8 Punca Keguguran Bayi

Keguguran pada awal kehamilan biasanya berlaku pada trimester pertama iaitu dalam 12 minggu pertama. Perkara ini tidak mustahil berlaku walaupun sebelum anda tahu bahawa anda sedang hamil. Dianggarkan sebanyak 75% daripada semuaa persenyawaan akan gugur pada 12 minggu pertama ini.

Antara puncanya ialah :

6b1bf-quranpadakromosom

 

1. Kromosom tidak Normal

  • Kromoson adalah struktur yang membawa genetic terdiri dari 23 pasang,2 set dari ibu dan 1 set dari bapa. mengikut kajian 60% keguguran disebabkan oleh kromosom tidak normal.
  • Hal ini berlaku apabila ovum dan sperma bertemu, salah satu kromosom akan menjadi rosak dan embrio yang terbentuk menpunyai kromosom yang tidak normal dan mengakibatkan keguguran.
  • Jika terjadi keguguran kali pertama, anda jangan terlalu risau. Peluang anda untuk hamil selepas itu adalah tinggi. Namun sekiranya mengalami keguguran lagi.anda disarankan untuk membuat ujian kromosom di makmal dan jika didapati kromosom tidak normal,anda boleh merujuk pakar genetik.

 2.       Kecacatan pada organ pembiakan.

  • Sekiranya anda dilahirkan dengan rahim yang tidak normal, keguguran mudah berlaku kerana embrio gagal melekat dengan sempurna pada dinding rahim dan berlaku kuguguran.
  • Pangkal rahim yang longgar (Cervical Incompetence) boleh membawa kepada keguguran dan kerap berlaku pada trimester kedua di mana janin semakin membesar dan dan member tekanan kepada pangkal rahim dan membuka jalan untuk janin gugur.
  • Kecacatan pada rahim seperti Bicomuate Uterus dan Uterin Septum menjadi penyumbang sehingga 10% daripada punca keguguran.
cerv suture
  • Sekiranya anda mengalami kecacatan pada system peranakan, anda boleh menjalani ujian Hysteroscopi atai Laparoscopi atau diagnos untuk memastikan kecacaatan denganlebih tempat dan memudahkan rawatan yang sepatutnnya. Jika pangkal rahim longgar,doctor mungkin akan mengesyorkan pembedahan ikat pangkal rahim (cervical cerclage)

3.      Ketumbukan pada rahim

cyst

  • Penyakit endometrosis juga antara punca kegugurandi mana cyst endometrosisadalah toksin tarhadap janin dan boleh menyebabkan keguguran. Selain itu,fibroid juga mengganggu system peranakan kerana menghalang pelekatan embrio pada dinding rahim dan boleh menyebabkan keguguran.
fibroid

 

  • Sekiranya endomertosis menjadii punca keguguran, pembuangan cyst dan tisu-tisu endometrosis adalah perlu jika anda ingin hamil semula. Jika terdapat fibroid, pembedahan membuang fibroid (myomectomy) amat disarankan sekiranya perlu.
227_2_asp

Antibodi menyerang janin

 

4.      Masalah Antibodi (Immunologi)

  • Masalah ini lebih dikenali sebagai Sindrom Antiphospholipid dimana badan wanita hamil mengeluarkan antibody yang menyerang janin. Hal ini terjadi apabila janin yang terbentuk dianggap sebagai objek asing atau virus oleh tubuh wanita hamil lalu tubuh badan menghasilkan antibody dan menyerangjanin tersebut sehingga berlaku keguguran.
  • Buat masa kini,rawatan untuk masalah ini masih dalam kajian dan hasilnya kurang memuaskan. Oleh itu doctor akan menyarankan ubat aspirin, heparin atau steroid bagi mengurangkan risiko keguguran.

5.      Penyakit yang tidak terkawal.

  • Sekiranya wanita mengalami penyakit seperti kencing manis,darah tinggi, sakit buah pinggang,tiroid yang tidak terkawal,ia akan menyebabkan persekitaran yang tidak sesuai untuk janin berkembang dengan sihat dan menyebabkan risiko keguguran adalah tinggi.
  • Oleh itu,pastikan tahap kesihatan anda terkawal utntuk merancang kehamilan. Sentiasa berjumpa doctor untuk khidmat nasihat kea rah cara hidup yang lebih sihat.

6.      PCOS (Sindrom Ovari Polisistik)

  • PCOS berlaku apabila tahap keseimbangan hormone menyebabkan ovulasi menjadi tidak teratur dan haid tidak menentu. Pcos akan menyebabkan penghidap menjadi kebal kepada insulin dan sekali gus menghalang endometrium (dinding rahim) menjadi matangdan tidak begitu baik untuk perkembangan janin. Penghidap berisiko tinggi menghidap kencing manis danboleh menyebabkan keguguran berulang. Hasil kajian menunjukkan sehingga 20% wanita yang sering berlaku keguguran didapati mengalami PCOS.
  • Apa yang anda boleh lakukan adalah memastikan anda bebas dari kencing manis sebelum hamil. Selalunya doctor akan menyarankan pil metformin sekiranya anda kebail insulin. Pastikan berat badan ideal (BMI yang optimal) dengan diet pemakanan dan senaman yang sesuai.

7.      Jangkitan Kuman.

  • Jankitan kuman seperti cytomegalovirus, toxoplasmosis, rubella dan bacteria vaginosis boleh menyebabkan namun ainya jarang berlaku. Hal ini kerana contohnya jangkitan rubella,agak sukar untuk menyebabkan keguguran kerana vaksin sudah diberikan di peringkat sekolah manakala risiko untuk toxoplasmosis ketika hamil pula adalah kurang dari 0.2%. Kajian menunjukkan 60% wanita sudah imun terhadap toxoplasma sebelum hamil lagi.
  • Sekiranya anda risau keguguran berpunca dari jangikan kuman,anda boleh mengesahkannya dengan melakukan ujian darah. Rawatan antibiotic akan disarankan oleh doctor.

8.      Persekitaran dan Gaya hidup yang tidak sihat.

  • kajian dijalankan mendapati Nikotin pada rokok yang disedut memasuki salur darah dan menembusi uri sekali gus mengganggu pertumbuhan janin. Statistik mendapati perokok mempunyai risiko 2 kali ganda lebih tinggi untuk berlaku keguguran. selain itu, pengambilan alcohol yang berlebihan juga mengundang kea rah berlakunya keguguran.
  • Namun begitu, wanita yang bekerja di lading, bilik operasi, pejabat dan klinik pergigian serta makmal mempunyai kadar keguguran yang lebih tinggi dari biasa disebabkan punca-punca yang tidak diketahui.
  • Oleh itu,elakkan tabiat yang boleh merosakkan tubuh badan kita sebelum anda merancang untuk hamil bagi memastikan bayi yang dikandung dalam keadaan sihat.

Sekiranya anda merasakan anda di dalam golongan berisiko akan mengalami keguguran, anda boleh merujuk kepada doctor anda. Selain itu anda juga boleh mencuba SET KESUBURAN Shaklee di mana membantu memulihkan kesihatan dan meningkatkan tahap kesuburan anda.

kolohuhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.