Ejakulasi pra matang?
Sperma sedikit dan tidak aktif?
Mati pucuk?
Ya, itu adalah sebahagian sahaja dari masalah ketidaksuburan kaum lelaki.Tahukah anda,masalah ketidaksuburan kini semakin hari semakin meningkat terutamanya kepada negara-negara maju. Dimanakah silapnya? Ternyata segalanya bermula dari pemakanan, bukan sahaja semasa merancang untuk mendapatkan zuriat malah budaya pemakanan kita seharian sejak bertahun-tahun lamanya. Adakah makanan itu bagus untuk kesihatan atau tidak bagus sehingga menjejaskan tahap kesuburan lelaki?
Jenis-jenis Makanan Yang Terbaik Untuk Meningkatkan Kesuburan Lelaki.
1. Makanan yang kaya dengan Omega 3
Omega 3 membantu menjaga kesihatan saluran dan pembuluh darah sekaligus membantu aliran darah penis dan testis. Sumber omega 3 ini boleh didapati dari minyak ikan seperti ikan salmon, ikan mackerel, dan beberapa jenis kekacang.
2. Makanan Kaya Dengan Vitamin C.
Kajian menyatakan bahawa vitaminC mencegah sperma dari bergumpal (aggultinisation). Pengambilan buah-buahan yang masak ranum dan sayur-sayuran segar yang kaya dengan vitamin C setiap hari mampu mennigkatkan tahap kesuburan lelaki. Antara buah yang mengandungi tinggi vitamin C antaranya tembikai, kiwi, limau, mangga, betik dan nenas manakala sayuran pula anda boleh mendapatkan sumber vitamin C dari brokoli, tomato, bunga kobis lada benggala dan sebagainya.
3.Makanan Kaya dengan Anti Oksida
Anti oksidan bertujuan melindungi sel daripada rosak dan sperma amat sensetif terhadap radikal bebas.Selain vitamin C, vitamin E dan vitamin A merupakan anti oksidan yang sangat baik untuk meningkatkan kesuburan. Ia boleh diperolehi dari buah-buaha seperti avocado, kekacang, mangga, dan sebagainya.
4.Makanan Kaya dengan Arganine
Sperma mengandungi banyak asid amino arganine. Arganine penting untuk peredarah darah, meningkatkan kemampuan untuk ereksi dan jangka hayat sperma.Antara makanan yang tinggi arganine ialah tembikai, jagung, makanan berprotein tinggi seperti kekacang dan bijirin, sumber tenusu, daging ayam dan lembu, udang serta makanan laut.
5.Makanan Kaya dengan Zinc
Berdasarkan kajian, ia menunjukkan bahawa zinc sangat penting dalam penghasilan sperma yang banyak dan berkualiti. Hal ini diukur dengan kehadiran air mani yang banyak dan tinggi anti oksida untuk melindungi sperma.Pengambilan zinc sekurang-kurangnya 40 mg dalam masa terdekat mampu member kesan terhadap kualiti sperma untuk jangka masa panjang. Zinc boleh didapati dari sumber makanan seperti biji labu, coklat, daging lembu, hati, kerang-kerangan dan sebagainya.
6 . Makanan Untuk Meningkatkan Hormon Testosteron.
Hormon pembiakan lelaki (Testosteron) adalah sangat penting untuk kesihatan sperma.Contoh makanan seperti yang sebut di atas sudah memadai untuk meningkatkan penghasilan testosterone terutramaya dari sumber zinc, vitamin B6 dan vitamin A. . Kajian terhadap haiwan juga menungjukkan halia mampu meningkatkan tahap hormone testosterone. Secara umumya, diet yang tinggi dengan protein, lemak yang baik serta rendah karbohidrat juga mampu meningkatkan tahap testosterone.
7.Makanan yang Mengehadkan hormone estrogen.
Kebiasaannya diketahui umum bahawa estrogen merupakan hormone bagi wanita. Namun begitu, secara alami, tubuh lelaki juga mengandungi sedikit estrogen untuk beberapa fungsi tubuuh yang lain. Seiring peningkatan usia, tahap estrogen dalam tubuh lelakai akan bertambah makan ia amat mempengaruhi kesuburan. Diet yang tinggi protein serta rendah karbohidrat seperti produk soya dan biji bijan membantu mengawal hormone estrogen.
Alhamdulillah kita sudah menyetahui 7 jenis makanan yang boleh membantu tuan-tuan atau sebagai garis panduan diet harian anda untuk kekal sihat dan cergas. Namun begitu, tuan-tuan harus juga hindari beberapa makannan yang bukan sahaja merosakkan sel malah ia juga sangat merbahaya untuk kesihatan tubuh antaranya arak,makanan ringan, makanan segera, biskut dan sebagainya.
Tingkatkan Kesuburan dan Kekalkan Kesihatan Secara Semulajadi
Sebenarnya, masalah masalah kesuburan ini ada penyelesaiannya dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang dan cara hidup yang sihat.
Sekiranya kita mengalami masalah kesuburan, segera mendapatkan nasihat doktor agar lebih cepat untuk anda mendapatkan rawatan dan berikhtiar.
Sekiranya anda merupakan perokok tegar, anda sudah boleh mengurangkan pengambilan rokok. Merokok mampu merosakkan sistem reproduksi dan kesuburan:
- Mengurangkan kualiti dan kuantiti sperma
- Menjadikan sperma kurang aktif
Selain itu, saya sangat manggalakkan (highly recommended) untuk anda mengambil supplement seperti di bawah bagi meningkatkan tahap kesuburan lelaki:
CoQ-Trol, Vitamin E Dan Vitalea Bantu Tingkatkan Kesuburan Anda!
Vitamin Kesuburan Lelaki #1. CoQ-Trol Plus
Semakin berusia, penghasilan CoQ10 dalam tubuh akan menjadi semakin perlahan. Oleh itu, tubuh akan efektif untuk melindungi sel sperma dari rosak akibat serangan radikal bebas.
Hal ini akan menurunkan kuantiti, kualiti serta mobiliti sperma sekaligus menurunkan tahap kesuburan.
- Meningkatkan pergerakan sperma dan kualiti sperma.
- Pengambilan supplemen Vitamin E untuk walaupun hanya untuk beberapa bulan boleh melihat peningkatan sehingga sebanyak 10% dalam masalah kesuburan lelaki
- Terdapat kajian yang melibatkan 690 lelaki tidak subur yang menerima tambahan selenium dan vitamin e untuk sekurang-kurangnya 100 hari.Hasil kajian mendapati :52% – Meningkatkan mobiliti sperma dan morfologi
37% – Kehamilan secara spontan -ini berlaku kepada isteri mereka
11% – tiada keputusan – kemungkinan mereka mempunyai masalah lain.
Vitamin Kesuburan Lelaki #2. Vitalea Iron Formula
- Vitalea merupakan multivitamin yang membekalkan 12 vitamin dan 7 galian yang diperlukan oleh tubuh.
- Vitalea mengandungi zinc yang sangat penting untuk pengeluaran sperma dan memberi kekuatan kepada sperma.
- Kekurangan zinc menyebabkan penurunan hormon testosteron, pengecutan testis dan pengurangan sperma yang sihat.
Pesanan Ikhlas Dari Saya Buat Anda Yang Mengalami Masalah Kesuburan.
Anak merupakan anugerah dan sememangnya amat didambakan oleh pasangan yang berumahtangga. Namun begitu, ujian setiap orang adalah berbeza. Apa yang penting adalah sentiasa berdoa dan tidak berputus asa untuk berusaha.
Masalah kesuburan kini amat meruncing terutamanya kepada pasangan yang berkahwin di usia 30an. Kesuburan akan merudum secara drastik seiring dengan peningkatan usia. Apa yang boleh anda lakukan, amalkan pemakanan serta cara hidup yang sihat.
Buatlah keputusan yang tepat sekarang demi untuk kehidupan yang lebih sihat di kemudian hari!
Jadi tunggu apa lagi? Order sekarang. Hanya satu klik sahaja lagi.
Klik SINI untuk Panduan Mudah Cara Pembelian Secara Online
Untuk sebarang kemusykilan dan pertanyaan. Sila hubungi saya untuk konsultasi premium:
Kawasan COD : Putrajaya – Bangi – Desa Pinggiran Putra – Puchong – Kajang – Serdang
Call / sms / WhatsApp : +6017-6258658
Email : maziahjamaludin@gmail.com
Fanpage : Healthy Vita Garden
Facebook : Maziah Jamaludin
1 comment for “7 Jenis Makanan Meningkatkan Kesuburan Lelaki”