahjamaludin@gmail.com

Fanpage : Vitamin Sihat

Facebook : Maziah Jamaludin

Klik Sini Untuk Order

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.