Selamat pagi…
Tanda awal kehamilan? Bagi yang hamil kandungan pertama selalunya kurang peka akan perkara ini. Seperti saya juga, kehamilan anak pertama sangat tidak disangka-sangka. Hal ini kerana selepas 3 bulan keguguran,saya tidak didatangi haid. Mak saya beritahu adalah normal selepas keguguran,haid tidak teratur.
Namun begitu,sedikit keganjilan terasa apabila badan sedikit kurang selesa,rasa panas badan dan pening. Seminggu sebelum disahkan hamil,saya sempat bermain badminton sehingga terseliuh. Alhamdulillah kandungan saya selamat sehingga melahirkan. Oleh itu, adalah penting untuk kita mengetahui tanda-tanda awal kehamilan.
Apakah Tanda-tanda Awal Kehamilan?
Payudara membengkak/ terasa sakit.
- Payudara akan menjadi sensitif dan bengkak akibat perubahan hormon.
- Fasa ini akan berkurang apabila memasuki trimester kedua.
- Gelaja ini sama seperti sebelum anda period
Rasa lelah dan letih
- Anda selalu rasa mengantuk dan cepat tertidur.
- Perubahan hormon dan perkembangan serta pertumbuhan janin memerlukan organ untuk bekerja lebih dari biasa.
- Rasa lelah ini selalunya hanya pda trimester pertama dan hlang di saat badan sudah mula serasi dengan perubahan ini.
Loya/Muntah/Mual
- Gejala ini juga dikenali sebaai morning sickness
- Berlalu seawal kandungan berusia 6 minggu sehingga memasuki trimester kedua.
- Rujuk pakar kesihatan sekiranya gelaja ini berlarutan sepanjang trimester kedua kerana ia mungkin akan mengganggu kehamilan anda.
Sensetif Kepada bauan
- Hal ini merupakan perkara biasa kerana ia adalah kesan sampingan peningkatan hormone estrogen.
Kembung perut.
- Kembung perut juga disebabkan oleh perubahan hormon dan ia sama seperti hendak dating haid.
- Oleh itu anda akan berasa sendat sedikit di bahagian pinggang walaupun rahim masih bersaiz kecil.
Kerap buang Air Kecil
- Antara tanda anda hamil,anda akan mendapati diri anda kerap ke tandas dalam jangkamasa yang singkat.
- Hal ini kerana sepanjang kehamilan, darah dan bendalir dalam badan akan meningkat dan bendalir yang berlebihan akan diproses oleh buah pinggang lalauk pundi kencing untuk disingkirkan.
- Gejala ini bermula seawall 6 minggu kehamilan dan semakin kerap apabila bayi semakin membesar kerana rahim akan member tekanan kepada pundi kencing.
Sakit punggung.
- Hal ini kerana beberapa ligament di punggung sudah tiada.
- Kesakitan ini berterusan akibat penambahan berat badan ketika hamil.
Cramp
- Cramp berlaku kerana rahim akan membesar dan meregang bagi menyediakan tempat untuk bayi anda.
Mengidam
- Mengidam ini ibarat mentol yang menyala secara tiba-tiba. Anda tiba-tiba rasa ingin makan makanan yang anda sebelum ini langsung tidak gemar.
- Ada yang juga mengidam makanan yang biasa tetapi kalau boleh,hanya perkataan “SEKARANG” sahaja yang mampu diungkap.
Peningkatan suhu Badan.
- Semasa ovulasi,suhu badan akan meningkat dan terus berada dalam tahap yang sedikit tinggi dari suhu normal sekiranya anda hamil.
Bau Badan
- Hal ini disebabkan oleh hormone yang merangsang kelenjar peluh menjadi aktif.
Pening atau pengsan.
- Perkara ini berlaku apabila tahap gula dalam darah adalah rendah.
- Oleh itu, makanlah dengan secukupnya dan banyak meminum air bagi memastikan bendalir dalam badan adalah seimbang.
Pendarahan Implamentasi
- Beraku sebelum tarikh period anda yang seterusnya,anggaran 8-10 hari selepas ovulasi.
- Implamentasi berlaku disebabkan penempelan embriod pada dinding rahim.
- Namun begitu,tidak semua wanita akan mengalami pendarahan implamentasi.
Period tidak datang pada kitaran yang seterusnya.
- Sekiranya kitaran haid anda sudah terlewat, lakukan ujian kehamilan.
- Anda boleh ke klinik atau membeli sendiri alat ujian kehamilan di farmasi.
Keputusan POSITIF oleh alat ujian kehamilan.
- Alat ini ada yang dapat mengesan kehamilan seawall hari pertama kelewatan kitaran haid.
- Namun begitu, ada sesetengah alat ujian kehamilan ini kurang sensetif dan anda perlu mengulangi ujina ini selepas seminggu.
- Sekiranya ujian anda POSITIF, Tahniahhh!!!
- Lakukan temujanji dengan doktor untuk pemeriksaan bulanan.
Dapatkan UPT dan OPK Murah 
Selepas disahkan hamil, ibu- ibu perlulah bersedia dari segi mental dan fizikal. Ketahui tip-tips menarik mengenai kehamilan di blog ini.
Namun begitu, haid yang tidak teraturmenyebabkan wanita sukar untuk mengenalpasti waktu subur dan juga tanda-tanda kehamilan.
- Untuk mengetahui Set Kesuburan sila klik SINI
- Untuk mengetahui Set Ibu Hamil sila klik SINI
- Untuk mengetahui Set Berpantang/Bersalin sila klik SINI
Kawasan COD : Putrajaya – Desa Pinggiran Putra – Puchong – Kajang – Serdang
Call / sms / WhatsApp : +6017-6258658
Email : maziahjamaludin@gmail.com
Fanpage : Healthy Vita Garden
Facebook : Maziah Jamaludin