Tips Atasi Sembelit Teruk Selepas Bersalin

Sembelit selepas bersalin adalah perkara yang sangat digeruni oleh ibu-ibu.  Ada yang masih fobia selepas bersalin, risau jahitan pula yang terbuka. Lebih seram lagi bila ibu-ibu pernah melalui saat sembelit teruk selepas melahirkan. Sebenarnya, sembelit selepas bersalin boleh dirawat dengan ubat dan pemakanan serta penjagaan diri yang baik. Namun, adakah sejarah mungkin berulang?

Pengalaman Buasir Selepas Melahirkan

Fobia? Ya, saya sangat fobia sembelit semasa berpantang. Mana nak jaga jahitan lagi, saya jadi takut nak buang air besar. Sampai satu tahap hampir seminggu saya tidak membuang dan perut jadi sebu. Rupa-rupanya saya mengalami sembelit teruk.

Lebih 3 jam saya bertapa di dalam toilet, terlalu sakit dengan jahitan masih belum sembuh. Saya menangis kerana risau perineum koyak semula, bayi pula baru berusia 3 minggu terpaksa menyusu dalam toilet.

Suami berulang-alik ke farmasi mencari ubat lembutkan najis tetapi tidak berhasil.Sebelum tu, hospital ada membekalkan ubat minum, “LACTUL” untuk mengurangkan risiko sembelit tetapi kurang berkesan bagi saya.

Kaki sangat lenguh dan badan pun penat, saya keluar dari toilet tetapi masalah masih belum selesai. Keluar toilet untuk merehatkan badan tetapi perut masih sakit namun najis belum juga keluar. Saya betul-betul fobia.

Mengapa Berlakunya Sembelit Selepas Bersalin?

Tidak membuang air besar atau mengalami kostipasi 2-3 hari selepas bersalin adalah normal.Hal ini mungkin disebabkan ibu tidak selesa dengan tandas hospital atau masih risau jahitan episotomi mereka terbuka. Kebiasaannya 20% ibu-ibu yang bersalin mengalami masalah sembelit.

Antara punca sembelit selepas bersalin adalah:

  • Jumlah hormon progesteron yang tinggi semasa hamil menyebabkan masalah sembelit.
  • Selepas bersalin, sistem pencernaan berfungsi lebih perlahan dari biasa.
  • Ubat untuk mengurangkan sakit semasa bersalin seperti petidina boleh menyebabkan usus menjadi lemah dan fungsinya kurang efisyen.

Kesukaran membuang air besar menjadi lebih teruk apabila:

  • Ibu mengalami koyakan perineum yang teruk semasa proses bersalin
  • Ibu melahirkan anak dengan bantuan forseps atau ventouse
  • Pengambilan pil zat besi boleh menyebabkan sembelit.

7 Tips Atasi Masalah Sembelit Selepas Bersalin

Di sini saya ingin kongsikan 7 tips yang membantu ibu-ibu untuk mengelak risiko sembelit selepas bersalin.Antaranya ialah:

  1. Kerap Minum Air Suam. Cecair membantu melembutkan najis dan mudah untuk dilepaskan. Menyusukan bayi menjadikan ibu sangat dahaga. Ambil air suam sedikit demi sedikit tetapi kerap untuk mengelakkan hidrasi dan masalah sembelit.
  2. Ambil makanan yang tinggi serat. Makanan yang tinggi serat membantu melawaskan penghadaman terutamanya buah-buahan.
  3. Banyak Bergerak. Duduk atau baring terlalu lama menyebabkan sembelit menjadi semakin teruk. Bangun dari katil, berjalan dalam jarak yang dekat tetapi kerap.
  4. Jangan Tahan. Sekiranya anda terasa ingin membuang air besar, jangan ditahan, Teruskan sahaja ke toilet. Sekiranya fobia, alihkan perhatian anda dengan fokus kepada perkara lain seperti membaca dan menonton.
  5. Posisi Seperti Mencangkung. Semasa membuang air besar, elakkan mencangkung. Duduk sepenuhnya kerana badan masih belum stabil. Angkat lutut sedikit tinggi dari bontot, dalam masa yang sama pegang lutut dengan tangan. Sebaiknya letak kerusi di tempat letak kaki agar posisi duduk seperti mencangkung kerasa posisi ini sangat baik untuk pergerakan usus.
  6. Pengambilan Julap. Pengambilan ubat julap perlu mendapat nasihat daripada doktor kerana tidak semua ubat julap sesuai dengan keadaan ibu. Pengambilan ubat julap berterusan tidak baik untuk kesihatan usus.
  7. Pengambilan magnesium mencukupi. Pengambilan suppliment kalsium-magnesium sangat membantu melawaskan sistem penghadaman.

Bagaimana Suppliment Shaklee Membantu Masalah Sembelit Selepas Bersalin.

Ramai yang menganggap kalsium hanya untuk kesihatan gigi dan tulang. Tahukah anda, kalsium juga sangat diperlukan di dalam darah di mana kekurangan paras kalsium di dalam darah semasa haid boleh menyebabkan susu ibu merudum.

Magnesium pula membantu meningkatkan kandungan air di dalam usus, membantu proses peristalsis (pergerakan macam ombak di dalam usus). Peristalsis juga yang menolak makanan ke dalam perut.

Set Bersalin Shaklee lengkap dengan keperluan nutrisi ibu selepas bersalin dalam masa yang sama sangat membantu mengatasi masalah sembelit. Antara produk Shaklee yang membantu masalah sembelit adalah:

  1. Ostematrix

  • Sumber kalisum semulajadi yang mudah diserap
  • Tinggi kandungan magnesium mengurangkan risiko sembelit.
  • Lengkap dengan vitamin D meningkatkan penyerapan kalsium.

2. Alfalfa Complex

  • Tinggi dengan serat membantu mencuci hati, darah dan usus.
  • Membantu masalah saluran pencernaan.
  • Kaya dengan mineral penting yang diperlukan oleh tubuhh manuuusia berbanding tumbuhan lain.
  • Terkenal sebagai jamu moden, bagus untuk ibu berpantang.

3. ESP – Energizing Soy Protein

  • ESP merupakan minuman protein yang mengandungi kalsium membantu mengurangkan risiko sembelit .
  • Mengandungi 9 asid amino penting yang diperlukan oleh tubuh.
  • Sumber protein terbaik.

Testimoni Pengguna Yang Mengamalkan Supliment Shaklee Untuk Masalah Sembelit.

Testimoni Sembelit Selepas Bersalin #1

Testimoni Sembelit Selepas Bersalin #2

Testimoni Sembelit Selepas Bersalin #3

Testimoni Sembelit Selepas Bersalin #4

Benarkah Membuang Air Besar Selepas Bersalin Menyakitkan?

Kebiasaanya membuang air besar selepas bersalin tidak menyakitkan. Hal ini kerana saraf di bahagian dalam dan sekeliling vagina menjadi longgar akibat proses kelahiran dan menyebabkan bahagian diantara perineum dan anus berasa sedikit kebas. Oleh itu, ibu tidak akan berasa begitu menyakitkan apabila hendak membuang air besar buat kali pertama selepas bersalin.

Apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila ibu berasa takut untuk membuang air besar. Perkara ini menyebabkan ibu memaksa untuk mengetatkan otot, di mana sepatutnya otot tersebut mengendur memudahkan proses membuang. Apa yang boleh ibu lakukan adalah dengan mengalih perhatian dan fokus kepada perkara lain.

Tahukah anda? Menggerakkan usus tidak menyebabkan jahitan perineum rosak atau terkoyak.

Sebaliknya, tidak membuang air besar kerana sembelit lebih memudaratkan kesihatan si ibu kerana ia boleh menyebabkan lantai pelvis menjadi longgar.

Jangan biarkan ketakutan SEMBELIT menguasai diri anda. BURUK akibatnya. Pililihan di tangan anda. Segeralah bertindak demi keselesaan anda menghadapi hari-hari berpantang bersama Si Comel dengan penuh bahagia dan CERIA.
Sekiranya ada sebarang pertanyaan ataupun anda inginkan vitamin semulajadi Shaklee, anda boleh terus hubungi saya seperti dibawah 🙂

Jadi tunggu apa lagi? Order sekarang. Hanya satu klik sahaja lagi.

order-sekarang

Klik SINI untuk Panduan Mudah Cara Pembelian Secara Online

kambingUntuk sebarang kemusykilan dan pertanyaan. Sila hubungi saya untuk konsultasi premium: 

Shaklee Independen Distributor

Kawasan COD : Putrajaya – Bangi – Desa Pinggiran Putra – Puchong – Kajang – Serdang

Call / sms / WhatsApp :  +6017-6258658

Email : maziahjamaludin@gmail.com

Fanpage : Healthy Vita Garden

Facebook : Maziah Jamaludin

 

1 comment for “Tips Atasi Sembelit Teruk Selepas Bersalin

  1. f November, 2017 at 8:28 am

    Memang takut kan sembelit ni. Tq info puan.
    Masita Hassan recently posted…7 Tanda Toksin Berlebihan Dalam Tubuh Serta Cadangan DetoxMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge