Tips Mudah Atasi Masalah Anemia Semasa Hamil.

Anemia  merupakan risiko yang sering dihidapi oleh ibu hamil. Anemia berlaku apabila tubuh kekurangan zat besi,vitamin B12 dan folat  kerana ibu menampung keperluan bayi dalam kandungan. Apabila usia kandungan bertambah, isipadu darah juga akan semakin bertambah.Periksa bacaan  heamoglobin (HB) anda. Anda mengalami anemia sekiranya HB kurang dari bacaan 11 g/dL semasa trimester pertama, 10.5 g/dL semasa trimester kedua dan kurang dari 10 g/dL pada trimester ketiga.

Punca Anemia Kepada Ibu Hamil

Punca Anemia No. 1 : Kekurangan zat besi

Tahukah anda, 75-95% ibu hamil mengalami anemia disebabkan oleh kekurangan zat besi. Oleh itu, ibu hamil sangat disarankan untuk mengambil makanan yang tinggi zat besi dan tinggi vitamin C untuk fungsi penyerapan yang optimum.

Punca Anemia No.2 : Kekurangan Asid folik dan Vitamin B12.

Kekurangan asid folik dan vitamin B12 jarang ditemui berbanding anemia yang disebabkan oleh kekurangan zat besi. Namun begitu, kekurangan asid folik tidak boleh dipandang ringan kerana boleh menyebabkan masalah kecacatan saraf tunjang (neural tube defect) kepada bayi.

Punca Anemia No. 3 : Anemia kerana jangkitan (infeksi)

Anemia juga boleh disebabkan oleh jangkitan (infeksi) seperti TB, hepatitis, HIV, malaria dan kecacingan. Sekiranya ibu mempunyai sejarah dedahan terhadap infeksi, jalankan pemeriksaan selanjutnya untuk kepentingan ibu dan bayi.

Punca Anemia No. 4 : Anemia kerana pembawa Thallesimia.

Pembawa thallesimia biasanya tidak menunjukkan gejala atau simptom yang serius. Namun begitu, bacaan Hb bagi ibu hamil pembawa thallesimia biasanya lebih rendah dari biasa. Hal ini kerana pembawa thallesimia juga mempunya masalah di mana darah mereka tidak dapat mengangkut oksigen dengan efisyen.

Simptom dan Gejala Ibu Hamil Anemia

Selain kesan kepada bayi dalam kandungan, anemia akan menyebabkan ibu mengalami beberapa simptom seperti:

  • Cepat letih
  • Tidak bermaya
  • Gelisah,
  • Pucat pada hujung jari, lidah, muka dan kelopak mata.
  • Berasa mual terutama selepas bangun dari tidur
  • Kerap sakit kepala kerana oksigen kurang ke otak
  • Sering mengah dan mudah sesak nafas
  • Denyutan jantung tidak teratur kerana apabila kekurangan oksigen
  • Berdebar-debar
  • denyutan jantung akan meningkat
  • Rambut mudah gugur
  • Imunisasi atau daya tahan tubuh melawan penyakit berkurang.

Sekiranya ibu-ibu mengalami masalah seperti di atas, pastinya ia akan mempengaruhi juga kesihatan kandungan anda.

Di sini saya kongsikan pengalaman Puan Aya Chalo yang mengalami masalah anemia setiap kali hamil sehingga terpaksa di tahan wad. Sehinggalah suatu masa dia berjumpa penyelesaian kepada masalah anemia semasa hamil yang dihadapi. Jom tonton video ekslusif ini..

Anemia sebenarnya bukanlah penyakit dan ia boleh diatasi terutamanya anemia yang disebabkan oleh kekurangan zat besi serta vitamin. Penjagaan pemakanan dan pengambilan makanan bernutrisi tinggi sangat membantu ibu-ibu mengatasi masalah anemia semasa hamil antaranya:

Zat Besi : sayuran hijau , buah yang dikeringkan, daging merah, kekacang.

Asid folik : pasta, bijirin, sayuran hijau gelap, pisang, tomato, brokoli, asparagus.

Vitamin B12 : produk tenusu, telur dan daging

Vitamin C : Antara sumbernya terdiri dari buah sitrus, buah kiwi, nenas, asparagus, taugeh.

Ada segelintir golongan ibu yang memandang remeh mengenai masalah HB rendah dan tidak mengambil tahu mengenai risiko yang bakal dihadapi. Pelbagai alasan diberikan untuk tidak mengambil makanan tambahan bagi mengatasi masalah ini.Tahukah anda anemia bukan sahaja membawa risiko kepada bayi dalam kandungan malah turut mengancam nyawa ibu!

Komplikasi anemia semasa hamil antaranya:

  • Keguguran
  • Pendarahan semasa kelahiran
  • Mudah berlaku jangkitan selepas melahirkan
  • Kemurungan selepas melahirkan
  • Kematian ibu semasa melahirkan (severe anemia <4 g/dL)

Komplikasi anemia terhadap bayi:

Kelahiran bayi pramatang antara risiko ibu anemia

Tips Atasi Masalah Anemia Semasa Hamil

Elakkan pengambilan kafein semasa hamil seperti teh dan kopi. Kafein menghalang penyerapan nutrisi terutamanya asid folik, zat besi dan vitamin B12 yang sangat diperlukan untuk pembentukan hemoglobin.

Elakkan pengambilan makanan atau minuman yang mengandungi sumber kalsium SEMASA pengambilan makanan yang yang mengandungi zat besi. Kalsium menghalang penyerapan zat besi. Sebaiknya kalsium diambil sebelum tidur.

Bagi melengkapkan keperluan nutrisi anda ketika hamil dengan lebih mudah dan berkesan, vitamin 3 beradik ini sangat membantu mereka yang mengalami masalah anemia semasa hamil:

  • VitaLea iron Formula : Bekalan multivitamin dengan 28 mineral yang diperlukan tubuh, lengkap dengan sumber zat besi.
  • B complex : Sumber asid folik dan diperkaya dengan semua jenis vitamin B
  • Sustained Released Vitamin C : Sangat membantu penyerapan zat besi. Vit C merupakan nutrisi wajib kerana tubuh kita tidakdapat menghasilka vit C dengan sendiri.

Testimoni Set Anemia Ibu Hamil Shaklee

 

 

 

Atasi masalah anemia semasa hamil mampu meyelamatkan nyawa ibu dan anak. Jika anda ingin segera mengatasi masalah anemia,hubungi saya segera untuk mendapatkan khidmat nasihat secara ekslusif.Shaklee Independen Distributor

Kawasan COD : Putrajaya – Bangi – Desa Pinggiran Putra – Puchong – Kajang – Serdang

Call / sms / WhatsApp :  +6017-6258658

Email : maziahjamaludin@gmail.com

Fanpage : Healthy Vita Garden

Facebook : Maziah Jamaludin

3 comments for “Tips Mudah Atasi Masalah Anemia Semasa Hamil.

  1. f April, 2017 at 11:57 am

    Ade pngalamn anemia ni…mcm common skrg…kena ambil supplemnt yg ssuai…
    wan nurul Azima recently posted…Tips kurus selepas bersalin ceaserMy Profile

  2. f April, 2017 at 8:09 pm

    Saya pun ambil set ini utk atasi anemia
    Wan norasiah recently posted…Kanser Prostat: Rawatan Alternatif Yang Boleh MembantuMy Profile

  3. f April, 2017 at 11:01 pm

    bahaya anemia ni ye. kena atasi ni. tq info sgt berguna
    aizah recently posted…5 Langkah Penting Untuk Kulit Lebih Cantik Dan SihatMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge