Tips Mengurus Kalori Harian Agar Diet Anda Tidak Tersasar

Ramai orang berdiet dengan meninggalkan makanan untuk tujuan kurus. Walaubagaimanapun, kurus dengan cara ini adalah tidak selamat. Jadi, bagaimana kurus secara sihat dan selamat? Tahukah anda maksud DIET sebenarnya  adalah mengambil makanan dengn betul dari segi pengiraan kalori sesuai dengan keperluan anda. Namun begitu, agak sukar untuk mengetahui kandungan kalori setiap menu harian kita bukan? Di sini saya sertakan tips untuk mengira kalori menu bagi setiap menu yang diambil agar kita kekal dalam BMI yang ideal.

fast-food-1

Apa Itu Kalori?

Kalori adalah unit untuk mengukur tenaga.Badan perlukan kalori untuk menjana tenaga, tetapi sekiranya ia diambil (dimakan) secara berlebihan dan tidak dibakar, ia akan ditukar menjadi lemak dan disimpan dalam badan. Hal ini akan menyebabkan pertambahan berat badan sekaligus membahayakan kesihatan.

Macam mana saya hendak kira kalori dalam makanan?

Biasanya setiap produk yang dijual ada kiraan kalorinya di bahagian “Maklumat Pemakanan” dan kiraan juga boleh dibuat dengan mendarab berat dalam “gram” nutrisi berikut dengan nombor pekali yang disenaraikan.

label makanan

  • Karbohidrat: Didarab dengan 4 kalori setiap gram
  • Protein: Didarab dengan 4 setiap gram
  • Lemak: Didarab dengan 9 setiap gram.

Contoh: Satu hidangan Sos Cili yang mengandungi;

  • Karbohidrat-53g (53g X 2 = 106 Kalori)
  • Protein-1g (1g X 4 = 4 Kalori)
  • Gula (juga Karbohidrat)-16g (16g X4 = 64 Kalori)

Jadi satu tuangan Sos Cili bernilai 174 kalori!

Berapa kalori diperlukan oleh lelaki dan wanita dewasa dalam sehari?

  • Lelaki: 2000-2500 kalori
  • Wanita: 1600-2000 kalori

Apa akan berlaku jika saya makan lebih pada itu?

Setiap 8000 kalori yang tidak dibakar (terkumpul) akan menaikkan berat anda sebanyak 1kg. Jika berat anda naik sehingga 5 kilo, bayangkana berapa nayak kalori yang telah anda simpan. Perkara ini tidak tertakluk kepada ibu hamil ye.

Berapa kalori dalam makanan orang Malaysia?

Malaysia terkenal dengan masyarakat pelbagai kaum, seiring dengan kepelbagaian masakan dan menu yang mengharmonikan lagi rakyat Negara ini. Jom kita lihat nilai kalori bagi sebahagian makanan yang ada di Malaysia.

Sumber gambar dari : Google

kuih

lauk

rutin

fasfud

buah

air

Berdasarkan jaduaal di atas, berapa selalunya kalori yang kita ambil setiap hari? Renung-renungkan……..

kolesterol3

Apa yang akan berlaku sekiranya tabiat makan kita seperti di atas berlarutan selama setahun?

Jika lelaki bakar 2500 kalori tetapi makan 3043 kalori sehari maka mereka akan simpan 543 kalori setiap hari sebagai lemak. 543 X 365 hari = 198, 195 kalori setahun disimpan. Jadi dalam setahun berat akan meningkat sebanyak 24.77kg!! (198,195 / 8000).

shocked-face-665x385

Namun begitu, senarai ini bukanlah jumlah yang tetap, ia merupakan anggaran dan bergantung pada jenama sesuatu makanan tersebut. Anda boleh periksa di bungkusan makanan untuk mengetahui jumlah kalori bagi setiap hidangan. Kuantiti kalori dalam setiap bungkusan dinyatakan dalam bentuk TENAGA (kcal).

Kepada anda yang memang mempunyai ‘misi turun berat’ anda perlu teliti betul-betul jumlah kalori yang tercatit dalam bungkusan.Dalam anda berkira-kira kandungan kalori semestinya anda bimbang tubuh tidak cukup zat atau keperluan nutrisi terganggu. Jangan risau ketahui tips kurus dengan cara yang sihat dan selamat DI SINI bantu misi anda itu.

Artikel Menarik Untuk Dibaca:

Shaklee Independen Distributor

Kawasan COD : Putrajaya – Bangi – Desa Pinggiran Putra – Puchong – Kajang – Serdang

Call / sms / WhatsApp :  +6017-6258658

Email : maziahjamaludin@gmail.com

Fanpage : Healthy Vita Garden

Facebook : Maziah Jamaludin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge