Saya belum period lepas bersalin, boleh ke mengandung?
Saya masih fully breastfeed anak saya, boleh ke hamil?
Saya belum period lepas mengandung dan menyusukan anak tetapi hamil juga, apakah??
Ramai di kalangan ibu-ibu yang beranggapan bahawa menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu adalah jalan terbaik untuk menjarakkan kehamilan. Namun begitu, adakah ianya 100% berkesan?
Mungkin persoalan ni bermain-main di fikiran ibu-ibu bukan? Ya, fakta ada menyatakan bahawa dengan menyusukan anak secara ekslusif mampu menjarakkan kehamilan. Akan tetapi, dari dahulu lagi saya tidak pernah berpegang semata-mata kepada teori ini kerana ibu saya sendiri hamilkan saya semasa masih menyusukan abang saya sepenuhnya dengan susu ibu ketika abang berusia 8 bulan. Jadi tak berkesan ke teknik menjarakkan kehamilan dengan menyusukan anak ni?
Mengapa Masih Hamil Walaupun Masih Fully Breastfeeding?
Sebenarnya kehamilan semasa menyusukan anak sepenuhnya boleh terjadi kerana semasa menyusu, ibu berada dalam keadaan KURANG SUBUR dan bukannya TIDAK SUBUR. Namun begitu, menyusukan anak akan melambatkan kitaran haid.
Teknik Penyusuan Yang Membantu Menjarakkan Kehamilan.
Lactational Amenorrhea Method (LAM) adalah teknik atau situasi di mana ibu menggunakan kaedah menyusukan anak hanya dengan susu ibu (breastfeeding) tanpa menggunakan alat pencegah yang lain. Perkara ini merujuk kepada jangkamasa di mana si ibu masih tidak datang haid selepas bersalin dan masih menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu. Keberkesanannya dikatakan antara 98-99.5% sekiranya
- Bayi berusia 6 bulan ke bawah
- Ibu masih belum didatangai kitaran haid
- Ibu menyusukan anak secara ekslusif
Di atas adalah carta kaji selidik keberkesanan mencegah kehamilan terhadap 100 orang di aman ia menunjukkan bahawa jika wanita menyusukan anak secara breastfeeding (LAM) , risiko untuk hamil adalah 5 orang dari 1000 orang berbanding menggunakan kondom seramai 20 kes.
Mengapa Masih Hamil Walaupun Masih Belum Datang Haid Selepas Bersalin?
Walaupun ibu masih belum datang haid (period/menstrual), tetapi kebiasaannya ibu akan mengovulasi (penghasilan benih, ovum)dua minggu sebelum kedatangan haid yang pertama selepas melahirkan anak. Kiranya, si ibu ada mengovulasi (kita tak tahu bila ia berlaku kecuali dengan menggunakan alat utk check ovulation)Oleh itu, sekiranya berlaku hubungan kelamin ketika itu, ibu BOLEH hamil.
Paling jelas adalah, kita tidak dapat menjangka bila ovulasi pertama selepas melahirkan anak akan terjadi sebab setiap wanita didatangi haid pertamanya pada waktu yang berbeza. Ada yang 3 bulan selepas bersalin, ada yang 12 bulan, dan ada yang 2 tahun!
Jom Tengok Video Ibu Muda Ni. Katanya Dah Serik Nak Beranak Lagi. Apa Yang Membuatkan Dia Berubah Dan Beranak Lagi.
Jika anda tidak yakin dan betul-betul ingin menjarakkan kehamilan, selain menyusukan anak secara eksklusif dengan teknik yang betul,anda boleh untuk gunakan alat cegah kehamilan yang lain bagi mengurangkan risiko hamil kembali.
Kawasan COD : Putrajaya – Bangi – Desa Pinggiran Putra – Puchong – Kajang – Serdang
Call / sms / WhatsApp : +6017-6258658
Email : maziahjamaludin@gmail.com
Fanpage : Healthy Vita Garden
Facebook : Maziah Jamaludin
2 comments for “Bolehkah Hamil Walaupun Fully Breastfeeding?”