7 Makanan Penyebab Kolestrol Tinggi Dalam Darah

Apabila meneliti makanan penyebab kolestrol tinggi, amat terkejut apabila makanan tersebut rata-rata adalah makanan yang paling mudah didapati. Maka tidak hairanlah anggaran 300,000 pesakit didaftarkan di IJN (Institut Jantung Negara) pada tahun 2016, separuh daripada rakyat Malaysia mempunyai tahap kolestrol yang tinggi dan Malaysia   mempunyai bilangan penduduk paling ramai yang OBESITI.

7 Makanan Penyebab Kolestrol Tinggi Dalam Darah

Kolestrol pada tahap normal merupakan sahabat kepada tubuh di mana ia membantu fungsi hormon yang baik. Makanan yang tinggi dengan lemak trans dan lemak tepu menyebabkan risiko kolestrol tinggi dalam darah.

Kolestrol terbentuk secara perlahan-lahan dan sekiranya anda mula mengamali tanda-tanda, awasi pemakanan anda. Kolestrol tinggi menyebabkan risiko serangan jantung dan ianya boleh berlaku tanpa anda sedari. Ketahui 7 makanan yang perlu anda elakkan bagi mengurangkan risiko kolestrol tinggi dalam darah.

Makanan Penyebab Kolestrol #1. Kuning Telur

  • Keperluan orang dewasa adalah 300 mg kolestrol dalam sehari. Sebiji telur mengandungi lebih kurang 183mg kolestrol.
  • Ada kajian menunjukkan kolestrol pada kuning telur tidak merbahya. Namun begitu, perlu juga berwaspada dan tidak mengambilnya secara berlebihan. Cukup sekadar 1-2 biji sehari.

Makanan Penyebab Kolestrol #2. Hati

  • Hati merupakan tempat pemprosesan dan penyimpanan kolestrol. Setiap 100 gram hat mengandungi 564mg kolestrol
  • Walaupun hati kaya dengan zat besi, pengambilan hati yg berlebihan boleh  meningkatkn kandungan kolestrol darah.

Makanan Penyebab Kolestrol #3. Daging Merah

  • Kolestrol yang terdapat pada daging merah seperti lembu, kambing, biri-biri didapati lebih banyak daripada lemak tepu.
  • Pengambilan daging disarankan hanya sebesar 2 kotak mancis sehari.
  • Daging merah juga mampu meningkatkan risiko penyakit jantung.
  • Untuk sumber protein yang baik, boleh diganti dengan kekacang, ikan salmon dan daging ayam (tidak digoreng)

Makanan Penyebab Kolestrol #4. Kentang Goreng

  • Kajian oleh Harvad School Of Public Health menunjukkan bahawa kentang goreng (komersial) menyumbang kepada peningkatan tahap kolestrol kerana mengandungi minyak sayur yang terhidrogenasi dan kandungan lemak trans yang tinggi.
  • Elakkan kentang goreng di restoran makanan segara kerana ia tidalk berkhasiat, berkalori tinggi dan mampu menyebabkan berat badan bertambah.
  • Pelbagai lagi kandungan lain pada kentang goreng yang menyebabkan pelbagai masalah kesihatan dan tidak memberi manfaat kepada tubuh

Makanan Penyebab Kolestrol #5. Ayam Goreng

  • Ayam merupakan daging putih dan mempunyai kandungan lemak tepu yang rendah. Ia selamat dimakan tetapi tidak baik untuk kesihatan apabila digoreng.
  • Apabila digoreng, minyak akan meresap masuk dan air dalam daging ayam akan hilang. Lemak akan mula terserap dan menjadikan kalori bertambah.
  • Minyak masak yang digunakan semasa menggoreng ayam mengandungi lemak trans yang tinggi dan sebaiknya tidak digunakan berulang kali
  • Makanan yang bergoreng boleh menyebabkan pengumpulan lemak pada salur darah dan tidak bagus untuk kesihatan

Makanan Penyebab Kolestrol #6. Makanan Laut

  • Makanan laut seperti kerang, udang, tiram, dan ketam mempunyai kadar kolestrol yang tinggi.
  • Bagi mereka yang mempunyai tahap kolestrol yang tinggi, disarankan lebihkan pengambilan sayur, sup dan daging putih.

Makanan Penyebab Kolestrol #7.Aiskrim

  • Menurut kajian, setiap 100 gram asikrim mengandungi 47mg kolestrol.
  • Semangkuk aiskrim memiliki kadar lemak dan kolestrol yang tinggi dengan 4.5 gram lemak tepu.

Kini separuh dari bilangan rakyat Malaysia menghidap masalah kolestrol tinggi. Gaya hidup, Tabiat pemakanan yang tidak terjaga bertahun-tahun lamanya boleh menyebabkan salur darah tersumbat dan membawa kepada risiko penyakit jantung.

Pengambilan Omega-3, fitosterol, sterols dan strenols mampu menghalang dan merendahkan kadar kolestrol dalam darah.

Di Shaklee terdapat produk yang sangat membantu merendahkan serta mengawal tahap kolestrol dalam badan secara semulajadi. Dengan mengamalkan Set Kolestrol setiap hari, insyaAllah tahap kolesterol dapat diturunkan dan mengurangkan risiko plak berkumpul di saluran darah.

Ingin Tahu Lebih Lanjut Mengenai Set Kolestrol Shaklee?

Klik Butang Di Bawah

Shaklee Independen Distributor

SMS / WhatsApp :  +6017-6258658

Email : maziahjamaludin@gmail.com

Fanpage : Vitamin Sihat

Facebook : Maziah Jamaludin

Klik Sini Untuk Order

2 comments for “7 Makanan Penyebab Kolestrol Tinggi Dalam Darah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.