Tanda-Tanda Dan Cara Mengatasi Masalah Gastrik

Masalah gastrik secara umumnya terbahagi kepada 2 iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapisi dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk daripada gastritis). Untuk membezakan kedua-dua jenis gastrik ini ialah apabila seseorang mengalami sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak di dalam perut (keasidan tinggi) manakala apabila seseorang mengadu sakit perut selepas makan maka ia mungkin menunjukkan masalah ulser perut atau lapisan mukosa sudah menipis atau lemah.

gastrik

Asid hidroklorik dihasilkan secara semulajadi oleh sel perut dengan pH1 hingga pH2 berfungsi untuk mencernakan makanan. Tahap keasidan ini adalah yang paling tinggi dan mampu menghakis sekiranya terkena kulit. Namun begitu, perut dilindungi oleh mukosa sebagai lapisan pelindung daripada kesan asid hidroklorik ini.

Gastrik berlaku apabila kandungan asid hidroklorik di dalam perut tidak stabil semasa proses pencernaan. Rembesan asid hidroklorik yang tinggi akan melemahkan lapisan pelindung atau mukosa. Sekiranya ini berlaku, ia akan menyebabkan ulser di mana kesan asid hidroklorik akan sampai kepada sel dan menyebabkan keradangan.

Apakah Tanda-tanda Gastrik?

Dalam arus pemodenan sekarang, ramai yang sudah tidak peduli atau tidak sempat untuk ambil peduli dengan cara hidup sihat. Dengan cara pemakanan, rutin harian, tekanan persekitaran dan faktor-faktor lain serba sedikit mengundang pelbagai penyakit dan salah satunya adalah penyakit gastrik. Antara tanda-tanda penyakit gastrik adalah:

SIMPTOM GASTRIK

  • Sakit pada bahagian atas perut atau abdomen
  • Rasa senak, berangin dan pedih ulu hati
  • Kerap kentut dan sendawa selepas makan, kembung
  • Rasa loya dan muntah
  • Hilang selera makan.
  • Penurunan berat badan (pada peringkat gastrik yang teruk)

Pada tahap gastrik yang teruk, ulset perut akan menyebabkan berlakunya pendarahan dan boleh dikesan melalui 2 tanda iaitu:

  • Muntah yang pekat mwngandungi darah atau warna gelap seperti kopi
  • Najis menjadi hitam dan gelap seperti tar.

Siapa Yang Berisiko Menghidap gastrik?

Penyakit gastrik menyerang tanpa mengira usia dan jantina. Secara umumnya kaum lelaki lebih mudah menghidap gastrik berbanding kaum wanita dengan perbandingan 1.5 hingga 2 kali ganda ramainya.Kebiasaanya ia disebabkan oleh faktor risiko dan gaya hidup seperti:

  • Pengambilan ubat tahan sakit seterpi ubat sakit jantung untuk mencairkan darah.
  • Merokok
  • Pengambilan minuman beralkohol
  • Jangkitan bakteria Helikobakter pilori (H pilori)
  • Pengambilan ubat tradisional yang telah dicampur dengan steroid.
  • Tekanan emosi atau stress.
  • Makanan yang pedas dan masam
  • Makanan bergoreng dan terlalu berminyak
  • Minuman berkafein seperti teh dan kopi

Cegah Gastrik Dengan Mengubah Gaya Hidup dan Pemakanan

Selain dari mengambil ubat yang juga memberi kesan sampingan terhadap kesihatan, cara yang terbaik adalah dengan mengubah cara hidup dan pemakanan. Pendek kata, mencegah adalah lebih baik dari merawat. Antara yang boleh dilakukan ialah:

  • Berhenti merokok dan mengambil minuman beralkohol.
  • Berhenti mengambil ubat tahan sakit
  • Amalkan pemakanan sihat dan diet yang teratur.
  • Elakkan makanan yang masam, makanan pedas, berempah, bercili dan banyak bahan pengawet.
  • Sekiranya berpuasa, lewat-lewatkan bersahur.
  • Makan sedikit tetapi kerap
  • Kurangkan minuman berkafein (kopi, teh dan minuman berkarbonat)
  • Banyakkan minum susu kerana susu bersifat alkali dan mengurangkan keasidan perut.
  • Kurangkan makanan yang bersifat berangin. Namun begitu faktor ini bergantung kepada ketahanan badan seseorang.

Jom tonton kisah wanita ini yang menghidap Gastrik selama 10 TAHUN tetapi terubat secara tidak sengaja!!

Sengsara Gastrik Kronik 10 Tahun Terubat Secara Tak Sengaja? Biar Betul… from iReach HD on Vimeo.

Bagaimana Shaklee Membantu Mengatasi Masalah Gastrik?

Tahukah anda, set Gastrik Shaklee bukan sahaja membantu mengurangkan keradangan akibat gastritis malah mengurangkan tahap keasidan dalam badan dan memberi pelindungan kepada lapisan dalam perut dari terus terhakis oleh asid hidroklorik. Antara produ yang dicadangkan untuk Set Gastrik ini ialah:

 

set gastrik

Energizing Soy Protein (ESP)

  • Membantu menaturalkan keasidan dalam perut kerana ia terdiri dari sumber protein yang tinggi sifat kealkalian
  • Mengandungi 20 jenis asid amino yang membantu membina sel-sel baru lama yang rosak akibat hakisan daripada asid hidroklorik semasa proses pencernaan.

Ostematrix

  • Lengkap dengan kalsium, magnesium dan vitamin D yang bersifat alkali sangat membantu mengurangkan keasidan dalam perut.
  • Mengurangkan rasa pedih ulu hati dengan cara menaturalkan asid yang memasuki esofagus.

B Complex

  • B Complex amat membantu dalam proses sintesis DNA,menguruskan tekanan dan membina tenaga dalam proses metabolisma.
  • B Complex mengandungi kesemua 8 jenis Vitamin B (Vitamin B1 Tiamin,Vitamin B2 Riboflavin,Vitamin B3 Niacin,Vitamin B6,Folate,Vitamin B12 Cynocobalamine,Biotin dan Panthothenic Acid) yang diperlukan oleh tubuh bagi menggantikan nutrisi Vitamin B yang hilang dari badan setiap hari akibat dari tekanan kerja,alkohol dan ubatan preskripsi.

Pappermint Ginger Plus

  • Kajian klinikal menunjukkan pengambilan halia sebagai makanan tambahan dapat membantu mengurangkan masalah sebu,senak perut dan menyingkirkan angin dalam badan.
  • Mengurangkan rasa tidak selesa akibat masalah penghadaman.
  • Untuk Rasa yang lebih menyegarkan, rendamkan 3 biji Pappermint Ginger Plus dan minum airnya. Rasa herba yang sejuk mengegarkan tekak dan melegakan ketidakselesaan perut serta pedih ulu hati.

 

Testimoni Set Gastrik Shaklee

 

gastrik ESP

esp-gastrik 2

 

testimoni esp pedih ulu hati

 

Testimoni Peppermint-Ginger Gastric

Alhamdulillah, syukur atas nikmat kesihatan. Seperti testimoni di atas, apa yang penting adalah berusaha dan berikhtiar. Sesungguhnya Allah juga yang berkuasa ke atas hambaNya. Sudahkah anda mendapatkan Set Gastrik Shaklee? HUbungi kami untuk pertanyaan lanjut dan khidmat nasihat secara ekslusif

 

Jadi tunggu apa lagi? Order sekarang. Hanya satu klik sahaja lagi.

order-sekarang

Klik SINI untuk Panduan Mudah Cara Pembelian Secara Online

kambing

daftar-sekarang

Shaklee Independen Distributor

Kawasan COD : Putrajaya – Bangi – Desa Pinggiran Putra – Puchong – Kajang – Serdang

Call / sms / WhatsApp :  +6017-6258658

Email : maziahjamaludin@gmail.com

Fanpage : Healthy Vita Garden

Facebook : Maziah Jamaludin

24 comments for “Tanda-Tanda Dan Cara Mengatasi Masalah Gastrik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.