AWAS! Tanda-Tanda Kolestrol Tinggi Dalam Darah

Tahukah anda 5.8 juta mengalami tekanan darah tinggi manakala 6.2 juta rakyat Malaysia mengalami tahap kolestrol yang tinggi? Hal ini tidak hairanlah sehingga hari ini, Malaysia merupakan negara paling ramai rakyatnya yang mengalami obesiti di Asia Tenggara.

Anda mungkin tidak kisah sebab anda fikir anda sihat. Tetapi tahukah anda lebih 90% individu berada dalam keadaan “separuh sihat” dan mampu mencetuskan penyakit kritikal pada bila-bila masa sahaja. Antara yang mengancam kesihatan anda dalam dia adalah kolestrol tinggi.

Di usia 30 tahun ke atas, anda digalakkan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan berkala sekurang-kurangnya sekali dalam setahun. Hal ini kerana kolestrol yang tinggi mampu mngundang masalah kesihatan dan boleh membawa maut. Sekiranya ketahui tahap kesihatan anda boleh ambil langkah – langkah bagi menurunkan paras kolesterol anda. Kolestrol di dalam tubuh dibahagi kepada 2 jenis iaitu:

  • LDL (Lipoprotein ketumpatan rendah – kolesterol jahat)
  • HDL (Lipoprotein ketumpatan tinggi – kolesterol baik)

LDL – Kolestrol Jahat

Paras LDL yang tinggi membentuk plak (bahan melekit) yang boleh menyebabkan salur darah tersumbat. Hal ini boleh menyebabkan serangan jantung dah stroke.

Pernahkah anda dengar kes di mana seorang yang aktif bersukan tiba-tiba rebah dan meninggal dunia? Kolestrol antara punca kerana semasa bersukan, darah dipam dengan laju dan LDL yang berkumpul di dinding salur darah menyekat (blok) aliran darah

HDL – Kolestrol Baik

HDL berfungsi membersihkan saluran darah. Ia dikenali sebagai kolestrol yang baik kerana membantu mengankut kolestrol dari salur darah untuk ke hati dan disingkirkan.

Oleh itu, sangat penting bagi memastikan paras HDL lebih tinggi dari paras LDL.

Tanda-tanda Anda Mengalami Masalah Kolestrol Tinggi. AWAS!!

Kolestrol tinggi sering dikaitkan dengan serangan jantung dan strok. Kedua penyakit ini kini turut menerang golongan muda. Tanda yang paling ketara adalah masalah obesiti yang melampau menyebabkan kadar LDL menjadi tinggi. Antara 7 tanda akibat tahap kolestrol yang tinggi dalam darah adalah :

Tanda-tanda kolestrol tinggi #1.Cepat letih dan mengantuk.

  •  Kolestrol menghalang atau menyukarkan aliran darah menyebabkan oksigen tidak sampai ke otak secukupnya dan kita akan menjadi cepat mengantuk

Tanda-tanda kolestrol tinggi #2. Rasa kebas di bahagian kaki

  •  Kolestrol menyenbabkan darah bergumpal dan aliran tidak lancar ke bahagian kaki.

Tanda-tanda kolestrol tinggi #3. Kaki membengkak

  • Apabila darah tidak lancar, bahagian kaki adalah yang paling kurang mendapat bekalan darah/oksigen

Tanda-tanda kolestrol tinggi #4. Terasa tegang di belakang leher, sakit kepala dan terasa berat.

  • Arteri tersumbat dah menjadi sempit menyebabkan aliran darah ke kepala menjadi kurang dan tidak lancar.

Tanda-tanda kolestrol tinggi #5.Biji Kolestrol

  • Timbul bintik-bintik putih di bahagian mata.

Tanda-tanda kolestrol tinggi #6. Benjolan pada siku, lutut dan tumit

  • Terdapat juga segelintir mendapati tanda kekuningan di hujung kelopak mata

Tanda-tanda kolestrol tinggi #7. Senak di dada sebelah kiri

  • Awas! Tanda ini berlaku apabila arteri dah mula tersumbat kerana kolestrol terlalu tinggi.

<< KLIK UNTUK CARA ATASI KOLESTROL DENGAN CEPAT DAN BERKESAN>>

Kolesterol tinggi biasanya dikaitkan dengan pengambilan makanan yang berlemak. Sekiranya anda mula merasai tanda-tanda seperti di atas, jaga pemakanan dan agak malang kalau dah tahu petanda ni tapi mengabaikannya. Ketahui cara mengatasi maslaah kolestrol dengan mudah dan berkesan. KLIK SINI.

Shaklee Independen Distributor

SMS / WhatsApp :  +6017-6258658

Email : maziahjamaludin@gmail.com

Fanpage : Vitamin Sihat

Facebook : Maziah Jamaludin

Klik Sini Untuk Order

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.