9 Tips Mudah Atasi Masalah Pakaian Berbau Hapak

Memang memalukan bila baju sedikit berbau. Orang sekeliling memang tidak perasan tetapi kita yang memakai baju itu kadang kala timbul perasaan seperti semua orang sedang menghidu dan memandang kita. Rimas bukan? Letih rasanya membasuh pakaian tetapi baunya lebih teruk dari sebelum dibasuh. Mula la masuk sahaja pejabat, melabuhkan punggung terus mencari tips atasi masalah pakaian berbau hapak.

Laundry1

Punca Pakaian Berbau Hapak

  1. Lupa sidai kain.

Masalah ini bukan sahaja berlaku kepada ibu yang bekerja malah juga kepada surirumah. Kadangkala pelbagai kerja rumah hendak diuruskan dengan anak-anak kecil lagi sehingga terlupa menyidai pakaian. Semalaman baju di dalam mesin basuh sudah cukup menjadikan pakaian berbau hapak.

  1. Ampaian terhad.

Rumah kayangan seperti apartment, kondominium, flat dan seangkatan dengannya selalunya menjadikan balkoni untuk menyidai baju. Sekiranya balkoni hanya sekangkang kera, bagaimana? Sidai dalam bilik tanpa pancaran matahari.

  1. Musim hujan.

Baju banyak perlu dibasuh, cuaca lembab,ampaian terhad, kain yang terkumpul lambat pula keringnya. Tertangguh-tangguh akibat cuaca tidak mengizinkan menjadikan bertambah tambah la hapak nya pakaian anda. Lebih parah bila 1 rumah berbau kepam baju lembab.

Masalah Bau Hapak Pada Baju

Di sinilah supermama perlu bertindak bijak. Bila masalah ini berlarutan, takkan nak duduk diam je kan? Bukan sahaja pakaian sekolah anak, pakaian bekerja anda dan suami, cadar, kain selimut  perlu diselamatkan. Bau hapak bukan sahaja mengundang ketidakselesaan hidung yang menghidu, malah tanpa kita sedari ia mengundang bakteria yang menyebabkan bau.

9 Tips Mengatasi Masalah Pakaian Berbau Hapak

laundry-line

1. Jemur kain secepat mungkin. Bila terdengar je bunyi kain siap dibasuh, cepat-cepat keluarkan kain dari mesin basuh. Elakkan bertangguh sebab risau terlupa ada pakaian dalam mesin yang belum disidai.

2. Rancang waktu membasuh pakaian. Contohnya basuh sebelum mula memasak, siap memasak terus sidai kain. Elakkan membasuh pakaian di tengah malam. Kalau tertidur, faham-faham la sendiri.

3. Jemur di bawah terik matahari. Pancaran matahari sangat membantu mempercepatkan kain untuk kering dan mengurangkan risiko pakaian berbau hapak. Sekiranya ampaian anda tidak menghadap matahari atau berada di dalam bilik, pastikan ada sistem pengudaraan yang baik. Contohnya, buka tingkap dan pasangkan kipas. Aliran udara yang baik membantu pakaian cepat kering.

4. Menggunakan daun pandan. Daun pandan boleh dijadikan haruman semulajadi yang menyegarkan dan membantu menghilangkan masalah bau hapak pada pakaian. Anda boleh membuat sendiri portpuri atau bunga rampai dari daun pandan dan digantung di dalam almari. Tak rajin? Ambil daun pandan, carik-carikkan kemudian ikat kesemuanya, letak saja di dalam almari,siap!

5. Rendam semula. Agak leceh apabila pelu direndam semula untuk menghilangkan bau hapak pada pakaian. Silap hari bulan, terlalu lama merendam sehingga terlupa mengundang bau yang tengit dan tidak menyenangkan. Berbalik kepada “rancang waktu” untuk merendam. Cukup dengan merendam sekejap sahaja dengan sedikit sabun yang berbau harum, kemudian basuh semula dengan mesin basuh. TAPI JANGAN LUPA SIDAI pula ye!

6. Jangan sembur pewangi. Kadang kala kita rasa tindakan ini adalah yang terbaik. Tahukah anda, dengan menyembur pewangi akan menjadikan bau pakaian anda bertambah teruk? Wangi hanya sebentar sahaja. Apabila bau terserap, bau wangi tu akan dikunyah-kunyah oleh bau hapak sampai baju menjadi lebih berbau.Bau hapak win!

7. Elakkan sidai pakaian secara bertindih. Kaedah terbaik menyidai pakaian adalah dengan menggunakan penyangkut pakaian (hanger). Selain menjimatkan ruang, ia membantu mempercepatkan kain untuk kering.

8. Menggunakan bedak tabur. Mudah sahaja, masukkan pakaian anda ke dalam beg plastic, taburkan sedikit bedak tanpa pewangi dan biarkan selama beberapa minggu. Lama-kelamaan, bau hapak pada pakaian akan hilang. Kaedah khas untuk menyimpan pakaian lama. Untuk pakaian harian, ia sedikit memakan masa.

9. Memilih pencuci pakaian yang tepat.Pastikan pencuci pakaian anda mengandungi enzim semulajadi ini bukan sahaja berkesan untuk membersihkan pakaian malah juga tidak meninggalkan sebarang kesan buruk terhadap bumi. Selain terbau keharuman pakaian yang dicuci, anda juga mampu menghidu udara yang bersih dan nyaman.

fresh-laundry-concentrate-powder

klik untuk beli

Masalah baju berbau hapak antara punca saya pening memilih pencuci pakaian. Maklum la tinggal di rumah kayangan tingkat 15 tanpa balkoni menyebabkan kurang ruang untuk menyidai pakaian, baju untuk disidai pun menjadi terhad sehinggakan saya menjadikan 1 bilik khas untuk menyidai pakaian. Sidai kain dalam bilik tanpa pancaran matahari secara terus, baju tidak berbau hapak ke? Nak tahu penyelesaian saya, selain mengamalkan 8 tips di atas, tips kesembilan saya adalah serbuk pencuci Fresh Laundry Concentrate Powder dan Soft Fabric ConcentrateShaklee. Nak tau cerita best lagi mengenai set pencuci terbaik untuk setiap kediaman iaitu set Get Clean Home Shaklee  KLIK SINI.

Shaklee Independen Distributor

Kawasan COD : Putrajaya – Bangi – Desa Pinggiran Putra – Puchong – Kajang – Serdang

Call / sms / WhatsApp :  +6017-6258658

Email : maziahjamaludin@gmail.com

Fanpage : Healthy Vita Garden

Facebook : Maziah Jamaludin

2 comments for “9 Tips Mudah Atasi Masalah Pakaian Berbau Hapak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.