Apa Itu Lotus Birth?

Assalamualaikum

Dalam minggu ni ramai ibu-ibu yang mengutarakan mengenai Lotus Birth. Tahukah anda bahawa Lotus Birth dipercayai popular di Amerika sekitar tahun 1970an.  Dengan cara ini bayi, saraf dan plasenta dianggap sebagai satu unit sehingga ia terpisah (tali pusat jatuh). Kebiasaannya tali pusat akan jatuh sendiri dalam masa 3 hingga 7 hari atau lebih.

lotus birth 110 Soalan Mengenai Lotus Birth.

1. Apakah itu Lotus Birth?

Lotus Birth telah dipopularkan oleh pasangan pengamal yoga yang menamakannya sbg ‘lotus birth’ dengan menghubungkaitkan simbol lotus (bunga teratai) yang mempunyai pengertian tertentu dengan kelahiran bayi. Ia bertujuan untuk mengelakkan kesakitan kepada bayi semasa mengerat tali pusat dan membiarkan tali pusat tertanggal sendiri secara semulajadi.

2. Apakah faedah lain yang dikaitkan dengan Lotus Birth?

  • Mencantikkan pembentukan pusat
  • Mempercepatkan proses penyembuhan
  • Meningkatkan tahap imunisasi bayi
  • Mengeratkan ikatan ibu dan bayi (kerana bayi yg masih bersambung dgn uri dpt duduk lebih lama dgn ibu tanpa sebarang gangguan)

3.  Apa pula Delayed Cord Clamping?

huhuhuhuu

Delayed Cord Clamping (DCC) atau melambatkan proses mengepit tali pusat mempunyai beberapa perbezaan masa iaitu:

  • Tidak memotong langsung (lotus birth)
  • Melewatkan masa DCC tidak melebihi 8 jam
  • Melambatkan selama sejam
  • Melewatkan selama 20 minit
  • Melewatkan selama 2-3 minit (Disyorkan oleh pihak KKM )

4. Apakah faedah  melambatkan proses mengepit tali pusat (Delayed Cord Clamping) selama 2 minit mempunyai kebaikan kepada bayi?

  • Membekalkan lebih 33% lebih darah kepada bayi
  • Mengurangkan risiko anemia
  • Meningkatkan tahap hemoglobin dalam darah
  • Lebih stem sel diperolehi oleh bayi
  • Lebih banyak oksigen dibekalkan kepada bayi terutamanya untuk fungsi organ seperti paru-paru.

5. Mengapa tali pusat tidak digunting semasa Lotus Birth?

Tali pusat merupakan sebahagian dari tubuh bayi. Proses memotong tali pusat akan menyebabkan luka di mana ia juga akan menimbulkan rasa sakit dan keradangan berlaku semasa proses penyembuhan. Oleh itu, di kawasan tersebut akan rasa berdenyut menyebabkan rasa tidak selesa. Hal ini kerana lebih banyak darah akan di pam ke bahagian luka.

6. Apakah fungsi plasenta selepas kelahiran (keluar dari rahim ibu)?

delayed-cord-clamping-graph

Beberapa ketika selepas kelahiran, plasenta sebenarnya masih menyalurkan darah yang kaya denga nutrisi dan zat-zat mineral (ureum, natrium, iron dan sebagainya), serta oksigen kepada bayi.

Memotong tali pusat sejurus kelahiran menyebabkan hampir 30 mL darah dari plasenta terputus hubungan untuk terus disalurkan kepada bayi di mana khasiatnya bersamaan dengan 600mL darah orang dewasa. LB memberi peluang kepada bayi untuk mendapatkan semua khasiat dan oksigen dari plasenta selepas kelahiran.

7.Bagaimana penjagaan plasenta sebelum ia tertanggal secara semulajadi?

P

Semasa memandikan bayi, plasenta juga perlu dibersihkan. Selepas itu, keringkan plasenta dengan menekan plasenta menggunakan tuala. Kemudian simpan semula plasenta dan ditabur dengan garam laut/garam Kristal. Sedikit minyak aromaterapi digunakan untuk memberikan aroma ketenangan disamping mengelak dari serangga. Kebiasaannya aroma lavender akan digunakan. Proses tali pusat luruh melaui proses LB ini lebih cepat dan selepas itu plasenta boleh dikuburkan seperti biasa.

8. Apakah ciri-ciri kelahiran yang tidak boleh menggunakan kaedah Lotus Birth?

  • Tali pusat bayi pendek
  • Ujian APGAR bayi yang rendah
  • Bayi yang lekat uri
  • Bayi yang terlalu kurang berat semasa lahir

9.  Adakah LB selamat untuk bayi pramatang dan bayi yang lahir secara pembedahan?

Bayi pramatang dan bayi yang lahir secara pembedahan boleh menjalani kaedah LB setelah melakukan ujian pada darah tali pusat.

10. Mengapa ibubapa memilih untuk Lotus Birth?

  • Ibubapa tidak mahu tali pusat anak mereka dipisahkan dengan cara memotong bahagian tersebut
  • Ibubapa merasakan ia adalah cara yang lembut dan tenang untuk melepaskan sambungan tali pusat.
  • Suatu penghormatan kepada bayi dan plasenta.
  • Jaminan 100% bayi memperolehi bekalan darah yang optimum dan khusus untuk keperluan bayi
  • Memberi ketenangan kepada ibu di awal kelahiran sebelum memberi perhatian sepenuhnya kepada bayi.
  • Memberi ruang kepada ibu untuk berehat sebelum ada yang datang melawat. Selalunya ibu dikunjungi selepas bayi gugur tali pusat.
  • Pengaruh emosi dan rohani.
  • Tradisi turun temurun
  • tidan perlu bimbang masalah memotong, mengikat dan menjaga luka selepas memotong tali pusat.
  • Mengurangkan risiko jangkitan kerana LB merupakan sistem tertutup antara bayi dan plasenta.
  • Tidak memerlukan masa untuk menyembuhkan luka (tiada luka kerana tali pusat tidak dipotong)

 

Tahukah anda tali pusat boleh berdenyut sekitar 2 hingga 3 jam selepas kelahiran. Namun begitu, walaupun ia sudah berhenti berdenyut, ia tidak bermakna tali pusat sudah tiada fungsi untuk bayi. Walau apa pun tindakan anda setelah mengenalpasti kebaikan dan keburukan Lotus Birth ini, anda perlu merujuk kepada pakar dalam bidang yang berkaitan. Dapatkan khidmaat nasihat dari pihak yang lebih arif mengenai proses Lotus birth ini. Diharap sedikit perkongsian ini mampu membuka mata anda mengenai isu Lotus birth yang kebanyakan dari kita adalah kali pertama mendengar mengenainya.

Shaklee Independen Distributor

Kawasan COD : Putrajaya – Bangi – Desa Pinggiran Putra – Puchong – Kajang – Serdang

Call / sms / WhatsApp :  +6017-6258658

Email : maziahjamaludin@gmail.com

Fanpage : Healthy Vita Garden

Facebook : Maziah Jamaludin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.