Komplikasi ketika hamil ada kalanya tidak boleh dielak dan ia sering berlaku tanpa sebarang amaaran. Oleh itu anda seharusnya menjalani pemeriksaan antenatal yang kerap.
Sebarang perubahan yang berlaku terhadap kehamilan harus segera dirujuk kepada doktor terutama komplikasi yang membahayakan seperti pendarahan faraj atau janin tidak bergerak.
Apakah Tnda-tanda Ibu Mengalami Komplikasi Hipertensi?
- Peningkatan tekanan darah secara tiba-tiba
- Peningkatan berat badan secara mendadak.
- Bengkak (sembab) di beberapa bahagian tubuh seeprti tangan , kaki dan mata.
- Peningkatan protein dalam air kencing
- Gangguan visual seperti penglihatan menjadi kabur.
- Loya dan muntah.
Sekiranya ibu segera di bawa ke hospital, ia akan memudahkan doktor membuat pemeriksaan dan memastikan jenis komplikasi sebelum memberikan rawatan lanjut yang mungkinmemaksa ibu tinggal di wad untuk beberapa ketika.
Jika kritkal, ibu mungkin sepanjang kehamilan perlu berada di wad untuk pengawasan doktor. Kelahiran awal mungkin perlu dilakukan sekiranya ia boleh mengancam nyawa ibu dan bayi di dalam kandungan.
Hipertensi atau peningkatan tekanan darah secara tiba-tiba semasa hamil adalah salah satu komplikasi yang memerlukan pengawasan rapi di hospital.
Ibu yang disahkan mengalami hipertensi semasa hamil perlu memastikan kehamilannya sentiasa mendapat pengawasan doktor. Hal ini kerana sebaik sahaja seseorang ibu disahkan hamil,apatah lagi ibu-ibu yang berisiko seperti ibu yang menghidap kencing manis, pastikan anda mula membuat temujanji pemeriksaan anternatal dengan pihak hospital mengikut jadua yang ditetapkan.
Sentiasa membawa buku rekod ibu hamil (kad anternatal) pada bila-bila masa bagi memudahkan anda doktor untuk mengetahui perkembangan kehamilan anda sekiranya berlaku sesuatu perubahan pada kehamilan anda pada waktu yang tak diduga.
Hipertensi boleh membahayakan nyawa ibu. Antara risikonya termasuklah sawan atau dikenali sebawai praeklampsia, strok, pengumpulan cecair berlebihan di paru-paru, menjejaskan fungsi buah pinggang dan hati, pemisahan awal uri dari dinding rahim, dan jika hipertensi kronik, ia boleh menyebabkan fungsi jantung tidak terkawal dan gagak berfungsi.
Risiko kepada bayi, ia muungkin menyebabkan bayi gagal membesar dengan sempurna dan kecenderungan bayi mati dalam rahim atau sebaik sahaja dilahirkan.
Sekiranya ibu-ibu disahkan mengalami hypertensi, anda digalakkan unutk berehat secukupnya. Jika bekerja, jangan lakukan kerja yang berat dan berterusan utnuk memastikan tekanan darah anda stabil.
Kawasan COD : Putrajaya – Desa Pinggiran Putra – Puchong – Kajang – Serdang
Call / sms / WhatsApp : +6017-6258658
Email : maziahjamaludin@gmail.com
Fanpage : Healthy Vita Garden
Facebook : Maziah Jamaludin