Tips-Tips Mudah Hamil Yang Anda Dan Pasangan Wajib Tahu

Di luar sana masih ramai menanti atau mengharapkan kehadiran cahaya mata bagi melengkapkan kehidupan mereka dalam berumahtangga. Tidak dinafikan bahawa dalam zaman moden dengan arus pembangunan yang kian pesat, tahap kesuburan semakin merosot. Jika dahulu apabila sesebuah rumahtangga masih belum dikurniakan zuriat, maka sang isteri dikatakan mandul atau tidak subur. Tetapi tahukah anda, 30% dari kaun lelaki mempunyai masalah kesuburan, sama peratusannya dengan kaum wanita. Oleh itu ikhtiar untuk hamil perlukan komitmen kedua belah pihak. Apakah tips-tips mudah hamil yang boleh diamalkan?

cara mudah hamil

Setelah 7 bulan berumahtangga akhirnya saya disahkan hamil namun kandungan pertama saya gugur di usia 8 minggu. Namun begitu saya redha dengan ketentuan kerana menyedari saya sendiri tidak berapa kuat  dengan beberapa masalah kesihatan. Penantian 7 bulan bagi saya tidak begitu lama berbanding kawan-kawan yang bertahun-tahun lamanya menanti cahaya mata. Alhamdulillah sebelum menyambut ulang tahun perkahwinan yang pertama, saya disahkan hamil semula. Antara tips-tips mudah hamil yang ingin saya kongsikan antaranya:

1.  Madu lebah asli
Praktikkan bersama- sama suami mengambil sarapan dengan madu lebah yang asli dan juga boleh di amalkan sebelum tidur. Madu sangat berkhasiat untuk tubuh badan dan bagus untuk kesuburan lelaki dengan meningkatkan kepekatan air mani suami bagi menghasilkan sperma yang berkualiti. Anda boleh dapatkan madu kampung yang betul-betul asli berbanding yang ada di pasaraya untuk jaminan khasiatnya. Saya mengamalkan madu sebab saya juga penghidap asthma. Boleh diamalkan dengan mencampurkan madu bersama jus delima dan rasanya sangat awesome!!

2. Kekacang dan serat
Makanan banyak makanan yang mengandungi kekacang seperti tempe, kacang panjang, kacang buncis, taugeh, kacang soya, badam dan sebagainye. Amalkan pemakanan ini setiap hari di dalam menu harian kita bersama suami/isteri. Selain baik untuk penghadaman, makanan seperti ini mampu memberi kesuburan kepada organ dalam tubuh kita.

3. Senaman
Ramai tidak menitikberatkan senaman dalam kehidupan mereka. Seharusnye senaman adalah perlu bagi mengimbangi hormone dan kesihatan tubuh badan. Amalkan senaman 30minit sehari , 3-4kali seminggu. Perlu di ingatkan, badan yang tidak cergas serta kolesterol yang tinggi akan menyukarkan proses kehamilan kerana sperma dan telur tidak dapat di hasilkan dengan baik.

4. Asid folic
Ambil lah pil asid folic seawal yang mungkin walaupun belum di sahkan hamil. Doktor juga sangat menggalakkan pengambilan awal pil Asid folic ini bagi pencegahan awal kecacatan awal bagi kandungan di dalam rahim. Asid Folic boleh didapti di farmasi atau kita boleh sahaja terus dapatkan dari klinik-klinik yang berhampiran,

5.Elak Tekanan
Kalau boleh kita hendaklah elak daripada berhadapan stress atau tekanan yang melampau. Ini kerana stress tidak akan membantu dalam mempercepatkan proses kehamilan. Sebaiknye tidak terlalu memikirkan tentang kehadiran cahaya mata kerana boleh mengganggu hubungan intim bersama pasangan. Lebih elok banyakkan berehat, relax dan dapatkan tidur yang cukup supaya kita berada dalam keadaan atau hari-hari yang sangat happy. Barulah hormon tubuh badan akan stabil.

6. Lakukan pada ovulasi
Pilih lah hari-hari yang menunjukkan kita subur untuk mengadakan hubungan intim dengan suami/isteri. Tidak ada guna nye jika kita melakukan hubungan intim bersama pasangan setiap hari jika kita tidak melakukan pada waktu subur si isteri. Dalam sebulan hanya SEKALI sahaja telur akan dilepaskan atau di senyawakan oleh wanita dalam tempoh ovulasi. Waktu subur ini senang untuk di hitung jika kitaran haid wanita adalah tetap setiap bulan. Misalnya kitaran haid sesoeang wanita adalah antara 28- 30 hari. Jika 28 hari hendaklah di tolak 14 hari kitaran haid, bermakna hari 12 -16 selepas haid adalah waktu ovulasi di lepaskan. Maka, hubungan intim boleh di lakukan pada hari tersebut. Sebaik- baiknya hubungan intim di lakukan 2 hari sebelum ovulasi atau pada hari ovulasi kerana telur hanya boleh hidup 24- 48 jam sahaja bila di lepaskan. Jika kitaran haid tidak menentu, cara yang terbaik adalah cuba alat ujian ovulasi atau Ovulation test. Lakukan test pada hari ke 14-16 lepas haid. Jika garis merah bermakna ovulasi telah berlaku. Antara cara lain untuk mengenal pasti waktu kesuburan adalah dengan menilai peningkatan suhu badan dan menilai lender rahim. Untuk lebih mudah,gunakan Ovulation Prediction Kit.

7. Jangan banyak bergerak
Selepas melakukan hubungan intim di galakkan supaya tidak banyak bergerak. Ini kerana mungkin sahaja proses persenyawaan sedang berlaku. Hendaklah rehat seketika dan tidak perlu tergesa- gesa bangun untuk membersihkannye. Dan jangan luruskan kaki buat sementara waktu untuk membenarkan sperma berenang lebih dalam lagi. Kita tidak tahu dalam jutaan sperma yang di keluarkan mungkin salah satu nye akan bercantum dengan telur yang di lepaskan.

8.Banyakkan Bersedekah
Kita di galakkan bersedekah dan menziarah bayi yang baru dilahirkan bagi mendapat keberkatan dari Allah. Selain bersedekah kepada bayi, si suami di haruskkan bersedekah pada setiap solat jumaat di Masjid-masjid, mudah- mudahan Allah memakbulkan permintaan kita. Tapi jangan lah kita mengaharapkan ape2 balasan jika kita bersedekah,sebaiknya ikhlas dalam setiap pemberian. Insyallah, dengan banyakkan bersedekah, rezeki kita akan bertambah dan mungkin Allah akan perkenankan doa kita untuk mendapatkan zuriat.

9. Doa
Sentiasa lah berdoa memohon di murahkan rezki mendapatkan cahaya mata. Jangan berputus asa kerana setiap masalah ade penyelesaiannye. Serahkan segala nya pada Yang Maha Esa..

Supplimet Yang Membantu Meningkatkan Kesuburan Suami Isteri

suburan

Set kesuburan Wanita

1. GLA complex

Membantu badan wanita untuk menghasilkan ‘cecair kesuburan’ yang berfungsi memberi ruang untuk sperma untuk terus hidup di dalam tiub fallopio sehingga 5 hari. Ia juga mengatur kitaran haid bagi memudahkan wanita mengetahui waktu ovulasi (subur) sekaligus meningkatkan lagi peluang untuk hamil.

2. Alfalfa Complex

Membantu dalam hal-hal kewanitaan. Membantu mengurangkan keputihan sekaligus merapatkan vagina.

3. B complex

Mengandungi asid folik yang amat diperlukan bagi wanita yang merancang untk hamil. Asid folik di awal kehamilan amat penting utnuk mengelakkan bayi dari mengalami spina bifida (sumbing tulang belakang).

4. ESP (Energizing Soy Protein)

Membantu untuk membaiki dan membentuk tisu rahim. Selain itu ESP juga membantu penghasilan sel ovum dan sel sperma yang berkualiti sekaligus meningkatkan kesuburan dan peluang untuk hamil.

Dapatkan UPT dan OPK Murah Beli

Set kesuburan Lelaki

1. Vitamin E Complex

Lebih dikenali sebagai “VITAMIN CINTA”.  Kebanyakan lelaki yang mengambil Vitamin E sekurang-kurangnya seminggu sekali akan mempunyai tenaga yang lebih dan menikmati hubungan suami isteri berbanding yang tidak mengamalkan vitamin E. Manakala bagi wanita pula, pengambilan vitamin E sekurang-kurangnya selama 3 bulan akan membantu meningkatkan “sexual desires” dan menikmati hubungan cinta dengan lebih baik.

2. Zinc Complex

Membantu dalam pembangunan organ-organ seks dan menguatkan sperma. Hal ini menghasilkan sperma lebih kuat dan berkualiti.

3. Coq health Shaklee

. Coqhealth Shaklee mempunyai fungsi antioksidan. Coq Health juga bertindak membekalkan tenaga kepada sperma. Keadaan ini meningkatkan pergerakan sperma. Sperma yang aktif meningkatkan kebarangkalian untuk bersenyawa dengan ovum.

TESTI DOC

Walau apapun, ini adalah sebahagian sahaja tips untuk memudahkan proses kehamilan. Ada banyak lagi tips atau petua yang masih boleh di kongsi bagi mendapatkan zuriat. Yang penting, tanamkan lah niat di hati untuk memiliki anak kerana ingin mewariskan agama kita kepada anak dan supaya anak kita menjadi penyambung dalam mensyiarkan agama islam. Insyallah, jika niat kita betul, pasti Allah akan makbulkan. Berusaha la, percaya dan tawakal okay.Chaiyok chaiyokk!!.

kolohuhu

order-sekarang

Klik SINI untuk Panduan Mudah Cara Pembelian Secara Online

Kawasan COD : Putrajaya – Bangi – Desa Pinggiran Putra – Puchong – Kajang – Serdang

Call / sms / WhatsApp :  +6017-6258658

Email : maziahjamaludin@gmail.com

Fanpage : Healthy Vita Garden

Facebook : Maziah Jamaludin

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge