Tips dan Jadual Mengepam Bagi Ibu Bekerja Untuk Elak Susu Merudum

Seperti yang kita sedia maklum, penghahsilan susu bergantung kepada demand. Semakin tinggi demand atau keperluan, semakin tinggi tahap supply atau penghasilan susu. Oleh itu, sangat penting untuk kita menjaga demand ini supaya susu tidak merudum terutamanya kepada ibu-ibu yang bekerja.

Jom Tonton Sedikit Perkongsian Seorang Jururawat,Puan Farah Wahida,Untuk Meningkatkan Penghasilan Susu Sehingga Sanggup……………

Pada masa sekarang kebanyakan ibu-ibu sudah mempunyai kesedaran dan dapat menyediakan stok susu untuk anak walaupun bekerja. Namun begitu, kepada ibu yang merupakan pengalaman pertama menyusukan anak, mungkin berlaku sedikit kecelaruan untuk menyusun jadual mengepam  susu. Kecelaruan ini sekaligus membawa kepada penyusutan hasil tuaian apabila ibu-ibu tidak dapat istiqomah dengan jadual mengepam mereka.  Ia mungkin nampak remeh tetapi kesannya sangat besar dan mengkin akan menyebabkan supply susu anda semakin hari semakin merudum. Oleh itu, apakah jadual mengepam yang boleh ibu-ibu cuba amalkan?

Jadual Mengepam Harian Semasa Bekerja

Dari masa nak mulakan ye? OK saya mulakan dengan bangun pagi. Sememangnya ibu menyusu ni waktu rehat dan tidurnya tidak menentu. Hal ini kerana, sekiranya  susu masih penuh dan anak kekenyangan, mahu atau tidak, ibu perlu mengepam bagi mengelak daripada bengkak susu yang mungkin menyebabkan risiko lain seperti matistis, bernanah, demam susu dan sebagainya. Saya menggunakan double electrick breastpump untuk proses mengepam yang lebih cepat, masa yang diperlukan hanya 30 minit. Masa itu emas!

z_asiperah_edit

Sesi 5.30 pagi

Kita boleh bangun sekitar 5.15 pagi, basuh muka, gosok gigi, minum air kosong secukupnya dn setup jentera menuai. Kemudian buka youtube, pasang zikir atau bacaan ayat Al-Quran. Kadang-kadang saya pasang juga nasyid cintan cintun bagi mood happy sikit pagi-pagi ni nak mengepam. Start pam susu 5.30 pagi sampai pukul 6 pagi. Ok, lepas tu kemas-kemas jentera menuai, labelkan  susu, simpan dalam chiller (dibiarkan seketika dalam suhu bilik) kemudian mandi. Azan subuh sekarang dalam 6.10 pagi dah boleh menunaikan kewajiban, kemudian bersiap untuk pergi kerja.

Sesi 9.00 pagi

Siapa-siapa yang masuk pejabat pukul 8.30 pagi, sesuai sangat la dengan jadual saya ni. Punch card pukul 8.30, terus je keluarkan pam untuk standby sesi pukul 9.00 pagi. Sarapan jangan skip ye ibu-ibu. Start pukul 9. 00 pagi sampai 9.30 pagi, sambil mengepam sambil makan sarapan dan jenguk email serta kerja-kerja lain. Kalau tiada freestyle, kita selit corong je pada nursing bra. Saya pun guna Lacte Duet breastpump. Sekarang dah ada freemie, lagi mudah. Selepas selesai sesi  mengepam, apa kata kita solat Dhuha dulu dan mohon dimurahkan lagi rezeki untuk menyusukan anak sehingga umur 2 tahun.

DOA TAMBAH SUSU

Sesi 12.00 tengah hari

Dalam 11.45 pagi siapkan jentera menuai dan mulakan mengepam pkul 12.00 tengah hari sehingga pkul 12.30 pm. Pukul 1.00 kita dan boleh pergi lunch dengan selesa, tidak perlu risau breast membengkak.

Sesi 3.00 Petang

Sesi ni dah rilex sikit. Dah masuk ofis lepas lunch, siap-siap solat Zohor sambil buat kerja ofis, 2.30 pm dah boleh sediakan breastpump untuk sesi 3.00 petang. Lepas siap sesi 3.00 petang, boleh la makan-makan biskut sambil siapkan kerja ofis. Makan je kan? Ibu mneyusu memang sentiasa lapar dan dahaga, setuju tak? Lepas tu boleh la masukkan susu dalam peti.

Azan Asar dalam 4.45 pm, dalam pukul 5 pm dah boleh ambil susu yang disimpan dalan chiller di ofis dan masukkan dalan cooler beg. 5.30 boleh pulang ke rumah dengan riang ria membawa hasil tuaian untuk anak tercinta. Pukul 6 petang sampai di rumah dan ambil anak di TASKA, boleh sambung bagi direct breastfeed.kepada bayi.

Sesi Malam

Opssss, anak dah kecanduan dan tidur dengan lena. Ibu boleh siap-siap untuk maghrib pula. Selesai maghrib, boleh masak-masak untuk makan malam. Lepas isyak, jika anak masih tidur, boleh mengepam untuk sesi seterusnya. Sesi malam boleh sahaja bila-bila dirasakan perlu terutamanya bila breast terasa penuh (sebaiknya jangan tunggu sehingga breast bengkak). Saya selalu pam dahulu sebelum tidur untuk tidur yang lebih selesa tanpa sakit akibat susu mula berkumpul.

Waktu tengah malam disarankan ibu-ibu memberi direct sahaja kepada bayi untuk stimulate penghasilan susu secara natural dan ia adalah cara terbaik untuk merangsang susu. Sambil beri susu kepada bayi, ibu boleh rehat-rehat dan membetulkan pinggang. Selain menjaga demand untuk memastikan supply susu tidak merudum, ibu-ibu juga disarankan agar istiqomah dengan 5 amalan penting penyusuan iaitu minum air masak dengan banyak, berdoa, makan dengan diet seimbang, emosi yang stabil dan pam dengan kerap.

tips

Ok, sesi mengepam disambung pada keesokkannya dengan jadual yang sama. Di sini, ingin saya tekankan bahawa penyusuan bayi memerlukan komitment bukan sahaja ibu malah juga kaum bapa bagi memastikan si ibu kekal cihat dan cergas. Sesekali hargai isteri anda dengan Set Penyusuan, pasti isteri terasa sangat dihargai. happy brastfeeding!

Namun begitu, kita haruslah bersyukur kerana susu ibu merupakan rezeki buat anak yang dikurniakan oleh Allah. Berada dalam persekitaran yang positif menjadikan kita sentiasa positif dan ia amat baik untuk merangsang penghasilan susu ibu.

Artikel Menarik Untuk Dibaca:

 

Shaklee Independen Distributor

Kawasan COD : Putrajaya – Bangi – Desa Pinggiran Putra – Puchong – Kajang – Serdang

Call / sms / WhatsApp :  +6017-6258658

Email : maziahjamaludin@gmail.com

Fanpage : Healthy Vita Garden

Facebook : Maziah Jamaludin

2 comments for “Tips dan Jadual Mengepam Bagi Ibu Bekerja Untuk Elak Susu Merudum

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.