Apa Itu Foremilk Dan Hindmilk?

Ramai ibu-ibu masih belum faham mengenai jenis-jenis susu ibu di mana ia sangat penting dalam ilmu penyusuan. Susu ibu terbahagi kepada 2 iaitu Kolostrum dan Susu Matang (Foremilk dan Hindmilk). Kolostrum kaya dengan protein, karbohidrat, vitamin dan mineral, manfaat kolostrum adalah sangat besar. Kolostrum dihasilkan dalam jumlah yang sangat sedikit, sesuai dengan saiz perut bayi yang kecil sahaja selepas dilahirkan. Selalunya kolostrum akan terhasil sehingga hari ketiga atau keempat selepas kelahiran. Kemudian ia akan diikuti dengan susu matang yang kebanyakan ibu-ibu tidak mengetahui perbezaan mereka dan fungsinya dalam penyusuan. Apakah itu foremilk dan hindmilk?

foremilk

Foremilk merupakan susu awal yang berada di hadapan payudara. Ia dihasilkan semasa awal penyusuan yang bersifat cair dan mengandungi banyak air. Biasanya bayi akan menerima foremilk dahulu.Tahap laktosa yang tinggi terdapat dalam foremilk, adalah penting untuk tenaga, perkembangan otak dan juga menghilangkan dahaga bayi. Oleh itu ibu-ibu tidak perlu begitu risau sekiranya warna susu kurang pekat dan cair.

Hindmilk pula dikenali sebagai susu akhir yang berada di belakang payudara. kebiasaannya hindmilk didapati di akhir penyusuan apabila bayi sudah menghabiskan Foremilk. Warna susu hindmilk ini lebih pekat berbanding susu foremilk dan warnanya agak kekuningan. Susu hindmilk kaya dengan serat, kalori serta lemak yang tinggi berfungsi untuk memberi tenaga kepada bayi, membantu tumbesaran disamping mengenyangkan bayi.

Bagaimana Foremilk dan Hindmilk Terhasil?

aveoli

Susu dihasilkan di alveoli (kilang susu) di mana kebanyakkannya mengandungi kandungan lemak yang tinggi menjadi hindmilk. Lemak yang tersekat di belakang payudara ini memyebabkan perbezaan yang besar pada kandungan susu ibu. Kandungan lemak dalam susu meningkat secara beransur-ansur dalam penyusuan sebagai dua lapisan lemak dan selebihnya susu tersebut terkumpul di bahagian hadapan payudara menjadi foremilk. Semakin lama ibu menangguh waktu menyusu atau mengepam maka semakin banyak foremilk dihasilkan. Selain itu, ia juga akan menyebabkan bayi mengambil masa yang lama semasa menyusu untuk mendapatkan hindmilk.

Mana Yang Lebih Penting?

Jawapannya, kedua-dua hindmilk dan foremilk ini adalah sangat penting untuk bayi. Seperti yang saya nyatakan di atas, Foremilk mengandungi laktosa yang tinggi  yang ditemui dalam foremilk sangat penting untuk tenaga dan perkembangan otak bayi serta mampu menghilangkan dahaga bayi kerana mengandungi kandungan air yang tinggi. Oleh itu, bayi tidak lagi memerlukan air masak. Hindmilk pula mengandungi lemak yang penting untuk tumbesaran dan mengenyangkan bayi kita.

Sekiranya bayi tidak dapat foremilk secukupnya, bayi boleh mengalami dehydrate (kurang air dalam badan). kekurangan hindmilk pula, bayi tidak kenyang dan tidak bagus untuk tumbesarannya. Oleh itu sangat penting untuk menyusukan anak sehingga payudara berasa ringan dan kosong, iaitu sehingga anak mendapat hindmilk. Dengan ini bayi akan merasa kenyang dan mendapat semua kebaikan susu ibu.

Apa Itu Ketidakseimbangan Hindmilk dan Foremilk?

cream-on-top-

Perhatikan perbezaan pasa susu yang keluar semasa di awal sesi mengepam dan susu selepas beberapa ketika kita mengepam. Anda akan mendapati foremilk banyak terhasil. Ini bukan bermakna berlaku ketidakseimbangan tetapi kita berhenti pada pertengahan sesi mengepam. Teruskan mengepam sehingga payudara terasa ringan dan kosong untuk mendapatkan lebih banyak hindmilk.

Tahukah anda?

  • Amat penting ibu mengosongkan payudara dengan direct feeding atau mengepam
  • Semakin “sedikit” susu yang berada di dalam payudara,maka semakin banyak hindmilk (susu semakin pekat).
  • Ibu tidak perlu bimbang sekiranya susu berkurang semasa berpuasa atau semasa datang haid.
  • Aliran susu apabila payudara bengkak adalah kurang lancar berbanding semasa payudara tidak bengkak.
  • Berlaku ketidakseimbangan foremilk dan hindmilk apabila ibu-ibu membiarkan payudara bengkak dan menunggu susu penuh. Susu akan lebih cair iaitu foremilk lebih banyak dari hindmilk.

empb

Apakah Kesan Ketidakseimbangan Hindmilk- Foremilk kepada Bayi?

Sekarang anda faham bukan? Kebiasaannya ketidakseimbangan ini mendapati foremilk adalah lebih banyak daripada hindmilk. Bayi hanya mendapat lebih banyak susu cair di mana mereka tidak merasa kenyang semasa menyusu badan. Antara gejala berlakunya ketidakseimbangan Foremilk dan Hindmilk adalah:

  • Bayi menyusu sepanjang masa (tidak puas)
  • Kembung perut
  • Najis berdarah
  • Penambahan berat badan yang perlahan
  • Ruam lampin akibat najis berasid.
  • Bayi membuang air besar sebaik sahaja menyusu
  • Bayi memuntahkan susu dengan banyak
  • Gejala kolik akibat lebihan laktosa.

baby-lucu

Sekiranya anda mendapati bayi anda mengalami gejala seperti dia atas, mungkin disebabkan oleh:

  • Ibu terlalu cepat menukar payudara semasa menyusukan anak. Bayi tidak sempat untuk medapatkan hindmilk.
  • Susu ibu terlalu banyak (oversupply) menyebabkan bayi sudah kekenyangan dengan foremilk dan tidak sempat mendapatkan hindmilk.
  • Bayi menghidap susu badan dengan kadar yang sedikit dan tertidur – tidak sempat mendapatkan hindmilk.

Apakah langkah yang perlu dilakukan oleh ibu-ibu?

  • Susukan bayi dengan sebelah payudara sahaja sehingga kosong. Sebelah lagi di pam.
  • Sekiranya susu oversupply, boleh mengepam secara rutin dan menyusukan bayi diantara waktu mengepam.
  • Mengepam sedikit sebelum menyusukan bayi supaya bayi mendapat hindmilk.
  • Kerap mengosongkan bayi dengan mengepam secara konsisten – mengurangkan tindakbalas osmosis yang menjadikan susu bertambah cair.
  • Ambil makanan yang tinggi protein dan serat.

breastfeeding

Oleh itu, bagi ibu-ibu yang mengalami masalah seperti di atas, jangan mudah putus asa sekiranya melihat anak anda tidak kenyang, berat badan tidak naik, najis menjadi hijau, kembung dan sebagainya. Periksa dahulu punca seperti yang disenaraikan di atas. Ia bukan petanda susu anda tidak cukup atau bayi tidak sesuai dengan susu ibu, mungkin hanya disebabkan oleh ketidakseimbangan hindmilk-foremilk. Bayi tidak sempat mendapatkan hindmilk kerana kekenyangan dengan foremilk semata-mata.

Artikel Menarik Untuk Dibaca:

 

Shaklee Independen Distributor

Kawasan COD : Putrajaya – Bangi – Desa Pinggiran Putra – Puchong – Kajang – Serdang

Call / sms / WhatsApp :  +6017-6258658

Email : maziahjamaludin@gmail.com

Fanpage : Healthy Vita Garden

Facebook : Maziah Jamaludin

3 comments for “Apa Itu Foremilk Dan Hindmilk?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.