Anak sembelit teruk?
Anak sembelit sampai berdarah?
Anak sembelit sampai kena korek najis?
Hati ibu mana yang tidak gusar bila anak kecil sembelit, meneran sampai merah muka dan tak kurang juga yang menangis merengek bila nak buang air besar. Sedangkan kita yang dewasa pun cukup trauma dengan sembelit berjam-jam dalam toilet, inikan pula anak kecil. Namun begitu, sembelit bukan lah penyakit yang boleh diukur dengan kekerapan kanak-kanak tersebut membunag air besar kerana membuang 3 hari sekali masih normal sekiranya kanak-kanak masih tidak menunjukkan tanda-tanda sembelit.
Tanda-tanda Kanak-kanak sembelit.
Dalam kebanyakan kes, sembelit dapat dikenalpasti apabila bayi atau kanak-kanak tidak membuang air besar sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dan perut menjadi kembung. Hal ini menyebabkan anak akan mula selera untuk makan. Antara tanda lain ialah:
- Menangis dan menunjukkan rasa resah.
- Tidak selesa ketika membuang air besar
- Meneran dengan kuat semasa membuang air besar
- Najis kering, keras dan berbiji-biji seperti kacang
- Kentut dan najis mungkin berbau lebih busuk.
Di seni diselitkan kisah menyayat hati seorang ibu yg anaknya sembelit teruk. Sembelit yang sangat teruk sampai suaminya kena standby plastic untuk seluk tangan dan bagi membantu mengeluarkan najis.
Apakah Punca Sembelit?
Susu Formula
Ia merupakan punca utama.Penting untuk ibu bapa mengenalpasti keserasian susu di mana ia tidak semata-mata bergantung kepada jenama atau harga susu formula tersebut. Hal ini kerana susu formula sukar dihadam dan diserap masuk kedalam usus berbanding susu ibu. Tukar susu sekiranya bayi atau kanak-kanak mengalami tanda-tanda sembelit.
Makanan pejal (Solid & semi-solid food)
Bayi atau kanak-kanak yang mula diberikan makanan pejal atau separa pejal juga mudah mendapat risiko sembelit. Hal ini kerana usus mereka belum cukup matang untuk berfungsi sepenuhnya dengan baik. Penting untuk ibubapa memastikan makanan yang diberikan adalah lembut dan mudah dihadam. Banyakkan air dalam penyediaan makanan tersebut.
Kanak-kanak yang kurang minum air atau susu.
Hal ini sering berlaku kepada bayi atau kanak-kanak yang mengalami demam, selsema, jangkitan pada tekak, dan mula untuk tumbuh gigi. Mereka mudah mendapat sembelit kerana kekurangan air dalam badan atau disebut sebagai dehidrasi.
Bagi mengelakkan dehidrasi berterusan, biasanya badan akan menyerap lebih banyak air dari najis bagi menampung kekurangan air dlam badan. Hal ini menyebabkan najis menjadi kering, keras dan tersimpanlama di dalam usus lalu menyebabkan sembelit.
Kecacatan semasa lahir
Tidak dinafikan juga sembelit akibat kecacatan semasa lahir iaitu congenital disease atau disebut sebagai Hirschprung’s disease di mana lubang dubur agak ketat dan sukar untuk membuang air besar. Hal ini juga berlaku jika lubang dubur tidak terbentuk dengan sempurna seperti di dalam kes spinal bifida, anorectal malformation dan cystic fibrosis.
Bayi atau kanak-kanak yang mengalami sembelit disarankan segera berjumpa dengan doctor supaya penyakit kecacatan semasa lahir seperti Hirschprung’s disease dapat dikesan lebih awal.
Penyakit seperti ini mungkin memerlukan rawatan segara yang lebih agresif seperti pembedahan bagi mengelak masalah yang sama berulang. Hal ini sekiranya tidak dirawat, kanak-kanak mungkin tidak akan membuang sehingga berbulan-bulan dan menyebabkan abdomen mereka menjadi kembung.
Apa yang Ibu Bapa Boleh lakukan DI Rumah Dalam Menghadapi Anak sembelit?
1. Baringkan bayi dan lakukan kayuhan kaki bayi seperti mengayuh basikal di udara. Teknik ini akan membantu najis untuk bergerak di dalam usus.
2. Bagi bayi yang meminum susu formula dan berusia 6 bulan ke atas, anda boleh berikan puri lobak yang dikisar halus. Hal ini bertujuan untuk menambahkan serat dalam makanan mereka dan membantu anak-anak untuk membuang air besar dengan mudah.Berikan pada kadar yang berpatutan dan dapatkan nasihat doctor.
3. Bagi kanak-kanak setahun ke atas, anda boleh berikan mereka air mineral suam. Selain itu jus tembikai dan jus betik sangat bagus bagi penghadaman di mana jus tembikai mengandungi air yang banyak dan betik mengandungi bahan semulajadi yang bsangat bagus dalam membantu pergerakan najis dalam usus.
Bagaimana supplement membantu masalah sembelit kanak-kanak?
Kegembiraan dan keceriaan anak adalah salah satu kunci ketenangan dan kebahagiaan bukan? Oleh itu saya syorkan Meal Shakes Shaklee yang bukan sahaja membantu masalah sembelit malah meningkatkan daya tahan badan terhadap penyakit dan jangkitan virus yang merbahaya di luar sana.
Antara kelebihan Meal Shakes ialah:-
- Rendah lemak tetapi kaya dengan 19 vitamin utama, protien, fiber dan mineral serta kalsium yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak
- Memberikan tenaga dan menguatkan sistem imun kanak-kanak
- Memberikan kecergasan dan meningkatkan kesihatan
- Mengatasi masalah ekzema dikalangan kanak-kanak dan juga dewasa
- Meningkatkan selera makan kanak-kanak
- Jika anak kerap demam, lazimnya akan kembali sihat lebih cepat daripada biasa
- Pilihan terbaik buat mereka yang tidak dapat menelan supplement jenis tablet
- Menangani masalah sembelit dikalangan kanak-kanak
Rasa vanila yang menjadi kegemaran kanak-kanak, sesuai untuk kanak-kanak satu tahun ke atas, dan seisi keluarga. Untuk kanak-kanak setahun dan ke atas boleh juga mengambil Meal Shakes bersama Omega Guard sebagai pelengkap nutrisi mereka bukan sahaja meningkatkan imunisasi malah membantu meningkatkan tahap perkembangan otak mereka.
Sebagai ibu bapa, anak adalah amanah kita untuk berikan yang terbaik buat mereka dari segi pendidikan, pemakanan dan pemilihan karakter. Siapa yang kita ingin mereka jadi suatu hari nanti? Oleh itu perancangan untuk pemakanan ibu ketika hamil dan kanak-kanak sejak kecil amatlah penting. Terserah kepada kita untuk menentukan dan mencorak generasi akan datang.
Artikel Menarik Untuk Dibaca:
- Vitamin Minda Untuk Kanak-kanak Pintar
- Panduan Mudah Membuat Puri Yang Berkhasiat Untuk Anak Anda
- Makanan Semulajadi Untuk Anak Genius
- Tips Membantu Anak Suka Makan
- Set Imunisasi Kanak-kanak Shaklee
Jadi tunggu apa lagi? Order sekarang. Hanya satu klik sahaja lagi.
Klik SINI untuk Panduan Mudah Cara Pembelian Secara Online
Kawasan COD : Putrajaya – Bangi – Desa Pinggiran Putra – Puchong – Kajang – Serdang
Call / sms / WhatsApp : +6017-6258658
Email : maziahjamaludin@gmail.com
Fanpage : Healthy Vita Garden
Facebook : Maziah Jamaludin
1 comment for “Anak Sembelit Teruk Sampai Kena Seluk Tangan Untuk Korek Najis”