Waktu Solat Di Kawasan Anda

Alhamdulillah kini pengunjung setia Healthyvitagarden.com boleh menyemak waktu solat secara online bagi seluruh kawasan di semua negeri di Malaysia menggunakan aplikasi di bawah. Ia memaparkan 6 waktu iaitu solat Zohor, Asar, Maghrib, Isyak, waktu Imsak, solat Subuh dan waktu Syuruk yang diperolehi dari e-solat JAKIM.

KLIK UNTUK PILIH KAWASAN ANDA

 :: Semak 9 Kelebihan Orang Yang Mendirikan Solat ::

Selain mendapat kebaikan di dunia, seseorang yang mengejakan solat juga akan mendapat kebahagian diakhirat dan jika diteliti kepada beberapa hadis yang telah menyatakan kelebihan-kelebihan solat terhadap individu yang mengerjakannya. Usman r.a diceritakan sebagai berkata, “ Allah SWT menganugerahkan sembilan kurnia atas orang yang menjaga solatnya dan khusyuk dalam mengerjakannya pada waktu-waktu yang telah ditetapkan, iaitu:

1. Dicintai Allah SWT
2. Diberi nikmat kesihatan
3. Dinaungi malaikat
4. Rumahnya diberkati
5. Nur taqawa bercahaya pada wajahnya
6. Hatinya akan menjadi lembut
7. Melintas titi Siraq seperti kilat pantasnya
8. Diselamatkan dari api neraka
9. Jiran-jirannya di Syurga adalah mereka yang Allah telah tetapkan dalam firmannya yang mafhumnya: “mereka tidak merasa takut dan tidak gundah gulana”. (Al-Baqarah: 38)

doasolatsurahibrahim40

Selain itu juga, Rasulullah SAW bersabda, “Solat adalah tiang agama dan mempunyai sepuluh fadhilat, iaitu:
1. Daya penarik pada wajah
2. Teman di dalam kubur
3. Jalan turunnya rahmat Allah
4. Anak kunci ke syurga
5. Timbangan bagi neraca (amalan baik)
6. Jalan untuk mendapat keredhaan Allah
7. Harga bagi syurga
8. Naungan dari api neraka
9. Seseorang yang melengah-lengahkannya merosakkan islam

solat

Dan orang-orang yang berpegang teguh dengan Kitab Allah serta mendirikan sembahyang, sesungguhnya Kami tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki (keadaan hidupnya).
(Al-A’raaf :170)

Dengan menjalankan solat, kita boleh memperbaiki semula iman yang ada pada diri kita agar kita sentiasa bersemangat dan berkeyakinan sepanjang hari agar daya tumpuan kita tidak mudah goyah.

Ranking: 5